Perlis menjadi lokasi seterusnya program Kasih Peladang apabila 500 penerima sumbangan yang terdiri daripada golongan asnaf hadir di Dewan Sivik, Arau pada 22 September lalu. Perasmian program Kasih Peladang Perlis itu disempurnakan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Dato' Phahrolrazi Mohd Zawawi. Majlis dianjurkan dengan kerjasama Pertubuhan Peladang dan MADA negeri. Turut hadir Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Dato' Tengku Aziz Tengku Jaafar, Pengurus Besar NAFAS, Haji Ahmad Shaari dan Pengarah LPP Negeri Perlis, Azizul Lebai Ishak.
Sebahagian peladang asnaf yang hadir memenuhi Dewan Sivik, Arau. |
Pada majlis itu sejumlah RM100,000 disampaikan kepada 500 orang penerima yang terdiri daripada peladang asnaf. Perlis adalah negeri ke lima dikunjungi NAFAS bagi program Kasih Peladang selepas Johor, Kelantan, Pahang dan Kedah. Program Kasih Peladang tahun ini membabitkan 10 lokasi terpilih di seluruh negara melibatkan lebih 4,300 orang penerima sumbangan. Para penerima sumbangan adalah golongan asnaf dari kalangan ahli pertubuhan peladang, anak-anak ahli dan penduduk setempat.
Menurut Dato' Phahrolrazi, program ini diadakan bagi NAFAS menyumbang kembali serta berkongsi keuntungan dengan komuniti peladang. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Beseri, Mata Ayer, Paya, Titi Tinggi, Bintong, Padang Siding dan 5 lagi PPK di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) kerana memberi kerjasama penuh bagi menjayakan program ini.
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menganjurkan program Prihatin Peladang Melaka yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan I pada 28 Ogos...
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengadakan perjumpaaan bersama Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Kota Damansara...
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee mengadakan lawatan kerja ke Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd (MNFSB) di Gurun, Kedah pada 22 Jun 2020. Malaysian NPK Fertilizer Sdn...
Read morePertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengumumkan pelantikan Dr. Anis Mahmud sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS yang baharu berkuatkuasa 15 Mei 2020. Pelantikan Dr. Anis yang juga Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian...
Read morePertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) buat julung kalinya menjalankan projek Tanaman Padi Bersepadu bersama Petronas di Kampung Namdam, Kubur Panjang, Kedah. Seramai 68 peserta terpilih untuk terlibat dalam mengusahakan 70 hektar sawah...
Read moreKOTA BHARU, 16 Feb | Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mazlan Aliman berkunjung ke pejabat Pengerusi KADA, Senator Datuk Husam Musa di ibu pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA),...
Read moreALOR SETAR, 13 Feb | Seusai menghadiri majlis penyerahan bantuan diesel jentera pengepam air untuk Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) seluruh Kedah dan Pulau Pinang di PPK PPK Aman C-III MADA...
Read moreALOR SETAR, 13 Feb | Program Bantuan Diesel jentera pengepam air bagi mengairi sawah padi di utara Semenanjung berlangsung di perkarangan premis Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Aman C-III MADA Tajar,...
Read moreAwal bulan ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub telah turun padang melawat kawasan IADA Rompin dan Sawah Endau, Johor. Beliau yang membuat lawatan tanpa para...
Read morePeruntukan sebanyak RM30,000 dari RM640,000 telah diperuntukkan kepada 150 penerima Jom Kembali ke Sekolah oleh NAFAS kepada pelajar asnaf di sekitar Dun Templer, pada tahun ini. NAFAS berusaha menjadikan pendidikan...
Read more