SUNGAI PETANI: Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) berharap Kementerian Kewangan dapat meluluskan lebih RM800 juta melalui Belanjawan 2020 bagi mengelak berlaku kelewatan bekalan kepada petani. Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi, berkata jumlah RM420 juta yang diperoleh pada tahun ini tidak mencukupi dan pihaknya terpaksa meminta peruntukan tambahan.
"Jumlah itu (RM420 juta) hanya untuk semusim sahaja. Jadi, apabila masuk musim kedua kita berhadapan masalah dan kerana itu berlaku kelewatan. "Kita berdepan kesulitan dalam menghantar input padi seperti baja, racun dan sebagainya. Sebab itu kita perlukan peruntukan sebanyak RM800 juta untuk tahun hadapan," katanya, 6 Oktober lalu. Beliau berkata demikian pada sidang media Program Kasih Peladang Kedah di Institut Pengurusan Peladang (IPP) Sungai Petani, di sini. Pada program itu seramai 275 penerima asnaf peladang dari 11 Pertubuhan Peladang Kawasan negeri ini menerima bantuan wang tunai.
Sementara itu, mengulas mengenai benih padi yang lewat diterima pesawah di beberapa kawasan di Perlis dan Perak, Phahrolrazi berkata, NAFAS berharap diberi peluang untuk menjadi pengedar. "Walaupun isu ini tidak berkaitan dengan NAFAS kerana kementerian memberi secara tender kepada pembekal tanpa melalui NAFAS, kita harap pada masa depan kita diberi peluang untuk mengedar. "Ini untuk meringankan beban kakitangan kerajaan yang tidak mencukupi serta kekurangan rantaian. Lebih mudah diberikan kepada NAFAS kerana kita mempunyai rantaian dan mudah untuk dipantau," katanya. - BH Online
Foto : Datuk Phahrolrazi menyerahkan sumbangan zakat kepada seorang peladang asnaf sambil diiringi Ahli-ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Ishak Taib dan Dato’ Tengku Aziz Tengku Jaafar.
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menganjurkan program Prihatin Peladang Melaka yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan I pada 28 Ogos...
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengadakan perjumpaaan bersama Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Kota Damansara...
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee mengadakan lawatan kerja ke Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd (MNFSB) di Gurun, Kedah pada 22 Jun 2020. Malaysian NPK Fertilizer Sdn...
Read morePertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengumumkan pelantikan Dr. Anis Mahmud sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS yang baharu berkuatkuasa 15 Mei 2020. Pelantikan Dr. Anis yang juga Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian...
Read morePertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) buat julung kalinya menjalankan projek Tanaman Padi Bersepadu bersama Petronas di Kampung Namdam, Kubur Panjang, Kedah. Seramai 68 peserta terpilih untuk terlibat dalam mengusahakan 70 hektar sawah...
Read moreKOTA BHARU, 16 Feb | Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mazlan Aliman berkunjung ke pejabat Pengerusi KADA, Senator Datuk Husam Musa di ibu pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA),...
Read moreALOR SETAR, 13 Feb | Seusai menghadiri majlis penyerahan bantuan diesel jentera pengepam air untuk Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) seluruh Kedah dan Pulau Pinang di PPK PPK Aman C-III MADA...
Read moreALOR SETAR, 13 Feb | Program Bantuan Diesel jentera pengepam air bagi mengairi sawah padi di utara Semenanjung berlangsung di perkarangan premis Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Aman C-III MADA Tajar,...
Read moreAwal bulan ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub telah turun padang melawat kawasan IADA Rompin dan Sawah Endau, Johor. Beliau yang membuat lawatan tanpa para...
Read morePeruntukan sebanyak RM30,000 dari RM640,000 telah diperuntukkan kepada 150 penerima Jom Kembali ke Sekolah oleh NAFAS kepada pelajar asnaf di sekitar Dun Templer, pada tahun ini. NAFAS berusaha menjadikan pendidikan...
Read more