Pengumuman dan hebahan terkini berkaitan informasi dan aktiviti NAFAS dan syarikat subsidiari.
Kenyataan sebutharga dan tender terkini boleh disemak di ruangan PERKHIDMATAN>PEROLEHAN di laman web rasmi NAFAS.
Sila Klik > PEROLEHAN
Borang permohonan untuk penggunaan jenama PELADANG boleh dimuat turun di bahagian menu MEDIA>MUAT TURUN laman web NAFAS.
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah mengadakan Majlis Iftar Ramadhan NAFAS 1440H yang diadakan pada 16 Mei 2019 di Perkarangan ibu pejabat NAFAS, Kota Damansara. Majlis dimulakan dengan Tazkirah Ramadhan yang dipimpin oleh Ustaz Zolkharnain Abidin, Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menganjurkan program Reformasi Peladang 2019 selama dua hari pada 13 dan 14 April 2019 di Dewan Semai Bakti Felda Bukit Ramun, Kulaijaya, Johor. Program tersebut dirasmikan YB Tuan Sr. Dzulkefly bin Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Johor yang mewakili Menteri Besar Johor, YB Dr. Sahruddin bin Jamal. Turut hadir Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mazlan bin Aliman, Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, YB Muhamad Said bin Jonit dan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPNJ, Dato’ Ali bin Shikh Ahmad.