logo-nafas

PROGRAM KASIH PELADANG KEDAH BERI SUMBANGAN KEPADA 500 ASNAF PELADANG DAN SETEMPAT

kasih peladang k1
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menganjurkan Program Kasih Peladang Kedah di Dewan Masjid Sungai Baru Gunong, di sini pada 24 Ogos 2019 (Sabtu). Program disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Ir Amiruddin bin Hamzah, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia.
Turut hadir, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Yang Berhormat Dato’ Phahrolrazi bin Mohd Zawawi, Ahli-ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Yang Berbahagia Dato’ Ahmad Bhari bin Abd Rahman, Yang Mulia Dato’ Tengku Aziz bin Tengku Jaafar dan Yang Berusaha Ishak bin Taib serta Pengurus Besar NAFAS, Tuan Haji Ahmad bin Shaari.

 


kasih peladang k5
Program Kasih Peladang dianjurkan NAFAS di 10 buah lokasi di seluruh negara yang memberi manfaat kepada kira-kira 4,300 orang penerima pada tahun ini. Program ini diadakan buat julung-julung kalinya di Pulai, Johor yang telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Salahuddin bin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada Mei lalu. Penganjuran program ini adalah bagi menunjukkan komitmen NAFAS dalam memastikan setiap keuntungan dari aktiviti perniagaan NAFAS dikongsi semula bagi manfaat ahli peladang serta golongan asnaf setempat.

kasih peladang k3


Program Kasih Peladang Kedah menyaksikan penyampaian sumbangan sebanyak RM100,000.00 kepada seramai 500 orang penerima yang terdiri daripada asnaf peladang dan asnaf setempat. Ini merupakan sebahagian daripada wakalah zakat perniagaan NAFAS di negeri Kedah. Pemilihan asnaf ini adalah daripada semakan dan kerjasama Lembaga Zakat Negeri Kedah, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Anak Bukit dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dibawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA). Adalah diharap dengan bantuan kewangan yang disampaikan ini dapat membantu meringankan kos perbelanjaan seharian serta memanfaatkan penerima dan ahli keluarga.

kasih peladang k4
Program ini antara lain dapat juga mengeratkan hubungan silaturahim antara Ahli-ahli Jemaah Pengarah NAFAS, kepimpinan peladang di peringkat kawasan bersama-sama ahli peladang serta masyarakat setempat.




13-01-2020
NAFAS YAKIN KSU BARU MAMPU PACU KEMAJUAN SEKTOR PERTANIAN
NAFAS YAKIN KSU BARU MAMPU PACU KEMAJUAN SEKTOR PERTANIAN

KOTA DAMANSARA, 9 Jan | Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengucapkan tahniah di atas perlantikan Dato' Haji Zainal Azman Abu Seman sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani...

Read more
10-01-2020
ANUGERAH PERDANA YAYASAN PELAJARAN PELADANG IKTIRAF ANAK AHLI CEMERLANG
ANUGERAH PERDANA YAYASAN PELAJARAN PELADANG IKTIRAF ANAK AHLI CEMERLANG

KOTA DAMANSARA, 9 Jan | Anak-anak peladang yang cemerlang dalam pelajaran menerima pengiktirafan dalam Majlis Anugerah Perdana Yayasan Pelajaran 2019 anjuran Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), 9 Januari lalu. Anugerah disampaikan Ketua...

Read more
07-01-2020
FOKUS TINGKATKAN PENDAPATAN PESAWAH, NELAYAN
FOKUS TINGKATKAN PENDAPATAN PESAWAH, NELAYAN

PUTRAJAYA, 6 Jan | Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub dalam amanat tahun baharunya hari ini mahu warga kementerian memberi keutamaan terhadap inisiatif untuk meningkatkan pendapatan...

Read more
07-01-2020
NAFAS BERTEMU PELABUR CHINA BINCANG TEKNOLOGI BARU TANAMAN PADI
NAFAS BERTEMU PELABUR CHINA BINCANG TEKNOLOGI BARU TANAMAN PADI

PUTRAJAYA, 6 Jan | Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengadakan pertemuan dengan para pelabur dari China khusus bagi membincangkan peluang pelaburan dan pemasaran input-input pertanian bagi kedua-dua negara. Perjumpaan berlangsung di Wisma...

Read more
02-01-2020
PROGRAM JOM KE SEKOLAH SIMPANG RENGGAM TUTUP PROGRAM CSR NAFAS 2019
PROGRAM JOM KE SEKOLAH SIMPANG RENGGAM TUTUP PROGRAM CSR NAFAS 2019

SIMPANG RENGGAM, 29 Dis | Program Jom Ke Sekolah di bandar Simpang Renggam menjadi penutup kepada siri program Jom Ke Sekolah anjuran NAFAS pada tahun ini. Program yang berlangsung di Pasaraya...

Read more
02-01-2020
AHLI PELADANG HARGAI BANTUAN NAFAS
AHLI PELADANG HARGAI BANTUAN NAFAS

BANDAR JENGKA, 28 Dis | Ahli Peladang dan ibu bapa yang menerima bantuan program Kembali Ke Sekolah berterima kasih dengan keprihatinan NAFAS dan berharap program serupa dapat diteruskan di masa-masa...

Read more
02-01-2020
200 PELAJAR TERIMA BANTUAN KEMBALI KE SEKOLAH DI BANDAR JENGKA
200 PELAJAR TERIMA BANTUAN KEMBALI KE SEKOLAH DI BANDAR JENGKA

BANDAR JENGKA, 28 Dis | Program Jom Ke Sekolah bagi negeri Pahang diadakan di Bandar Pusat Jengka, 28 Disember lalu. Pada majlis itu, sejumlah 200 penerima terdiri daripada anak-anak ahli Peladang...

Read more
27-12-2019
PROGRAM JOM KEMBALI KE SEKOLAH JELAJAHI SERATA SEMENANJUNG
PROGRAM JOM KEMBALI KE SEKOLAH JELAJAHI SERATA SEMENANJUNG

KOTA DAMANSARA, 27 Dis | Bagi memenuhi tanggung jawab sosial korporatnya, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) melaksanakan program Jom Ke Sekolah di lokasi terpilih seluruh Semenanjung bertujuan membantu anak-anak ahli Peladang...

Read more
26-12-2019
PROGRAM JOM KE SEKOLAH BANTU RINGAN BEBAN KELUARGA AHLI PELADANG
PROGRAM JOM KE SEKOLAH BANTU RINGAN BEBAN KELUARGA AHLI PELADANG

YAN, 23 Dis | Program Jom Ke Sekolah anjuran Petubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bagi negeri Kedah dimulakan di perkarangan Pusat Khidmat Dun Sungai Limau, dekat sini, 23 Disember lalu. Sumbangan disampaikan...

Read more
20-12-2019
KASIH PELADANG JOHOR SANTUNI PELADANG ASNAF SENGGARANG
KASIH PELADANG JOHOR SANTUNI PELADANG ASNAF SENGGARANG

BATU PAHAT, 19 Dis | Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menganjurkan Program Kasih Peladang Johor di premis Pertubuhan Peladang Kawasan Senggarang, dekat sini. Perasmian program disempurnakan Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, YB Muhamad...

Read more
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 1, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 6144 1200   Fax : 03 6144 1399
Email : info[a]nafas.com.my
 
Pautan Laman

qr nafas static

Ikuti kami di :

fb icon s

twitter icon s ig icon s youtube icon s
 
Paparan terbaik menggunakan :
Mozilla Firefox 4.0++
Internet Explorer 8++
   Resolusi 1200 x 800
Statistik
Pelawat : click tracking
   
 

 

   
   

Hakcipta Terpelihara 2020 © Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)