logo-nafas

LAWATAN KERJA YB MENTERI KE KILANG BAJA MNFSB

lawatan mnfsb 3

GURUN, Kedah; 28 JULAI 2018 – Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd (MNFSB) syarikat usahasama Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Petronas Fertilizer Kedah Sdn Bhd mula beroperasi pada tahun 2004 di Jalan Jeniang, Gurun, Kedah. MNFSB menjalankan aktiviti pengilangan baja dengan memproses pelbagai jenis baja di bawah Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP), Baja NPK Tambahan di bawah Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) dan Skim Baja dan Racun Padi Bukit (SBRPB).

 

lawatan mnfsb 5

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Yang Berhormat Dato’ Salahuddin Bin Ayub dalam satu lawatan kerjanya ke MNFSB diberi taklimat ringkas penerangan mengenai proses-proses yang dijalankan bagi menyediakan baja yang berkualiti serta mengikut spesifikasi.

 

lawatan mnfsb 4

Lawatan beliau diiringi Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Haji Hamzah Bin Bahari serta disambut barisan pengurusan serta kakitangan MNFSB. YB Menteri telah diberi penerangan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MNFSB, Abd. Halim Bin Hamzah antaranya mengenai proses granulasi iaitu proses berperingkat pembuatan serta kawalan kualiti baja sebatian yang dihasilkan.

Turut diterangkan mengenai Bilik Kawalan yang merupakan pusat kawalan utama untuk pemerhatian proses granulasi dan keseluruhan kilang yang mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 310,000 metrik tan setahun dengan keupayaan penghasilan 12 formulasi baja. MNFSB berupaya mengeluarkan 12 jenis formula baja sebatian nitrogen, fosfat, kalium.


lawatan mnfsb 2

Di Malaysia, para pesawah yang berdaftar akan dibekalkan baja subsidi sejak tahun 1979 bertujuan menggalakkan pesawah terus mengusahakan tanaman padi selain membantu meningkatkan bekalan makanan negara. NAFAS diberi amanah oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai pengeluar dan pembekal baja itu di bawah skim berkenaan.

 

 

16-03-2020
NAFAS & PETRONAS TURUN KE BENDANG
NAFAS & PETRONAS TURUN KE BENDANG

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) buat julung kalinya menjalankan projek Tanaman Padi Bersepadu bersama Petronas di Kampung Namdam, Kubur Panjang, Kedah. Seramai 68 peserta terpilih untuk terlibat dalam mengusahakan 70 hektar sawah...

Read more
18-02-2020
LPP, KADA DAN NAFAS SEDIA BANGUNKAN SEKTOR PERTANIAN KELANTAN
LPP, KADA DAN NAFAS SEDIA BANGUNKAN SEKTOR PERTANIAN KELANTAN

KOTA BHARU, 16 Feb | Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mazlan Aliman berkunjung ke pejabat Pengerusi KADA, Senator Datuk Husam Musa di ibu pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA),...

Read more
18-02-2020
PROJEK TANAMAN PADI WANGI 88 TINGKAT PENDAPATAN PESAWAH
PROJEK TANAMAN PADI WANGI 88 TINGKAT PENDAPATAN PESAWAH

ALOR SETAR, 13 Feb | Seusai menghadiri majlis penyerahan bantuan diesel jentera pengepam air untuk Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) seluruh Kedah dan Pulau Pinang di PPK PPK Aman C-III MADA...

Read more
18-02-2020
NAFAS SERAH BANTUAN DIESEL UNTUK PESAWAH MENGAIRI BENDANG
NAFAS SERAH BANTUAN DIESEL UNTUK PESAWAH MENGAIRI BENDANG

ALOR SETAR, 13 Feb | Program Bantuan Diesel jentera pengepam air bagi mengairi sawah padi di utara Semenanjung berlangsung di perkarangan premis Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Aman C-III MADA Tajar,...

Read more
11-02-2020
TANPA PEGAWAI, MENTERI SELAMI MASALAH PESAWAH
TANPA PEGAWAI, MENTERI SELAMI MASALAH PESAWAH

Awal bulan ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub telah turun padang melawat kawasan IADA Rompin dan Sawah Endau, Johor. Beliau yang membuat lawatan tanpa para...

Read more
05-02-2020
PERUNTUKAN RM640,000 SEMPENA JOM KEMBALI KE SEKOLAH
PERUNTUKAN RM640,000 SEMPENA JOM KEMBALI KE SEKOLAH

Peruntukan sebanyak RM30,000 dari RM640,000 telah diperuntukkan kepada 150 penerima Jom Kembali ke Sekolah oleh NAFAS kepada pelajar asnaf di sekitar Dun Templer, pada tahun ini. NAFAS berusaha menjadikan pendidikan...

Read more
04-02-2020
PELADANG DITIMPA MUSIBAH BANJIR TERIMA BANTUAN
PELADANG DITIMPA MUSIBAH BANJIR TERIMA BANTUAN

Majlis Penyampaian Bantuan Bencana Ahli Peladang Negeri Terengganu berlangsung di Peladang Setiu Agro Resort, Setiu, Terengganu, 31 Januari lalu. Bantuan disampaikan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub...

Read more
31-01-2020
WAWANCARA : PERANAN & CABARAN NAFAS
WAWANCARA : PERANAN & CABARAN NAFAS

NAFAS ingin memastikan petani mendapat pendapatan yang tinggi dan negara mempunyai makanan yang mencukupi. Selain berdepan dengan cabaran kekurangan peladang muda, NAFAS kini memberikan latihan teknologi pertanian moden untuk golongan peladang...

Read more
13-01-2020
NAFAS YAKIN KSU BARU MAMPU PACU KEMAJUAN SEKTOR PERTANIAN
NAFAS YAKIN KSU BARU MAMPU PACU KEMAJUAN SEKTOR PERTANIAN

KOTA DAMANSARA, 9 Jan | Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengucapkan tahniah di atas perlantikan Dato' Haji Zainal Azman Abu Seman sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani...

Read more
10-01-2020
ANUGERAH PERDANA YAYASAN PELAJARAN PELADANG IKTIRAF ANAK AHLI CEMERLANG
ANUGERAH PERDANA YAYASAN PELAJARAN PELADANG IKTIRAF ANAK AHLI CEMERLANG

KOTA DAMANSARA, 9 Jan | Anak-anak peladang yang cemerlang dalam pelajaran menerima pengiktirafan dalam Majlis Anugerah Perdana Yayasan Pelajaran 2019 anjuran Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), 9 Januari lalu. Anugerah disampaikan Ketua...

Read more
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 1, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 6144 1200   Fax : 03 6144 1399
Email : info[a]nafas.com.my
 
Pautan Laman

qr nafas static

Ikuti kami di :

fb icon s

twitter icon s ig icon s youtube icon s
 
Paparan terbaik menggunakan :
Mozilla Firefox 4.0++
Internet Explorer 8++
   Resolusi 1200 x 800
Statistik
Pelawat : click tracking
   
 

 

   
   

Hakcipta Terpelihara 2020 © Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)