Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS Kali ke 42 Tahun 2015 telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang telah diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada 9 Oktober 2015.
Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak berkata kerajaan bersedia menghulurkan peruntukan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi meningkatkan jumlah Agrobazaar rakyat 1Malaysia pada pembentangan bajet 2016.
"Kementerian dan persatuan-persatuan peladang peringkat negeri dan daerah boleh memikirkan bagaimana bazaar seperti ini dapat diperbanyakkan di seluruh negara seperti yang dilancarkan di Kuantan seterusnya di Bera," katanya.
Menurut beliau langkah tersebut dapat mengurangkan beban rakyat mendapatkan bekalan makanan dengan harga yang berpatutan sekaligus memberi peluang kepada petani meraih pendapatan yang tinggi pada kadar harga saksama dengan pengeluaran mereka.
“Yang menjadi perhatian rakyat ialah soal kos sara hidup, di mana-mana tempat pun mereka sebut tentang soal sara hidup”, katanya semasa berucap ketika majlis perasmian mesyuarat agung tahunan NAFAS kali ke 42 tahun 2015 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.
Turut hadir Yang Berhormat Dato’ Sri Ahmad Shabery bin Cheek, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Yang Berhormat Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Yang Berhormat Tuan Nogeh Gumbek, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Yang Berhormat Dato’ Seri Saipolbahari bin Hj Suib, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS.
Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS Kali ke 42 telah dihadiri lebih kurang 500 orang perwakilan daripada seluruh negeri.
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menganjurkan program Prihatin Peladang Melaka yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan I pada 28 Ogos...
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengadakan perjumpaaan bersama Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Kota Damansara...
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee mengadakan lawatan kerja ke Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd (MNFSB) di Gurun, Kedah pada 22 Jun 2020. Malaysian NPK Fertilizer Sdn...
Read morePertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengumumkan pelantikan Dr. Anis Mahmud sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS yang baharu berkuatkuasa 15 Mei 2020. Pelantikan Dr. Anis yang juga Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian...
Read morePertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) buat julung kalinya menjalankan projek Tanaman Padi Bersepadu bersama Petronas di Kampung Namdam, Kubur Panjang, Kedah. Seramai 68 peserta terpilih untuk terlibat dalam mengusahakan 70 hektar sawah...
Read moreKOTA BHARU, 16 Feb | Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mazlan Aliman berkunjung ke pejabat Pengerusi KADA, Senator Datuk Husam Musa di ibu pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA),...
Read moreALOR SETAR, 13 Feb | Seusai menghadiri majlis penyerahan bantuan diesel jentera pengepam air untuk Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) seluruh Kedah dan Pulau Pinang di PPK PPK Aman C-III MADA...
Read moreALOR SETAR, 13 Feb | Program Bantuan Diesel jentera pengepam air bagi mengairi sawah padi di utara Semenanjung berlangsung di perkarangan premis Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Aman C-III MADA Tajar,...
Read moreAwal bulan ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub telah turun padang melawat kawasan IADA Rompin dan Sawah Endau, Johor. Beliau yang membuat lawatan tanpa para...
Read morePeruntukan sebanyak RM30,000 dari RM640,000 telah diperuntukkan kepada 150 penerima Jom Kembali ke Sekolah oleh NAFAS kepada pelajar asnaf di sekitar Dun Templer, pada tahun ini. NAFAS berusaha menjadikan pendidikan...
Read more