logo-nafas

REFORMASI PELADANG KLUANG BUKTI KERAJAAN PH SERIUS BAWA PERUBAHAN SEKTOR PERTANIAN

 rp kluang 5

Program Reformasi Peladang Kluang yang telah dilaksanakan selama 2 hari bermula 21-22 Jun 2019 bukti kerajaan Pakatan Harapan serius dalam membawa agenda reformasi khususnya dalam sektor pertanian. Perkara ini disentuh sendiri oleh YB Tuan Haji Tosrin Javanthi, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar dalam ucapan beliau semasa merasmikan Program Reformasi Peladang Kluang di Persiaran Dato' Haji Ismail Hassan dihadapan 500 orang peladang yang hadir ke majlis tersebut.

rp kluang 10

Program Reformasi Peladang yang dilaksanakan di Kluang telah berjaya menarik penglibatan seramai 1,000 penyertaan dari pelbagai peringkat umur melalui pelbagai segmen yang dijalankan bermula dengan Agro Kids untuk kanak-kanak, Cerna Minda Tani untuk belia dan dewasa hingga ke segmen-segmen umum seperti Nostalgia Desa dan Santai Malam di samping program Ziarah Peladang yang merupakan program kunjungan rumah ke rumah bagi menyantuni ahli peladang yang memerlukan. YB. Muhammad Said Jonit, Ahli Jemaah Pengarah NAFAS merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Mahkota dalam ucapan beliau menyatakan bahawa program ini akan dilaksanakan di 29 buah kawasan terpilih di seluruh negara. 

rp kluang 8 

Program yang mula diperkenalkan tahun 2019 ini merupakan program khusus NAFAS bersama-sama Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Pertubuhan Peladang peringkat negeri dan kawasan untuk turun ke lapangan mempromosikan aktiviti sektor pertanian kepada masyarakat sebagai salah satu inisiatif dalam menarik lebih ramai lagi keahlian Pertubuhan Peladang.

rp kluang 11

Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mazlan bin Aliman pula dalam ucapannya menyatakan bahawa kerajaan Pakatan Harapan kini akan menetapkan KPI dalam mereformasikan sektor pertanian negara. Justeru beliau menggalakkan pegawai-pegawai kerajaan khususnya pegawai-pegawai Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Pertubuhan Peladang (PP) untuk menjadikan KPI yang akan dirangka sebagai sasaran utama dalam pencapaian mereka.

Beberapa jabatan & agensi di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani juga telah terlibat secara langsung dalam program tersebut.

rp kluang 3

Antara jabatan & agensi yang turut menyediakan pameran adalah Jabatan Pertanian, FAMA, Lembaga Pembangunan Nanas Malaysia (LPNM) dan Agrobank disamping booth pameran Pertubuhan Peladang iaitu NAFAS, PPNJ, PPK Kluang & PPK Simpang Renggam.

 

14-03-2023
LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS
LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS

    14 MAC 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari...

Read more
26-01-2023
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH NAFAS
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH NAFAS

 26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)

Read more
02-12-2022
DATO’ KSU MAFI MENYEMPURNAKAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NAFAS-49
DATO’ KSU MAFI MENYEMPURNAKAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NAFAS-49

 30 NOVEMBER 2022 | HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 Tahun 2022 pada hari...

Read more
02-12-2022
SEKITAR BERLANGSUNGNYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) KALI KE 49 DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA
SEKITAR BERLANGSUNGNYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) KALI KE 49 DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA

  Tahniah & Syabas kepada semua Perwakilan Peladang daripada seluruh negara yang menjayakan mesyuarat agung kali ini

Read more
01-12-2022
URUSAN PERBANKAN DPK LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY
URUSAN PERBANKAN DPK LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY

Dana Peladang Kebangsaan (DPK) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana atas talian - JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan ahlinya.

Read more
13-08-2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022

  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat pameran-pameran di Pavilion Negeri sempena MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS

  MAHA Fun Fishing 2022 anjuran NAFAS berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi di Tasik MARDI, MAEPS. Tahniah kepada para pemenang anda memang hebat, macam-macam ikan ada!  

Read more
13-08-2022
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ

  Semuanya SEDAP! Demo masakan kali ini Chef Danish Harraz cipta resipi kek menggunakan produk strawberi jenama Peladang khas untuk para pengunjung MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS

  Dahsyat penangan Chef Danish Harraz sampai sesak Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS. Semua seronok sebab dapat rasa cheesecake strawberi dan brownies resipi istimewa menggunakan produk jenama Peladang.  

Read more
13-08-2022
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS

  Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee diiringi Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Haji Zamri Yaakob melawat ruang pameran NAFAS di Laman Mekanisasi, MAEPS.  

Read more
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 1, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 6144 1200   Fax : 03 6144 1399
Email : info[a]nafas.com.my
 
Pautan Laman

qr nafas static

Ikuti kami di :

fb icon s

twitter icon s ig icon s youtube icon s
 
Paparan terbaik menggunakan :
Mozilla Firefox 4.0++
Internet Explorer 8++
   Resolusi 1200 x 800
Statistik
Pelawat : click tracking
   
 

 

   
   

Hakcipta Terpelihara 2024 © Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)