Pengumuman dan hebahan terkini berkaitan informasi dan aktiviti NAFAS & syarikat subsidiari.
Kenyataan sebutharga dan tender terkini boleh disemak di ruangan PERKHIDMATAN>PEROLEHAN di laman web rasmi NAFAS.
Sila Klik > PEROLEHAN
Berikutan penularan wabak COVID-19, pengurusan NAFAS mengambil inisiatif untuk melakukan saringan suhu di pintu masuk utama premis NAFAS.
Selain itu, pihak pengurusan NAFAS turut meletakkan panduan ...
Borang permohonan untuk penggunaan jenama PELADANG boleh dimuat turun di bahagian menu MEDIA>MUAT TURUN laman web NAFAS.
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menganjurkan program Prihatin Peladang Melaka yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan I pada 28 Ogos dan 29 Ogos 2020.
Program diadakan di empat lokasi iaitu Masjid As-Sujaah, Merlimau, Masjid Masjid Al Muttaqin Kampung Tedong, Serkam, Masjid Al Hasanah, Sungai Rambai dan Masjid Sempang Kerayong, Jasin, Melaka.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengadakan perjumpaaan bersama Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Kota Damansara pada 23 Julai 2020.
Perjumpaan diadakan bersama 14 Pengerusi PPN dan sebelas AJP NAFAS yang buat julung kalinya diadakan bagi membincangkan mengenai halatuju dan perancangan Pertubuhan Peladang dan NAFAS untuk ke hadapan. Hadir sama dalam perjumpaan itu, Pengerusi AJP NAFAS, Dr. Anis Mahmud yang juga Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) MAFI.