logo-nafas

MENTERI DEDAH TIGA PUNCA UTAMA BENIH PADI LEWAT

DewanRakyat01KUALA LUMPUR, 29 Okt | Terdapat tiga punca utama kelewatan bekalan benih padi berlaku di beberapa kawasan di Bagan Serai dan pihak kementerian telahpun menjalankan beberapa langkah untuk mengatasinya.

Menjawab soalan Datuk Dr Azmi Ghazali (Bagan Serai) pada sesi soal jawab Dewan Rakyat semalam, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, masalah stok bekalan yang dihadapi sebahagian pembekal menjadi salah satu punca keadaan itu berlaku.

"Ketika ini, terdapat sebanyak sembilan pembekal telah diberikan kuota pembekal berdasarkan kapasiti masing-masing. Namun demikian, terdapat pembekal yang masih mempunyai kuota tetapi tidak dapat menyediakan bekalan akibat stok bekalan yang hanya dapat dibekalkan pada bulan November 2019 selepas musim penuaian.

"Sementara itu, terdapat juga pembekal yang masih mempunyai lebihan stok bekalan tetapi telah kehabisan kuota menyebabkan benih tidak dapat dibekalkan pada harga subsidi," jelas beliau.

Salahuddin menambah, serangan penyakit Hawar Bulir Bakteria (Bacterial Panicle Blight, BPB) seluas 2,927.62 hektar bagi musim 2/2018 dan musim 1/2019 di ladang-ladang benih padi turut menjejaskan pengeluaran benih padi tahun ini.

Para pesawah juga, tambah beliau kurang menggemari benih daripada varieti CL dan MR297 yang berada di pasaran atas beberapa factor antaranya mudah diserang penyakit.

Justeru jelas beliau, terdapat pesawah yang menukar pesanan benih kepada varieti lain yang tiada di dalam stok pembekal walaupun penetapan dan jangkaan pilihan varieti telah diputuskan semasa mesyuarat pra-musim, menyebabkan masalah kekurangan bekalan bagi varieti tertentu berlaku.

Dr Azmi dalam sesi pertanyaan lisan Dewan Rakyat ingin kerajaan menyatakan punca kelewatan benih padi di beberapa kawasan di Bagan Serai baru-baru ini.

Kelewatan ini, katanya boleh menggagalkan penanaman padi ekoran pesawah tidak mematuhi jadual bekalan air yang dikhuatiri akan menggugat hasil padi dan menjejaskan pendapatan pesawah.

Mengakui isu kelewatan benih padi adalah satu perkara yang serius tetapi masih terkawal, Salahuddin berkata kerajaan telah mengagihkan semula kuota benih padi sah sebanyak 8,400 metrik tan kepada pembekal yang telah mencapai kuota bagi menyelesaikan masalah ini.

Kerajaan juga, ujarnya akan mempekemaskan kaedah pembekalan benih bagi menangani isu seumpama ini di masa hadapan antaranya mengemas kini perancangan yang lebih teliti terhadap keperluan benih bagi setiap musim penanaman melalui mekanisme mesyuarat pra-musim sedia ada.

Pihak kementerian tambah beliau telah mengaktifkan kesemua agensi di lapangan seperti Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) untuk lebih sensitif dan responsive terhadap isu ini selain mengkaji dan memperkemaskan semula sistem pembekalan benih berdasarkan kuota pembekal dengan memperkenalkan sistem pembekalan baharu yang lebih baik termasuk pembekalan secara terbuka.

Pihaknya juga menyedari keperluan menyegerakan pewujudan stok penimbal benih padi bagi menangani isu-isu krisis seumpama ini dan usaha-usaha ke arah itu sudah dimulakan dengan penelitian terhadap beberapa model pelaksanaan.

Penurunan kuasa oleh Kementerian Kewangan (MOF) ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dalam pengagihan semula kuota benih padi, jelas Salahuddin turut dibuat bagi membolehkan penyelarasan semula kuota dapat dijalankan segera.

Kawasan Bagan Serai mempunyai keluasan bertanam padi seluas 5,285.52 hektar dengan jumlah pesawah 2,451 orang.

Sehingga 29 Oktober lalu, sejumlah 50,000 beg benih padi telah dibekalkan mengikut keperluan ke kawasan Bagan Serai dan pesawah telah mula menanam sejak 1 Oktober lalu.

Bagi kawasan Gunong Semanggol, kawasan bertanam adalah seluas 4,642.38 hektar dan sejumlah 32,497 beg benih padi telah dibekalkan mengikut tempoh masa yang diperlukan.

Bagaimanapun proses penanaman terbantut ekoran terdapat pesawah yang hanya inginkan benih varieti MR219 sedangkan padi varieti itu tidak lagi ditanam berikutan serangan bena perang dan penyakit karah.

Foto di atas : Salahuddin pada sesi soal jawab Dewan Rakyat semalam.

14-03-2023
LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS
LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS

    14 MAC 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari...

Read more
26-01-2023
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH NAFAS
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH NAFAS

 26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)

Read more
02-12-2022
DATO’ KSU MAFI MENYEMPURNAKAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NAFAS-49
DATO’ KSU MAFI MENYEMPURNAKAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NAFAS-49

 30 NOVEMBER 2022 | HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 Tahun 2022 pada hari...

Read more
02-12-2022
SEKITAR BERLANGSUNGNYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) KALI KE 49 DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA
SEKITAR BERLANGSUNGNYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) KALI KE 49 DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA

  Tahniah & Syabas kepada semua Perwakilan Peladang daripada seluruh negara yang menjayakan mesyuarat agung kali ini

Read more
01-12-2022
URUSAN PERBANKAN DPK LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY
URUSAN PERBANKAN DPK LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY

Dana Peladang Kebangsaan (DPK) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana atas talian - JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan ahlinya.

Read more
13-08-2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022

  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat pameran-pameran di Pavilion Negeri sempena MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS

  MAHA Fun Fishing 2022 anjuran NAFAS berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi di Tasik MARDI, MAEPS. Tahniah kepada para pemenang anda memang hebat, macam-macam ikan ada!  

Read more
13-08-2022
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ

  Semuanya SEDAP! Demo masakan kali ini Chef Danish Harraz cipta resipi kek menggunakan produk strawberi jenama Peladang khas untuk para pengunjung MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS

  Dahsyat penangan Chef Danish Harraz sampai sesak Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS. Semua seronok sebab dapat rasa cheesecake strawberi dan brownies resipi istimewa menggunakan produk jenama Peladang.  

Read more
13-08-2022
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS

  Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee diiringi Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Haji Zamri Yaakob melawat ruang pameran NAFAS di Laman Mekanisasi, MAEPS.  

Read more
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 1, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 6144 1200   Fax : 03 6144 1399
Email : info[a]nafas.com.my
 
Pautan Laman

qr nafas static

Ikuti kami di :

fb icon s

twitter icon s ig icon s youtube icon s
 
Paparan terbaik menggunakan :
Mozilla Firefox 4.0++
Internet Explorer 8++
   Resolusi 1200 x 800
Statistik
Pelawat : click tracking
   
 

 

   
   

Hakcipta Terpelihara 2024 © Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)