PONTIAN, 1 Nov | Bidang pertanian kebanyakannya diusahakan oleh rakyat yang berpendapatan rendah atau tergolong dalam kategori B40 (pendapatan isi rumah di bawah RM3,860 sebulan).
Sehubungan itu kerajaan kini berusaha melaksanakan reformasi dalam sektor pertanian bagi menjadikannya bidang yang menarik dan mampu memberikan pulangan tinggi dan lumayan kepada pengusaha.
Berucap pada majlis Hi-Tea dan Penyampaian Biasiswa Peladang dan Sajian Pelajar di Dewan Bunga Raya, Hotel Pontian, dekat sini, 1 November lalu, Pengerusi Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) Dato' Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, NAFAS memperuntukkan sebahagian keuntungannya untuk disalurkan kepada anak-anak peladang yang cemerlang dalam pelajaran seperti majlis yang diadakan petang itu.
Foto di atas : Dato’ Mohd Phahrolrazi berucap di majlis minum petang meraikan para pelajar cemerlang dan sumbangan makanan bagi calon-calon SPM. |
Menyampaikan bantuan Siswa Pelajar kepada wakil SMK Tan Sri Othman Mohd Sa’at. |
Daerah Pontian ujarnya telah melahirkan ramai tokoh seperti Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) NAFAS, Senator Dr Yaakob Sapari.
Hadir sama pada majlis itu AJP NAFAS, Ishak Taib, Wan Kharizal Wan Khazim, Senator Dr Yaakob Sapari dan Muhamad Said Jonit juga Pengurus Besar NAFAS, Haji Ahmad Shaari.
Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Pontian, Haji Shaharudin Basri Ibrahim, pengetua-pengetua sekolah, guru, ibu bapa dan para pelajar cemerlang.
Dalam ucapannya juga, Phahrolrazi berkata, sistem demokrasi yang diamalkan negara ini memberi ruang kepada rakyat untuk memajukan diri.
Sehubungan itu katanya, para pelajar dari kalangan anak peladang perlu bangkit menyambut cabaran ini.
Beliau turut menyentuh jurang yang bertambah lebar di antara rakyat yang berpendapatan tinggi dan rendah dalam negara ini juga ekuiti milik Bumiputera yang semakin menguncup ketika kerajaan mengumumkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Realiti ini, katanya menjadi cabaran besar kepada negara dan para pelajar perlu bangun menghadapi cabaran ini dengan bantuan guru-guru.
Seorang pelajar cemerlang menerima sumbangan daripada Dato’ Mohd Phahrolrazi. |
Pada majlis itu seramai sembilan orang pelajar universiti dengan pencapaian Purata Nilai Gred (GPA) cemerlang menerima sumbangan RM1000 setiap seorang.
Seramai 781 calon SPM daripada enam buah sekolah menengah sekitar Pontian turut menerima bantuan Siswa Pelajar membabitkan peruntukan berjumlah RM27,000.
RANTAU PANJANG, 10 Dis | Prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur Semenanjung, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah melancarkan Skuad Bantuan Banjir 2019 bagi menyalurkan bantuan kepada...
Read moreKOTA DAMANSARA, 9 Dis | Dalam usaha meringankan beban mangsa banjir, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengambil inisiatif membentuk skuad bantuan banjir bagi menghulurkan bantuan di negeri-negeri yang terlibat. Pengerusi Ahli Jemaah...
Read moreJOHOR BAHRU, 1 Dis | Bagi melengkapkan 'rantaian nilai' sektor ternakan ayam milik pertubuhan peladang, memorandum persefahaman (MoU) antara Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) dimeterai...
Read moreJOHOR BAHRU, 30 Nov | Perhimpunan Peladang Zon Selatan berlangsung di Plaza Angsana, Johor Bahru, 30 November lalu bersempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2019 (HPPNK2019). Majlis dirasmikan Menteri Pertanian...
Read moreSUNGAI BESAR, 20 Nov | Usaha Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) melaksanakan program khidmat sosial membabitkan para peladang yang kurang berkemampuan mendapat sokongan ahli-ahli peladang malah mereka mengharapkan usaha murni ini...
Read moreBAYAN LEPAS, 24 Nov | Seminar Inovasi Pembangunan Usahawan telah berlangsung di Lexis Suites, 24 Nov lalu. Program sehari itu dirasmikan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) NAFAS, Hisyamuddin Ghazali. Hadir sama Pegawai Pembangunan...
Read moreSUNGAI BESAR, 20 Nov | Anak-anak muda perlu didorong menceburi bidang pertanian dan kaedah paling berkesan untuk menarik minat golongan muda menyertai bidang ini adalah penggunaan teknologi moden, kata Ahli...
Read moreMARANG, 12 Nov | Bagi meninjau projek yang dilaksanakan ahli pertubuhan peladang, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mazlan Aliman melawat tapak projek penghasilan 'cocopeat' yang diusahakan Wan Hasbi Haliq...
Read moreKUALA LUMPUR, 16 Nov | Bidang pertanian amat penting kerana ia memberi kesan kepada kestabilan sesebuah negara, kata Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Dato' Phahrolrazi Mohd Zawawi. Bercakap...
Read moreKUALA LUMPUR, 16 Nov | Pertubuhan Peladang di setiap peringkat perlu memainkan peranan untuk meningkatkan pendapatan golongan peladang yang rata-ratanya tergolong dalam kelompok B40 (pendapatan isi rumah di bawah RM3860...
Read more