logo-nafas

MAJLIS PERASMIAN REFORMASI PELADANG 2019 PERINGKAT NEGERI JOHOR

DSC 5970 (Custom)

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menganjurkan program Reformasi Peladang 2019 selama dua hari pada 13 dan 14 April 2019 di Dewan Semai Bakti Felda Bukit Ramun, Kulaijaya, Johor. Program tersebut dirasmikan YB Tuan Sr. Dzulkefly bin Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Johor yang mewakili Menteri Besar Johor, YB Dr. Sahruddin bin Jamal. Turut hadir Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mazlan bin Aliman, Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, YB Muhamad Said bin Jonit dan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPNJ, Dato’ Ali bin Shikh Ahmad.

IMG 6717 (Custom)

Objektif program ini adalah bagi mengeratkan hubungan NAFAS dengan Ahli Peladang khususnya bagi penduduk setempat yang melibatkan kerjasama antara NAFAS, LPP Negeri Johor, Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ), Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kota Tinggi serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Felda Bukit Ramun, Johor. Dianggarkan lebih 1,000 pengunjung menyertai program yang terdiri daripada ahli-ahli peladang serta masyarakat setempat daripada pelbagai peringkat usia yang melibatkan kanak-kanak, golongan belia dan juga golongan veteran. Para pengunjung juga berpeluang menyertai pertandingan serta memenangi pelbagai hadiah menarik serta cabutan bertuah melalui sembilan segmen yang diadakan iaitu Cerna Minda Tani, AgroYouth, Agrokids, Agro Chef, Jualan Untuk Kita, Ziarah Peladang, Nostalgia Desa, Juadah Bonda dan Santai Malam.

IMG 6840 (Custom)

Antaranya, diadakan kursus fertigasi cili dan rock melon, pertandingan memancing, kursus pemasaran online serta pertandingan dam haji, congkak dan sukaneka rakyat serta program kerohanian - Santai Malam bersama selebriti jemputan Zul Handyblack. Selain itu, turut diadakan pertandingan Agrochef yang dimeriahkan dengan penampilan Chef Naem.

 DSC 5854 (Custom)

Penganjuran program Reformasi Peladang ini akan diteruskan di negeri-negeri lain di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak sepanjang tahun ini. Program Reformasi Peladang ini dijadikan sebagai medium buat ahli peladang serta masyarakat mendapatkan informasi-informasi terkini berkaitan pertanian terutamanya daripada LPP, PPN serta PPK disamping memperkenalkan produk-produk keluaran jenama PELADANG.

 

25-06-2019
REFORMASI PELADANG KLUANG BUKTI KERAJAAN PH SERIUS BAWA PERUBAHAN SEKTOR PERTANIAN
REFORMASI PELADANG KLUANG BUKTI KERAJAAN PH SERIUS BAWA PERUBAHAN SEKTOR PERTANIAN

  Program Reformasi Peladang Kluang yang telah dilaksanakan selama 2 hari bermula 21-22 Jun 2019 bukti kerajaan Pakatan Harapan serius dalam membawa agenda reformasi khususnya dalam sektor pertanian. Perkara ini disentuh...

Read more
18-06-2019
NAFAS ANJUR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI NAFAS 2019
NAFAS ANJUR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI NAFAS 2019

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri NAFAS pada 17 Jun 2019 di Tropicana Golf and Country Club, Petaling Jaya. Majlis dihadiri YB Dato' Salahuddin Bin Ayub, Menteri Pertanian...

Read more
24-05-2019
MAJLIS IFTAR RAMADHAN NAFAS 1440H
MAJLIS IFTAR RAMADHAN NAFAS 1440H

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah mengadakan Majlis Iftar Ramadhan NAFAS 1440H yang diadakan pada 16 Mei 2019 di Perkarangan ibu pejabat NAFAS, Kota Damansara. Majlis dimulakan dengan Tazkirah Ramadhan yang...

Read more
16-04-2019
MAJLIS PERASMIAN REFORMASI PELADANG 2019 PERINGKAT NEGERI JOHOR
MAJLIS PERASMIAN REFORMASI PELADANG 2019 PERINGKAT NEGERI JOHOR

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menganjurkan program Reformasi Peladang 2019 selama dua hari pada 13 dan 14 April 2019 di Dewan Semai Bakti Felda Bukit Ramun, Kulaijaya, Johor. Program tersebut dirasmikan...

Read more
21-02-2019
PELANTIKAN PENGERUSI & AHLI JEMAAH PENGARAH NAFAS YANG BAHARU
PELANTIKAN PENGERUSI & AHLI JEMAAH PENGARAH NAFAS YANG BAHARU

Pengurusan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah distruktur semula bagi memastikan peranan NAFAS sebagai induk Pertubuhan Peladang dapat dilaksanakan dengan lebih efisien. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Salahuddin Ayub...

Read more
17-08-2018
LAWATAN KERJA YB MENTERI KE KILANG BAJA MNFSB
LAWATAN KERJA YB MENTERI KE KILANG BAJA MNFSB

GURUN, Kedah; 28 JULAI 2018 – Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd (MNFSB) syarikat usahasama Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Petronas Fertilizer Kedah Sdn Bhd mula beroperasi pada tahun 2004 di...

Read more
02-08-2017
PERANAN NAFAS DALAM RANTAIAN NILAI JAGUNG BIJIAN PERTUBUHAN PELADANG
PERANAN NAFAS DALAM RANTAIAN NILAI JAGUNG BIJIAN PERTUBUHAN PELADANG

  MUAR, JOHOR; 21 JULAI 2017 : Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengambil inisiatif dalam memfokuskan kepada pengukuhan rantaian nilai Pertubuhan Peladang (PP) melalui proses penanaman dan pengeluaran jagung bijian dan penubuhan...

Read more
12-04-2017
PRA PELANCARAN GELOMBANG TANI NASIONAL 2017
PRA PELANCARAN GELOMBANG TANI NASIONAL 2017

TELUK INTAN, PERAK 9 APRIL 2017 : Program Prapelancaran Gelombang Tani Nasional (GTN) 2017 yang diadakan di kampung angkat, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kampung Sg. Batu, Sg Manik, disini...

Read more
02-09-2016
Road to MAHA 2016 Zon Timur
Road to MAHA 2016 Zon Timur

Road to MAHA 2016 Zon Timur telah berlangsung pada 26 hingga 28 ogos 2016 bertempat di Taman Agroteknologi MARDI Cherating, Pahang. Majlis Perasmian Road to MAHA 2016 Zon Timur telah...

Read more
15-10-2015
Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS Kali ke 42 2015
Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS Kali ke 42 2015

Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS Kali ke 42 Tahun 2015 telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang telah diadakan...

Read more
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 1, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 6144 1200   Fax : 03 6144 1399
Email : info@ nafas.com.my
 
Pautan Laman

qr nafas static

Ikuti kami di :

fb icon s

twitter icon s ig icon s youtube icon s
 
Paparan terbaik menggunakan :
Mozilla Firefox 4.0++
Internet Explorer 8++
   Resolusi 1200 x 800
Statistik
Pelawat : click tracking
   
 

 

   
   

Hakcipta Terpelihara 2019 © Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)