Pengumuman dan hebahan terkini berkaitan informasi dan aktiviti NAFAS & syarikat subsidiari.
Kenyataan sebutharga dan tender terkini boleh disemak di ruangan PERKHIDMATAN>PEROLEHAN di laman web rasmi NAFAS.
Sila Klik > PEROLEHAN
Berikutan penularan wabak COVID-19, pengurusan NAFAS mengambil inisiatif untuk melakukan saringan suhu di pintu masuk utama premis NAFAS.
Selain itu, pihak pengurusan NAFAS turut meletakkan panduan ...
Borang permohonan untuk penggunaan jenama PELADANG boleh dimuat turun di bahagian menu MEDIA>MUAT TURUN laman web NAFAS.
YAN, 23 Dis | Program Jom Ke Sekolah anjuran Petubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bagi negeri Kedah dimulakan di perkarangan Pusat Khidmat Dun Sungai Limau, dekat sini, 23 Disember lalu.
Sumbangan disampaikan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Dato' Phahrolrazi Mohd Zawawi. Hadir sama, Penyelaras Dun Sg Limau, Zahran bin Dato' Paduka Abdullah.
Selain sumbangan NAFAS kepada 50 pelajar melalui program Jom Kembali Ke Sekolah, di majlis yang sama Kerajaan Negeri Kedah juga menyampaikan bantuan persekolahan kepada 100 pelajar, bantuan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kepada 53 bakal siswa dan khairat kematian kepada 50 waris.
BATU PAHAT, 19 Dis | Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menganjurkan Program Kasih Peladang Johor di premis Pertubuhan Peladang Kawasan Senggarang, dekat sini.
Perasmian program disempurnakan Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, YB Muhamad Said Jonit. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senggarang, YB Ir Khairuddin A. Rahim.
Program Kasih Peladang Johor kali ini melibatkan 100 orang penerima peladang asnaf dari Pertubuhan Peladang Kawasan Senggarang membabitkan sumbangan berjumlah RM 20,000.