logo-nafas

REFORMASI PELADANG KLUANG BUKTI KERAJAAN PH SERIUS BAWA PERUBAHAN SEKTOR PERTANIAN

 rp kluang 5

Program Reformasi Peladang Kluang yang telah dilaksanakan selama 2 hari bermula 21-22 Jun 2019 bukti kerajaan Pakatan Harapan serius dalam membawa agenda reformasi khususnya dalam sektor pertanian. Perkara ini disentuh sendiri oleh YB Tuan Haji Tosrin Javanthi, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar dalam ucapan beliau semasa merasmikan Program Reformasi Peladang Kluang di Persiaran Dato' Haji Ismail Hassan dihadapan 500 orang peladang yang hadir ke majlis tersebut.

rp kluang 10

Program Reformasi Peladang yang dilaksanakan di Kluang telah berjaya menarik penglibatan seramai 1,000 penyertaan dari pelbagai peringkat umur melalui pelbagai segmen yang dijalankan bermula dengan Agro Kids untuk kanak-kanak, Cerna Minda Tani untuk belia dan dewasa hingga ke segmen-segmen umum seperti Nostalgia Desa dan Santai Malam di samping program Ziarah Peladang yang merupakan program kunjungan rumah ke rumah bagi menyantuni ahli peladang yang memerlukan. YB. Muhammad Said Jonit, Ahli Jemaah Pengarah NAFAS merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Mahkota dalam ucapan beliau menyatakan bahawa program ini akan dilaksanakan di 29 buah kawasan terpilih di seluruh negara. 

rp kluang 8 

Program yang mula diperkenalkan tahun 2019 ini merupakan program khusus NAFAS bersama-sama Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Pertubuhan Peladang peringkat negeri dan kawasan untuk turun ke lapangan mempromosikan aktiviti sektor pertanian kepada masyarakat sebagai salah satu inisiatif dalam menarik lebih ramai lagi keahlian Pertubuhan Peladang.

rp kluang 11

Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mazlan bin Aliman pula dalam ucapannya menyatakan bahawa kerajaan Pakatan Harapan kini akan menetapkan KPI dalam mereformasikan sektor pertanian negara. Justeru beliau menggalakkan pegawai-pegawai kerajaan khususnya pegawai-pegawai Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Pertubuhan Peladang (PP) untuk menjadikan KPI yang akan dirangka sebagai sasaran utama dalam pencapaian mereka.

Beberapa jabatan & agensi di bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani juga telah terlibat secara langsung dalam program tersebut.

rp kluang 3

Antara jabatan & agensi yang turut menyediakan pameran adalah Jabatan Pertanian, FAMA, Lembaga Pembangunan Nanas Malaysia (LPNM) dan Agrobank disamping booth pameran Pertubuhan Peladang iaitu NAFAS, PPNJ, PPK Kluang & PPK Simpang Renggam.

 

03-12-2019
NAFAS, PPN JOHOR METERAI MOU TERNAKAN AYAM
NAFAS, PPN JOHOR METERAI MOU TERNAKAN AYAM

JOHOR BAHRU, 1 Dis | Bagi melengkapkan 'rantaian nilai' sektor ternakan ayam milik pertubuhan peladang, memorandum persefahaman (MoU) antara Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) dimeterai...

Read more
03-12-2019
PERHIMPUNAN PELADANG ZON SELATAN BERLANGSUNG SEMPEN HPPNK 2019
PERHIMPUNAN PELADANG ZON SELATAN BERLANGSUNG SEMPEN HPPNK 2019

JOHOR BAHRU, 30 Nov | Perhimpunan Peladang Zon Selatan berlangsung di Plaza Angsana, Johor Bahru, 30 November lalu bersempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2019 (HPPNK2019). Majlis dirasmikan Menteri Pertanian...

Read more
27-11-2019
PELADANG ASNAF GEMBIRA TERIMA BANTUAN ZAKAT
PELADANG ASNAF GEMBIRA TERIMA BANTUAN ZAKAT

SUNGAI BESAR, 20 Nov | Usaha Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) melaksanakan program khidmat sosial membabitkan para peladang yang kurang berkemampuan mendapat sokongan ahli-ahli peladang malah mereka mengharapkan usaha murni ini...

Read more
27-11-2019
SEMINAR INOVASI PEMBANGUNAN USAHAWAN PUPUK MINAT DI BIDANG PERTANIAN
SEMINAR INOVASI PEMBANGUNAN USAHAWAN PUPUK MINAT DI BIDANG PERTANIAN

BAYAN LEPAS, 24 Nov | Seminar Inovasi Pembangunan Usahawan telah berlangsung di Lexis Suites, 24 Nov lalu. Program sehari itu dirasmikan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) NAFAS, Hisyamuddin Ghazali. Hadir sama Pegawai Pembangunan...

Read more
22-11-2019
TEKNOLOGI MODEN MAMPU TARIK ANAK MUDA SERTAI BIDANG PERTANIAN
TEKNOLOGI MODEN MAMPU TARIK ANAK MUDA SERTAI BIDANG PERTANIAN

SUNGAI BESAR, 20 Nov | Anak-anak muda perlu didorong menceburi bidang pertanian dan kaedah paling berkesan untuk menarik minat golongan muda menyertai bidang ini adalah penggunaan teknologi moden, kata Ahli...

Read more
22-11-2019
‘COCOPEAT’ PRODUK HILIRAN KELAPA PUNYAI PERMINTAAN TINGGI
‘COCOPEAT’ PRODUK HILIRAN KELAPA PUNYAI PERMINTAAN TINGGI

MARANG, 12 Nov | Bagi meninjau projek yang dilaksanakan ahli pertubuhan peladang, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mazlan Aliman melawat tapak projek penghasilan 'cocopeat' yang diusahakan Wan Hasbi Haliq...

Read more
19-11-2019
PERTANIAN BERI KESAN KEPADA KESTABILAN NEGARA
PERTANIAN BERI KESAN KEPADA KESTABILAN NEGARA

KUALA LUMPUR, 16 Nov | Bidang pertanian amat penting kerana ia memberi kesan kepada kestabilan sesebuah negara, kata Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Dato' Phahrolrazi Mohd Zawawi. Bercakap...

Read more
18-11-2019
PERTUBUHAN PELADANG BERPERANAN TINGKAT PENDAPATAN GOLONGAN B40
PERTUBUHAN PELADANG BERPERANAN TINGKAT PENDAPATAN GOLONGAN B40

KUALA LUMPUR, 16 Nov | Pertubuhan Peladang di setiap peringkat perlu memainkan peranan untuk meningkatkan pendapatan golongan peladang yang rata-ratanya tergolong dalam kelompok B40 (pendapatan isi rumah di bawah RM3860...

Read more
18-11-2019
PELBAGAIKAN USAHA PERTANIAN UNTUK TAMBAH PENDAPATAN
PELBAGAIKAN USAHA PERTANIAN UNTUK TAMBAH PENDAPATAN

PONTIAN, 14 Nov | Para peladang, penternak dan nelayan disaran mempelbagaikan usaha pertanian bertujuan meningkatkan sumber pendapatan dan tidak hanya bergantung penuh kepada sesuatu pekerjaan. Perkara ini dinyatakan Menteri Pertanian dan...

Read more
11-11-2019
GOLONGAN PELADANG, PETANI, NELAYAN PERLU DIBELA
GOLONGAN PELADANG, PETANI, NELAYAN PERLU DIBELA

BATU CAVES, 10 Nov | Dalam usaha memacu pembangunan negara, kerajaan tidak seharusnya mengetepikan nasib golongan peladang, petani dan nelayan. Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keseimbangan ekonomi...

Read more
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 1, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 6144 1200   Fax : 03 6144 1399
Email : info[a]nafas.com.my
 
Pautan Laman

qr nafas static

Ikuti kami di :

fb icon s

twitter icon s ig icon s youtube icon s
 
Paparan terbaik menggunakan :
Mozilla Firefox 4.0++
Internet Explorer 8++
   Resolusi 1200 x 800
Statistik
Pelawat : click tracking
   
 

 

   
   

Hakcipta Terpelihara 2019 © Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)