logo-nafas

PELADANG ASNAF BERSYUKUR TERIMA BANTUAN ZAKAT

komenahli k1Rata-rata ahli peladang yang ditemui pada majlis Kasih Peladang Kelantan, melahirkan perasaan gembira dan bersyukur dengan bantuan zakat yang dihulurkan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS). Mereka berharap, bantuan seumpama ini diteruskan di masa-masa akan datang khususnya bagi membantu ahli peladang yang tidak berkemampuan selain membuktikan keprihatinan NAFAS dan pertubuhan peladang terhadap mereka.


komenahli k2

Haji Abdul Hamid Awang Besar

Haji Abdul Hamid Awang Besar, 80, mantan ahli jemaah pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Rantau Panjang melahirkan perasaan gembira dan bangga dengan bantuan zakat yang diperolehi daripada NAFAS. Beliau yang mengusahakan tanaman limau nipis menganggap bantuan itu sebagai bukti penghargaan NAFAS terhadap ahli-ahli peladang. Haji Abdul Hamid juga juga berharap pengurusan PPK dapat terus ditingkatkan bagi manfaat dan kebajikan ahli-ahli peladang. Majlis Kasih Peladang Kelantan berlangsung di Sekolah Kebangsaan Sri Rantau Panjang 2, Rantau Panjang, 27 September lalu dan dirasmikan Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Mohd Hisyamuddin Ghazali. Hadir sama Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Senator Dr Yaakob Sapari dan Dato' Ahmad Bhari Abd. Rahman, Pengarah Pembangunan Peladang NAFAS Haji Abu Sujak Sahuji, dan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Rantau Panjang Haji Che Husin Ismail. Pada majlis itu, seramai 295 orang terdiri daripada asnaf peladang dan pelajar dari lima PPK menerima sumbangan zakat berjumlah RM59,000. Sumbangan wakalah zakat perniagaan NAFAS itu membabitkan penerima daripada PPK Kubang Bunut, PPK Alor Mas, PPK Chetok, PPK Kangkong dan PPK Rantau Panjang.

komenahli k3
Zaharah Mamat

Ratnawati Awang, 50, turut melahirkan kesyukuran dengan bantuan zakat yang diterima daripada NAFAS. Ibu kepada 6 orang anak ini bekerja di bengkel pemprosesan makanan sejuk beku. Berpendapatan RM750 sebulan, ibu tunggal ini mengakui turut menerima bantuan daripada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Sumbangan zakat yang pertama kali diterima daripada NAFAS memberikan semangat kepada beliau untuk terus menempuh kehidupan. Ratnawati berharap NAFAS dan persatuan peladang akan terus membuka ruang kepada penduduk kampung khususnya ahli peladang untuk menceburi bidang pertanian. "Sebagai ibu tunggal, saya perlukan bantuan untuk terus ke hadapan dan tidak ketinggalan. Terima kasih kepada NAFAS dan pertubuhan peladang kerana memgambil berat soal kebajikan kami (ahli peladang)," katanya. Seorang lagi asnaf yang ditemui, Zaharah Mamat, 66, daripada PPK Alor Mas bersyukur dengan bantuan zakat yang diterima. Ibu tunggal 5 anak ini mengusahakan tanaman sayur-sayuran untuk jualan dan sara diri. Zaharah berharap bantuan zakat daripada NAFAS ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Haji Abdul Hamid Awang Besar

14-03-2023
LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS
LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS

    14 MAC 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari...

Read more
26-01-2023
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH NAFAS
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH NAFAS

 26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)

Read more
02-12-2022
DATO’ KSU MAFI MENYEMPURNAKAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NAFAS-49
DATO’ KSU MAFI MENYEMPURNAKAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NAFAS-49

 30 NOVEMBER 2022 | HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 Tahun 2022 pada hari...

Read more
02-12-2022
SEKITAR BERLANGSUNGNYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) KALI KE 49 DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA
SEKITAR BERLANGSUNGNYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) KALI KE 49 DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA

  Tahniah & Syabas kepada semua Perwakilan Peladang daripada seluruh negara yang menjayakan mesyuarat agung kali ini

Read more
01-12-2022
URUSAN PERBANKAN DPK LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY
URUSAN PERBANKAN DPK LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY

Dana Peladang Kebangsaan (DPK) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana atas talian - JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan ahlinya.

Read more
13-08-2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022

  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat pameran-pameran di Pavilion Negeri sempena MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS

  MAHA Fun Fishing 2022 anjuran NAFAS berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi di Tasik MARDI, MAEPS. Tahniah kepada para pemenang anda memang hebat, macam-macam ikan ada!  

Read more
13-08-2022
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ

  Semuanya SEDAP! Demo masakan kali ini Chef Danish Harraz cipta resipi kek menggunakan produk strawberi jenama Peladang khas untuk para pengunjung MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS

  Dahsyat penangan Chef Danish Harraz sampai sesak Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS. Semua seronok sebab dapat rasa cheesecake strawberi dan brownies resipi istimewa menggunakan produk jenama Peladang.  

Read more
13-08-2022
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS

  Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee diiringi Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Haji Zamri Yaakob melawat ruang pameran NAFAS di Laman Mekanisasi, MAEPS.  

Read more
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 1, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 6144 1200   Fax : 03 6144 1399
Email : info[a]nafas.com.my
 
Pautan Laman

qr nafas static

Ikuti kami di :

fb icon s

twitter icon s ig icon s youtube icon s
 
Paparan terbaik menggunakan :
Mozilla Firefox 4.0++
Internet Explorer 8++
   Resolusi 1200 x 800
Statistik
Pelawat : click tracking
   
 

 

   
   

Hakcipta Terpelihara 2024 © Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)