logo-nafas

LANTIKAN AJP NAFAS DIBUAT BERDASARKAN KRITERIA

KriteriaAJPk

KUALA LUMPUR, 29 Okt | Lantikan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang dibuat dengan teliti dan mengambil kira pelbagai faktor, keperluan dan kriteria tertentu, ujar Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Berucap menggulung perbahasan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat, 29 Oktober lalu, Salahuddin berkata, antara kriteria yang ditetapkan bagi calon AJP Pertubuhan Peladang ialah kalangan usahawan atau peladang yang berjaya; golongan profesional (seperti pegawai agensi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) atau pegawai dan kakitangan pihak swasta); aktif dalam pergerakan masyarakat setempat; atau peladang muda bertujuan mewujudkan pemimpin pelapis.

Salahuddin menjawab soalan dikemukakan Willie anak Mongin (Puncak Borneo) dan Sabri Azit (Jerai) yang membangkitkan isu pelantikan AJP Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) yang didakwa didominasi anggota sesuatu parti.

Menurut beliau, tiada unsur favouritisme (pilih kasih) dalam pelantikan AJP Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) kerana pemilihan calon dibuat secara telus dan profesional.

Menjawab isu pengagihan baja padi bersubsidi di Sarawak yang dikatakan dieksploitasi oleh Kerajaan Negeri tertentu melalui Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sarawak, Salahuddin menegaskan bahawa setiap prosedur pengagihan akan diaudit dan sentiasa dipantau pihak Kementerian.

"Sekiranya terdapat sebarang unsur salah laku, tindakan mengikut lunas undang-undang akan diambil," katanya.

Foto di atas : Salahuddin dan warga kementerian bergambar ramai seusai sesi penggulungan perbahasan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat.

02-09-2020
NAFAS SUMBANG RM100,000 KEPADA ASNAF DI MELAKA
NAFAS SUMBANG RM100,000 KEPADA ASNAF DI MELAKA

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menganjurkan program Prihatin Peladang Melaka yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan I pada 28 Ogos...

Read more
24-07-2020
MENTERI MAFI ADAKAN PERJUMPAAN DENGAN PENGERUSI PPN DAN AJP NAFAS
MENTERI MAFI ADAKAN PERJUMPAAN DENGAN PENGERUSI PPN DAN AJP NAFAS

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengadakan perjumpaaan bersama Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Kota Damansara...

Read more
25-06-2020
DATUK SERI DR. RONALD KIANDEE LAWAT KILANG MNFSB, GURUN
 DATUK SERI DR. RONALD KIANDEE LAWAT KILANG MNFSB, GURUN

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee mengadakan lawatan kerja ke Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd (MNFSB) di Gurun, Kedah pada 22 Jun 2020. Malaysian NPK Fertilizer Sdn...

Read more
01-06-2020
DR. ANIS - TKSU MOA DILANTIK TERAJUI NAFAS
DR. ANIS - TKSU MOA DILANTIK TERAJUI NAFAS

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengumumkan pelantikan Dr. Anis Mahmud sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS yang baharu berkuatkuasa 15 Mei 2020. Pelantikan Dr. Anis yang juga Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian...

Read more
16-03-2020
NAFAS & PETRONAS TURUN KE BENDANG
NAFAS & PETRONAS TURUN KE BENDANG

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) buat julung kalinya menjalankan projek Tanaman Padi Bersepadu bersama Petronas di Kampung Namdam, Kubur Panjang, Kedah. Seramai 68 peserta terpilih untuk terlibat dalam mengusahakan 70 hektar sawah...

Read more
18-02-2020
LPP, KADA DAN NAFAS SEDIA BANGUNKAN SEKTOR PERTANIAN KELANTAN
LPP, KADA DAN NAFAS SEDIA BANGUNKAN SEKTOR PERTANIAN KELANTAN

KOTA BHARU, 16 Feb | Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mazlan Aliman berkunjung ke pejabat Pengerusi KADA, Senator Datuk Husam Musa di ibu pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA),...

Read more
18-02-2020
PROJEK TANAMAN PADI WANGI 88 TINGKAT PENDAPATAN PESAWAH
PROJEK TANAMAN PADI WANGI 88 TINGKAT PENDAPATAN PESAWAH

ALOR SETAR, 13 Feb | Seusai menghadiri majlis penyerahan bantuan diesel jentera pengepam air untuk Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) seluruh Kedah dan Pulau Pinang di PPK PPK Aman C-III MADA...

Read more
18-02-2020
NAFAS SERAH BANTUAN DIESEL UNTUK PESAWAH MENGAIRI BENDANG
NAFAS SERAH BANTUAN DIESEL UNTUK PESAWAH MENGAIRI BENDANG

ALOR SETAR, 13 Feb | Program Bantuan Diesel jentera pengepam air bagi mengairi sawah padi di utara Semenanjung berlangsung di perkarangan premis Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Aman C-III MADA Tajar,...

Read more
11-02-2020
TANPA PEGAWAI, MENTERI SELAMI MASALAH PESAWAH
TANPA PEGAWAI, MENTERI SELAMI MASALAH PESAWAH

Awal bulan ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub telah turun padang melawat kawasan IADA Rompin dan Sawah Endau, Johor. Beliau yang membuat lawatan tanpa para...

Read more
05-02-2020
PERUNTUKAN RM640,000 SEMPENA JOM KEMBALI KE SEKOLAH
PERUNTUKAN RM640,000 SEMPENA JOM KEMBALI KE SEKOLAH

Peruntukan sebanyak RM30,000 dari RM640,000 telah diperuntukkan kepada 150 penerima Jom Kembali ke Sekolah oleh NAFAS kepada pelajar asnaf di sekitar Dun Templer, pada tahun ini. NAFAS berusaha menjadikan pendidikan...

Read more
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 1, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 6144 1200   Fax : 03 6144 1399
Email : info[a]nafas.com.my
 
Pautan Laman

qr nafas static

Ikuti kami di :

fb icon s

twitter icon s ig icon s youtube icon s
 
Paparan terbaik menggunakan :
Mozilla Firefox 4.0++
Internet Explorer 8++
   Resolusi 1200 x 800
Statistik
Pelawat : click tracking
   
 

 

   
   

Hakcipta Terpelihara 2020 © Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)