Sambutan Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2019 bakal berlangsung di Plaza Angsana, Johor Bahru bermula 28 November akan datang. Program empat hari yang berakhir pada 1 Disember itu diadakan setiap tahun bagi menghargai sumbangan peladang, penternak dan nelayan yang menjadi penyumbang utama makanan negara. HPPNK turut menjadi platform kepada para peladang, penternak dan nelayan untuk mempromosi hasil dan produk pertanian mereka, memperkenalkan teknologi terkini industri pertanian disamping membuka peluang perniagaan kepada para pengusaha dalam sektor pertanian. Sambutan Hari Peladang pertama diadakan pada 6 Ogos 1975 di Perkarangan Bangunan Parlimen dan dirasmikan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussin. HPPNK 2019 di Johor Bahru bakal dirasmikan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Sempena sambutan HPPNK 2019, ekspo pertanian bertemakan "Makanan Kita Masa Depan Kita" turut diadakan. Ekspo ini menyediakan ruang pameran dengan mempamerkan enam kluster utama iaitu Makanan Dan Minuman, Gaya Hidup, Kesejahteraan, Hasil Pertanian, Agro Teknologi dan Pembangunan Modal Insan. Antara program yang bakal berlangsung sepanjang empat hari ekspo itu adalah Anugerah Pertandingan HPPNK, Konvensyen/Seminar HPPNK, Agro Teknologi, Agro Pelancongan, Agro Kulinari, Agro Youth dan Forum Perdana. Turut mengisi acara adalah program Budaya & Senitani, Kenduri Rakyat Nasi Ambeng, pameran oleh jabatan/agensi/swasta, kewangan, promosi dan rakan strategik.
Sekretariat HPPNK 2019 ini melibatkan kerjasama antara Kerajaan Negeri Johor dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bertindak sebagai agensi pelaksana. Ia bakal memberi peluang kepada para peladang, penternak dan nelayan mempelajari teknologi baharu pertanian, mencari ruang pasaran, mempamer serta mempromosi produk masing-masing. Penganjuran HPPNK 2019 juga diharap dapat menarik minat golongan muda untuk menceburi bidang pertanian. Program ini juga diharap mampu menyuntik semangat golongan peladang, penternak dan nelayan untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi.
IMBAS KEMBALI… Hari Peladang Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017. |
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menganjurkan program Prihatin Peladang Melaka yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan I pada 28 Ogos...
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengadakan perjumpaaan bersama Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Kota Damansara...
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee mengadakan lawatan kerja ke Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd (MNFSB) di Gurun, Kedah pada 22 Jun 2020. Malaysian NPK Fertilizer Sdn...
Read morePertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengumumkan pelantikan Dr. Anis Mahmud sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS yang baharu berkuatkuasa 15 Mei 2020. Pelantikan Dr. Anis yang juga Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian...
Read morePertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) buat julung kalinya menjalankan projek Tanaman Padi Bersepadu bersama Petronas di Kampung Namdam, Kubur Panjang, Kedah. Seramai 68 peserta terpilih untuk terlibat dalam mengusahakan 70 hektar sawah...
Read moreKOTA BHARU, 16 Feb | Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mazlan Aliman berkunjung ke pejabat Pengerusi KADA, Senator Datuk Husam Musa di ibu pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA),...
Read moreALOR SETAR, 13 Feb | Seusai menghadiri majlis penyerahan bantuan diesel jentera pengepam air untuk Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) seluruh Kedah dan Pulau Pinang di PPK PPK Aman C-III MADA...
Read moreALOR SETAR, 13 Feb | Program Bantuan Diesel jentera pengepam air bagi mengairi sawah padi di utara Semenanjung berlangsung di perkarangan premis Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Aman C-III MADA Tajar,...
Read moreAwal bulan ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub telah turun padang melawat kawasan IADA Rompin dan Sawah Endau, Johor. Beliau yang membuat lawatan tanpa para...
Read morePeruntukan sebanyak RM30,000 dari RM640,000 telah diperuntukkan kepada 150 penerima Jom Kembali ke Sekolah oleh NAFAS kepada pelajar asnaf di sekitar Dun Templer, pada tahun ini. NAFAS berusaha menjadikan pendidikan...
Read more