logo-nafas

HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN KEBANGSAAN SASAR 500,000 PENGUNJUNG

countdownHPPNK
PUTRAJAYA: Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) yang bakal berlangsung pada 28 November hingga 1 Disember akan datang menyasarkan lebih 500,000 pengunjung. Program yang diadakan di Plaza Angsana Johor bahru itu menyediakan 240 gerai jualan dan pelbagai acara menarik. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub ketika melancarkan Majlis Countdown Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2019 di Wisma Tani, dekat sini, baru-baru ini berkata, HPPNK menjadi platform untuk peladang, penternak dan nelayan mengetengahkan hasil-hasil pertanian dan teknologi terkini serta membuka peluang perniagaan kepada mereka yang berminat dengan sektor pertanian.

"Saya mengajak semua lapisan masyarakat agar datang beramai-ramai memeriahkan HPPNK 2019 ini nanti. Kita menyasarkan seramai 500,000 pengunjung turut sama menjayakan program ini," katanya. Sempena sambutan HPPNK 2019, ekspo pertanian bertemakan "Makanan Kita Masa Depan Kita" turut diadakan. Ekspo ini menyediakan ruang pameran dengan mempamerkan enam kluster utama iaitu Makanan Dan Minuman, Gaya Hidup, Kesejahteraan, Hasil Pertanian, Agro Teknologi dan Pembangunan Modal Insan. Antara program yang bakal berlangsung sepanjang empat hari ekspo itu adalah Anugerah Pertandingan HPPNK, Konvensyen/Seminar HPPNK, Agro Teknologi, Agro Pelancongan, Agro Kulinari, Agro Youth dan Forum Perdana. Turut mengisi acara adalah program Budaya & Senitani, Kenduri Rakyat Nasi Ambeng, pameran oleh jabatan/agensi/swasta, kewangan, promosi dan rakan strategik.

Sekretariat HPPNK 2019 ini melibatkan kerjasama antara Kerajaan Negeri Johor dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dengan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bertindak sebagai agensi pelaksana. Ia bakal memberi peluang kepada para peladang, penternak dan nelayan mempelajari teknologi baharu pertanian, mencari ruang pasaran, mempamer serta mempromosi produk masing-masing. Penganjuran HPPNK 2019 juga diharap dapat menarik minat golongan muda untuk menceburi bidang pertanian. Program ini juga diharap mampu menyuntik semangat golongan peladang, penternak dan nelayan untuk menjana pendapatan yang lebih tinggi.

02-09-2020
NAFAS SUMBANG RM100,000 KEPADA ASNAF DI MELAKA
NAFAS SUMBANG RM100,000 KEPADA ASNAF DI MELAKA

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menganjurkan program Prihatin Peladang Melaka yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan I pada 28 Ogos...

Read more
24-07-2020
MENTERI MAFI ADAKAN PERJUMPAAN DENGAN PENGERUSI PPN DAN AJP NAFAS
MENTERI MAFI ADAKAN PERJUMPAAN DENGAN PENGERUSI PPN DAN AJP NAFAS

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengadakan perjumpaaan bersama Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Kota Damansara...

Read more
25-06-2020
DATUK SERI DR. RONALD KIANDEE LAWAT KILANG MNFSB, GURUN
 DATUK SERI DR. RONALD KIANDEE LAWAT KILANG MNFSB, GURUN

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee mengadakan lawatan kerja ke Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd (MNFSB) di Gurun, Kedah pada 22 Jun 2020. Malaysian NPK Fertilizer Sdn...

Read more
01-06-2020
DR. ANIS - TKSU MOA DILANTIK TERAJUI NAFAS
DR. ANIS - TKSU MOA DILANTIK TERAJUI NAFAS

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengumumkan pelantikan Dr. Anis Mahmud sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS yang baharu berkuatkuasa 15 Mei 2020. Pelantikan Dr. Anis yang juga Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian...

Read more
16-03-2020
NAFAS & PETRONAS TURUN KE BENDANG
NAFAS & PETRONAS TURUN KE BENDANG

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) buat julung kalinya menjalankan projek Tanaman Padi Bersepadu bersama Petronas di Kampung Namdam, Kubur Panjang, Kedah. Seramai 68 peserta terpilih untuk terlibat dalam mengusahakan 70 hektar sawah...

Read more
18-02-2020
LPP, KADA DAN NAFAS SEDIA BANGUNKAN SEKTOR PERTANIAN KELANTAN
LPP, KADA DAN NAFAS SEDIA BANGUNKAN SEKTOR PERTANIAN KELANTAN

KOTA BHARU, 16 Feb | Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mazlan Aliman berkunjung ke pejabat Pengerusi KADA, Senator Datuk Husam Musa di ibu pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA),...

Read more
18-02-2020
PROJEK TANAMAN PADI WANGI 88 TINGKAT PENDAPATAN PESAWAH
PROJEK TANAMAN PADI WANGI 88 TINGKAT PENDAPATAN PESAWAH

ALOR SETAR, 13 Feb | Seusai menghadiri majlis penyerahan bantuan diesel jentera pengepam air untuk Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) seluruh Kedah dan Pulau Pinang di PPK PPK Aman C-III MADA...

Read more
18-02-2020
NAFAS SERAH BANTUAN DIESEL UNTUK PESAWAH MENGAIRI BENDANG
NAFAS SERAH BANTUAN DIESEL UNTUK PESAWAH MENGAIRI BENDANG

ALOR SETAR, 13 Feb | Program Bantuan Diesel jentera pengepam air bagi mengairi sawah padi di utara Semenanjung berlangsung di perkarangan premis Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Aman C-III MADA Tajar,...

Read more
11-02-2020
TANPA PEGAWAI, MENTERI SELAMI MASALAH PESAWAH
TANPA PEGAWAI, MENTERI SELAMI MASALAH PESAWAH

Awal bulan ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub telah turun padang melawat kawasan IADA Rompin dan Sawah Endau, Johor. Beliau yang membuat lawatan tanpa para...

Read more
05-02-2020
PERUNTUKAN RM640,000 SEMPENA JOM KEMBALI KE SEKOLAH
PERUNTUKAN RM640,000 SEMPENA JOM KEMBALI KE SEKOLAH

Peruntukan sebanyak RM30,000 dari RM640,000 telah diperuntukkan kepada 150 penerima Jom Kembali ke Sekolah oleh NAFAS kepada pelajar asnaf di sekitar Dun Templer, pada tahun ini. NAFAS berusaha menjadikan pendidikan...

Read more
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 1, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 6144 1200   Fax : 03 6144 1399
Email : info[a]nafas.com.my
 
Pautan Laman

qr nafas static

Ikuti kami di :

fb icon s

twitter icon s ig icon s youtube icon s
 
Paparan terbaik menggunakan :
Mozilla Firefox 4.0++
Internet Explorer 8++
   Resolusi 1200 x 800
Statistik
Pelawat : click tracking
   
 

 

   
   

Hakcipta Terpelihara 2020 © Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)