logo-nafas

BERUBAH ATAU ‘PUPUS’, PESAN AHLI JEMAAH PENGARAH NAFAS

induksi01-02.JPGPerubahan adalah agen penting dalam sesebuah organisasi dan tanpa adanya perubahan, organisasi besar kemungkinan akan 'pupus', kata Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) Mohd Hisyamuddin Ghazali. Berucap merasmikan Program Permukiman Pegawai Pembangunan Peladang (PPP) Bersama AJP NAFAS di sebuah hotel di ibu negara, 1 Oktober lalu, Hisyamuddin mengingatkan bahawa sesebuah organisasi akan runtuh jika tidak mempunyai kekuatan dan kehebatan.

Beliau mengingatkan PPP tentang tujuan rakyat melakukan perubahan pada pilihan raya umum (PRU) lalu iaitu mahukan perubahan dan reformasi. Sehubungan itu, katanya perubahan perlu dilakukan pada setiap peringkat bermula dari Unit Peladang hinggalah ke peringkat nasional. Matlamat utama perubahan, ujar beliau adalah bagi meningkatkan ekonomi dan taraf hidup ahli peladang dan jika ini gagal dilakukan, tidak mustahil rakyat yang kecewa akan sekali lagi melakukan perubahan politik.

induksi01-01k

Hisyamuddin berucap merasmikan program. Turut kelihatan Puan Normah dan Haji Abu Sujak (kiri).

Hadir sama pada majlis perasmian ialah Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Puan Normah Yusof dan Pengarah Pembangunan Peladang, Haji Abu Sujak Sahuji. Hisyamuddin menambah, sebagai organisasi peladang terbesar di negara ini dengan lebih 900,000 ahli, 227 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan 14 Pertubuhan Peladang Negeri (PPN), NAFAS mensasarkan 1 juta ahli peladang menjelang Jun 2020. Beliau turut menggariskan tugas utama yang perlu dilaksanakan PPP iaitu menjadi penghubung ahli akar umbi dengan pengurusan NAFAS. Peranan PPP juga, ujarnya adalah besar iaitu membantu NAFAS mencapai halatuju NAFAS 2022.

Sementara itu ketika berucap di majlis yang sama Haji Abu Sujak berkata, PPP memainkan peranan yang besar seperti kakitangan lain untuk menggerak dan memajukan NAFAS. "PPP ada di lapangan dan lebih dekat dengan masyarakat. Imej NAFAS pada PPP dan maklumat tentang NAFAS perlu disalurkan kepada masyarakat. PPP berperanan menjadi penghubung antara NAFAS dan masyarakat," jelasnya. Seramai 27 orang PPP terlibat dalam program induksi dua hari itu. Mereka diberi taklimat oleh pengurusan kanan NAFAS di samping membincangkan bidang tugas, program dan hala tuju bersama AJP NAFAS yang hadir.

Hisyamuddin berucap merasmikan program. Turut kelihatan Puan Normah dan Haji Abu Sujak (kiri).
14-03-2023
LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS
LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS

    14 MAC 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari...

Read more
26-01-2023
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH NAFAS
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH NAFAS

 26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)

Read more
02-12-2022
DATO’ KSU MAFI MENYEMPURNAKAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NAFAS-49
DATO’ KSU MAFI MENYEMPURNAKAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NAFAS-49

 30 NOVEMBER 2022 | HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 Tahun 2022 pada hari...

Read more
02-12-2022
SEKITAR BERLANGSUNGNYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) KALI KE 49 DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA
SEKITAR BERLANGSUNGNYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) KALI KE 49 DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA

  Tahniah & Syabas kepada semua Perwakilan Peladang daripada seluruh negara yang menjayakan mesyuarat agung kali ini

Read more
01-12-2022
URUSAN PERBANKAN DPK LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY
URUSAN PERBANKAN DPK LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY

Dana Peladang Kebangsaan (DPK) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana atas talian - JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan ahlinya.

Read more
13-08-2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022

  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat pameran-pameran di Pavilion Negeri sempena MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS

  MAHA Fun Fishing 2022 anjuran NAFAS berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi di Tasik MARDI, MAEPS. Tahniah kepada para pemenang anda memang hebat, macam-macam ikan ada!  

Read more
13-08-2022
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ

  Semuanya SEDAP! Demo masakan kali ini Chef Danish Harraz cipta resipi kek menggunakan produk strawberi jenama Peladang khas untuk para pengunjung MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS

  Dahsyat penangan Chef Danish Harraz sampai sesak Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS. Semua seronok sebab dapat rasa cheesecake strawberi dan brownies resipi istimewa menggunakan produk jenama Peladang.  

Read more
13-08-2022
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS

  Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee diiringi Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Haji Zamri Yaakob melawat ruang pameran NAFAS di Laman Mekanisasi, MAEPS.  

Read more
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 1, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 6144 1200   Fax : 03 6144 1399
Email : info[a]nafas.com.my
 
Pautan Laman

qr nafas static

Ikuti kami di :

fb icon s

twitter icon s ig icon s youtube icon s
 
Paparan terbaik menggunakan :
Mozilla Firefox 4.0++
Internet Explorer 8++
   Resolusi 1200 x 800
Statistik
Pelawat : click tracking
   
 

 

   
   

Hakcipta Terpelihara 2024 © Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)