logo-nafas

PRA PELANCARAN GELOMBANG TANI NASIONAL 2017

gtn2017 1

TELUK INTAN, PERAK 9 APRIL 2017 : Program Prapelancaran Gelombang Tani Nasional (GTN) 2017 yang diadakan di kampung angkat, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kampung Sg. Batu, Sg Manik, disini meriah dengan dihadiri 3,000 ahli peladang dan masyarakat tempatan serta jabatan agensi Kerajaan yang menjayakan program tersebut.

Timbalan Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Dr. Hamid Sulaiman berkata, mereka terlibat itu melakukan aktiviti gotong-royong membersihkan tali air, kenduri rakyat dan pameran produk NAFAS dan ramah mesra yang bermula seawal pukul 8 pagi.

"Selain daripada petani, ahli peladang dan penduduk tempatan, kakitangan serta warga NAFAS turut serta turun padang bagi menjayakan program yang dirasmikan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Sri Hj. Tajuddin Abdul Rahman. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Dr. Ismail Hj. Bakar. "Acara utama pada prapelancaran ini ialah gotong-royong membersihkan tali air di Kampung Sungai Batu di Sungai Manik yang bertujuan memberikan kesedaran kepentingan menjaga infrastruktur disediakan kerajaan," katanya ketika ditemui di Prapelancaran GTN 2017, pada Ahad.

gtn2017 4

Dr. Hamid berkata, aktiviti prapelancaran ini diadakan adalah untuk menghebahkan mengenai majlis kemuncak GTN 2017 yang akan berlangsung pada 15 April nanti di Hadapan Taman Kekal Pengeluaran Makanan, Degung, Perak yang akan dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Mengulas mengenai GTN, beliau berkata, program tersebut memberi fokus kepada usaha memartabatkan para petani di negara ini melalui perubahan sikap dan tanggungjawab berkaitan kepentingan membersihkan tali air di kawasan penanaman padi. "NAFAS sangat berterima kasih kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kerana telah memilih Kampung Sungai Batu yang merupakan kampung angkat NAFAS untuk majlis pra pelancaran yang diadakan pada ahad lalu," katanya.

gtn2017 2

Selain daripada itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menganggarkan seramai 20,000 petani di seluruh negara akan berhimpun pada kemuncak GTN pada 15 April ini membersihkan kawasan tali air yang meliputi 18 kampung di sekitar Sungai Manik, di sini.

GTN 2017 merupakan program yang julung kali diadakan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan diharap lebih ramai orang akan hadir sebagai tanda sokongan dan terima kasih kepada petani yang selama ini menjamin bekalan makanan negara. Selari dengan pelaksaan GTN 2017 ini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhasrat melihat perubahan besar dalam sektor pertanian negara menjelang 2050.

Terdahulu, Timbalan Menteri Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Sri Hj. Tajuddin Abdul Rahman dalam ucapan perasmiannya berkata, bagi mencapai tujuan itu, semua pihak termasuk agensi kerajaan dan para petani perlu seiring membawa perubahan dari segi produktiviti serta kemajuan sektor berkenaan. "Kita ingin melihat golongan petani di negara ini melakukan perubahan bagi memastikan mereka tidak ketinggalan apabila negara maju kelak. "Saya ingin melihat perubahan berlaku dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang selepas GTN 2017 dilancarkan secara rasminya pada 15 April nanti," katanya.

gtn2017 5

Beliau turut mengingatkan golongan petani juga perlu melakukan perubahan besar dengan mengubah sikap mereka dengan lebih berdisplin, berdaya saing, serta bekerja keras untuk lebih maju seiring dengan perkembangan masa dan teknologi.

 

14-03-2023
LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS
LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS

    14 MAC 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari...

Read more
26-01-2023
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH NAFAS
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH NAFAS

 26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)

Read more
02-12-2022
DATO’ KSU MAFI MENYEMPURNAKAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NAFAS-49
DATO’ KSU MAFI MENYEMPURNAKAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NAFAS-49

 30 NOVEMBER 2022 | HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 Tahun 2022 pada hari...

Read more
02-12-2022
SEKITAR BERLANGSUNGNYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) KALI KE 49 DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA
SEKITAR BERLANGSUNGNYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) KALI KE 49 DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA

  Tahniah & Syabas kepada semua Perwakilan Peladang daripada seluruh negara yang menjayakan mesyuarat agung kali ini

Read more
01-12-2022
URUSAN PERBANKAN DPK LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY
URUSAN PERBANKAN DPK LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY

Dana Peladang Kebangsaan (DPK) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana atas talian - JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan ahlinya.

Read more
13-08-2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022

  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat pameran-pameran di Pavilion Negeri sempena MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS

  MAHA Fun Fishing 2022 anjuran NAFAS berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi di Tasik MARDI, MAEPS. Tahniah kepada para pemenang anda memang hebat, macam-macam ikan ada!  

Read more
13-08-2022
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ

  Semuanya SEDAP! Demo masakan kali ini Chef Danish Harraz cipta resipi kek menggunakan produk strawberi jenama Peladang khas untuk para pengunjung MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS

  Dahsyat penangan Chef Danish Harraz sampai sesak Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS. Semua seronok sebab dapat rasa cheesecake strawberi dan brownies resipi istimewa menggunakan produk jenama Peladang.  

Read more
13-08-2022
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS

  Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee diiringi Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Haji Zamri Yaakob melawat ruang pameran NAFAS di Laman Mekanisasi, MAEPS.  

Read more
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 1, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 6144 1200   Fax : 03 6144 1399
Email : info[a]nafas.com.my
 
Pautan Laman

qr nafas static

Ikuti kami di :

fb icon s

twitter icon s ig icon s youtube icon s
 
Paparan terbaik menggunakan :
Mozilla Firefox 4.0++
Internet Explorer 8++
   Resolusi 1200 x 800
Statistik
Pelawat : click tracking
   
 

 

   
   

Hakcipta Terpelihara 2024 © Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)