logo-nafas

Sejarah & Latar Belakang Nafas

nafas building

Penubuhan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah dilancarkan pada 31 Mac 1972 oleh Perdana Menteri Malaysia Ke-2, Allahyarham Tun Abdul Razak bin Hussein Al Haj. Pada awal penubuhannya, NAFAS yang dikenali sebagai Persatuan Peladang Kebangsaan, telah didaftarkan di bawah Akta Persatuan Peladang 1967 dan bertindak sebagai badan induk kepada persatuan-persatuan peladang diseluruh negara. Penubuhan Persatuan Peladang pada ketika itu telah diilhamkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak sendiri hasil daripada lawatan beliau ke Taiwan. Seiring dengan peredaran masa dan bagi membolehkan pergerakan peladang bergerak maju, persatuan-persatuan peladang dan syarikat-syarikat kerjasama asas tani diseluruh Malaysia telah dicantumkan dan menjadi Pertubuhan Peladang Kawasan dan berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Peladang 1973. Kemudian, seiring dengan perubahan diperingkat kawasan dan negeri, Persatuan Peladang Kebangsaan juga telah didaftarkan semula sebagai ‘Pertubuhan Peladang Kebangsaan’ pada tahun 1984.

Sehingga tahun 2015, NAFAS telah dianggotai oleh 14 buah Pertubuhan Peladang Negeri, yang dianggotai oleh 278 Pertubuhan Peladang Kawasan, yang dianggotai oleh 869,622 ahli peladang diseluruh negara melengkapkan struktur tiga peringkat pertubuhan peladang seperti berikut :

Sesuai dengan peranan NAFAS sebagai induk Pertubuhan Peladang, NAFAS telah menceburkan diri dalam pelbagai aktiviti perniagaan dan pelaburan khususnya dalam bidang pertanian. Pada awal penubuhannya, NAFAS telah menjalankan perniagaan peruncitan, pemasaran baja dan pemasaran jentera pertanian.

Kini, hasil daripada kecekapan dan kepakaran Ahli Jemaah Pengarah dan Pengurusan, NAFAS telah berjaya memperkembangkan lagi sektor perniagaannya melalui 10 buah anak syarikatnya iaitu NAFAS Bajakimia Sdn Bhd, NAFAS Agri Services Sdn Bhd, NAFAS Jentera Sdn Bhd, NAFAS Estates Sdn Bhd, NAFAS Plastic Industries Sdn Bhd, NAFAS Food Processing & Marketing Sdn Bhd, Saby Sdn Bhd, NAFAS Modal Insan Sdn Bhd, Malaysian NPK Fertilezer Sdn Bhd dan NAFAS Taj Agro (M) Sdn Bhd.

Selain memberikan fokus kepada perniagaan, NAFAS selaku apex pergerakan peladang juga tidak pernah alpa memberikan bantuan dan memenuhi tuntutan sosial ahli-ahli peladang. Melalui Tabung Kumpulan Wang NAFAS, NAFAS telah menjalankan tanggungjawab sosialnya dengan memberikan bantuan kepada Pertubuhan-Pertubuhan Peladang Negeri, Pertubuhan-Pertubuhan Peladang Kawasan dan juga ahli-ahli peladang diseluruh negara.

Peranan Pertubuhan

  • Meningkatkan & mempelbagaikan hasil pertanian
  • Membekalkan input, keperluan ladang serta keperluan harian
  • Membekalkan perkhidmatan kejenteraan ladang
  • Menyediakan kemudahan kredit
  • Menyediakan kemudahan simpanan
  • Pengumpulan dan pelaburan dana ahli
  • Menyediakan pusat pengumpulan, penyimpanan dan penggredan
  • Membekalkan perkhidmatan pengangkutan
  • Mendirikan dan membangunkan kilang memproses makanan
  • Membangunkan modal insan
  • Menjalankan aktiviti berkumpulan dan kemasyarakatan
  • Membantu pemilikan tanah ahli
  • Menyalurkan bantuan kebajikan melalui penyediaan tabung-tabung

Visi

Menjadi sebuah institusi yang menerajui pengerakan Pertubuhan Peladang sebagai badan perniagaan yang berdaya maju.

Misi

Menjadi teras kepada satu pergerakan yang kukuh dan dapat melibatkan ahli-ahli peladang dan institusinya secara aktif, untuk kepentingan bersama serta menjadi penggerak ke arah kemakmuran dan kemajuan peladang.

 
Hakcipta Terpelihara

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 1, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
 
Pautan Laman
Ikuti kami di :

fb icon s

twitter icon s ig icon s youtube icon s
 
Paparan terbaik menggunakan :
Mozilla Firefox 4.0++
Internet Explorer 8++
   
Statistik Pelawat
 
Pelawat : click tracking
  Kemaskini Terakhir :
25-05-2017 12:00:00 PM
  Paparan Terbaik 1200 x 800