Pengumuman dan hebahan terkini berkaitan informasi dan aktiviti NAFAS dan syarikat subsidiari.
Kenyataan sebutharga dan tender terkini boleh disemak di ruangan PERKHIDMATAN>PEROLEHAN di laman web rasmi NAFAS.
Sila Klik > PEROLEHAN
Borang permohonan untuk penggunaan jenama PELADANG boleh dimuat turun di bahagian menu MEDIA>MUAT TURUN laman web NAFAS.
Perlis menjadi lokasi seterusnya program Kasih Peladang apabila 500 penerima sumbangan yang terdiri daripada golongan asnaf hadir di Dewan Sivik, Arau pada 22 September lalu. Perasmian program Kasih Peladang Perlis itu disempurnakan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Dato' Phahrolrazi Mohd Zawawi. Majlis dianjurkan dengan kerjasama Pertubuhan Peladang dan MADA negeri. Turut hadir Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Dato' Tengku Aziz Tengku Jaafar, Pengurus Besar NAFAS, Haji Ahmad Shaari dan Pengarah LPP Negeri Perlis, Azizul Lebai Ishak.
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) meneruskan Program Kasih Peladang Kedah dan kali ini Dewan Semarak Kasih, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lubuk Batu, Jitra dipilih sebagai lokasi program. Majlis perasmian disempurnakan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Dato' Phahrolrazi Mohd Zawawi. Program ini menyerlahkan komitmen NAFAS dalam memastikan setiap keuntungan dari aktiviti perniagaannya dikongsi semula bagi manfaat ahli peladang. Pada majlis itu, sejumlah RM45,000 telah disalurkan kepada 225 peladang asnaf dari sembilan Pertubuhan Peladang Kawasan negeri ini yang merupakan sebahagian daripada wakalah zakat perniagaan NAFAS di Kedah.