PONTIAN, 28 Okt | Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) melancarkan sistem permohonan ahli secara dalam talian www.pklik.lpp.gov.my sempena Kempen Satu Juta Ahli Peladang menjelang 2021.
Pengerusinya, Datuk Mazlan Aliman berkata, pihaknya menyasarkan 30 peratus daripada jumlah tersebut merupakan peladang muda yang bakal menerajui sektor perladangan negara pada masa hadapan.
Menurutnya, LPP membuka lebih banyak ruang termasuk pembiayaan dan melatih golongan tersebut dalam bidang keusahawanan pertanian termasuk memperkasakan agropreneur muda.
"Sekarang kita ada 920,000 ahli dan untuk menarik minat golongan muda, kita akan melibatkan mereka dalam projek menggunakan teknologi aras tinggi.
"Sebelum ini untuk daftar ahli Peladang, kena hantar borang tapi sekarang secara atas talian akan terus ke Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).
"Kita telah putuskan bahawa saham kecil nak layak jadi ahli peladang hanya RM10 sahaja," katanya ketika berucap pada Himpunan Peladang Kawasan Pontian Selatan dan Flag Off Countdown Himpunan Petani, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2019 dekat sini.
Foto di atas : Salahuddin melancarkan sistem permohonan ahli secara atas talian di pekarangan PPK Pontian Selatan. |
Foto : Countdown HPPNK 2019. |
Perasmian program dan pelancaran aplikasi Pklik disempurnakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Mazlan berkata, ramai anak muda sebelum ini kecewa apabila kertas cadangan memohon pembiayaan projek pertanian mereka ditolak kerana pelbagai kerenah birokrasi. - Sinar Harian
Foto : Salahuddin menyampaikan sumbangan kepada petani. |
Foto : Sebahagian hadirin yang mengikuti majlis perasmian. |
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menganjurkan program Prihatin Peladang Melaka yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan I pada 28 Ogos...
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengadakan perjumpaaan bersama Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Kota Damansara...
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee mengadakan lawatan kerja ke Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd (MNFSB) di Gurun, Kedah pada 22 Jun 2020. Malaysian NPK Fertilizer Sdn...
Read morePertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengumumkan pelantikan Dr. Anis Mahmud sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS yang baharu berkuatkuasa 15 Mei 2020. Pelantikan Dr. Anis yang juga Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian...
Read morePertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) buat julung kalinya menjalankan projek Tanaman Padi Bersepadu bersama Petronas di Kampung Namdam, Kubur Panjang, Kedah. Seramai 68 peserta terpilih untuk terlibat dalam mengusahakan 70 hektar sawah...
Read moreKOTA BHARU, 16 Feb | Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mazlan Aliman berkunjung ke pejabat Pengerusi KADA, Senator Datuk Husam Musa di ibu pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA),...
Read moreALOR SETAR, 13 Feb | Seusai menghadiri majlis penyerahan bantuan diesel jentera pengepam air untuk Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) seluruh Kedah dan Pulau Pinang di PPK PPK Aman C-III MADA...
Read moreALOR SETAR, 13 Feb | Program Bantuan Diesel jentera pengepam air bagi mengairi sawah padi di utara Semenanjung berlangsung di perkarangan premis Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Aman C-III MADA Tajar,...
Read moreAwal bulan ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub telah turun padang melawat kawasan IADA Rompin dan Sawah Endau, Johor. Beliau yang membuat lawatan tanpa para...
Read morePeruntukan sebanyak RM30,000 dari RM640,000 telah diperuntukkan kepada 150 penerima Jom Kembali ke Sekolah oleh NAFAS kepada pelajar asnaf di sekitar Dun Templer, pada tahun ini. NAFAS berusaha menjadikan pendidikan...
Read more