logo-nafas

SAJIAN PELAJAR SEDIAKAN SARAPAN KEPADA CALON SPM

hi-tea06kPONTIAN, 1 Nov | Program Sajian Pelajar yang dilaksanakan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di daerah ini menyediakan sarapan kepada 781 orang pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sejumlah enam buah sekolah menengah terpilih menerima bantuan bernilai RM27,000 itu.

Sekolah-sekolah terbabit adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Mohd Yunos Sulaiman dengan 236 pelajar, SMK Pekan Nenas (148 pelajar), SMK Tan Sri Othman Mohd Sa'at (127 pelajar), SMK Telok Kerang (92 pelajar), SMK Sri Kukup (155 pelajar) dan Kolej Vokasional Tanjung Piai (23 pelajar).

Bantuan disampaikan Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, Dato' Phahrolrazi Mohd Zawawi pada majlis Hi-Tea dan Penyampaian Biasiswa Peladang dan Sajian Pelajar bertempat di Dewan Bunga Raya, Hotel Pontian, dekat sini, 1 November lalu.

Foto di atas : Dato’ Phahrolradzi diiringi Dr Yaakob, AJP NAFAS dan Haji Ahmad Shaari menyampaikan sumbangan Sajian Pelajar kepada wakil SMK Kukup.

hi-tea02k

Dato’ Phahrolrazi, Dr Yaakob, AJP NAFAS, Haji Ahmad Shaari dan tetamu jemputan di meja utama.

 
Hadir sama pada majlis itu AJP NAFAS, Ishak Taib, Wan Kharizal Wan Khazim, Senator Dr Yaakob Sapari dan Muhamad Said Jonit.

Turut hadir Pengurus Besar NAFAS, Haji Ahmad Shaari, Pegawai Pendidikan Daerah Pontian, Haji Shaharudin Basri Ibrahim, pengetua-pengetua sekolah, guru, ibu bapa dan para pelajar cemerlang.

Pada majlis itu juga seramai sembilan pelajar universiti yang mendapat pencapaian Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) antara 3.51 hingga 4.0 menerima sumbangan RM1000 setiap seorang.

Antara pelajar cemerlang yang menerima sumbangan ialah Noor Maslinda Md Anwar, pelajar Diploma Pengurusan Sumber Manusia di Kolej Polytech MARA Batu Pahat dan Aqilah Ahmad, pelajar Diploma Sains Matematik di Universiti Teknologi MARA yang masing-masing memperolehi CGPA 4.0.

Satu-satunya pelajar lelaki yang turut menerima sumbangan ialah Muhammad Hariz Ab Hazis, pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Ibrahim Sultan dengan meraih CGPA 3.96.

Dr Yaakob Sapari yang berucap pada majlis tersebut melahirkan perasaan bangga kerana dapat sama hadir meraikan anak-anak peladang yang cemerlang dalam pelajaran.

Sambil menceritakan pengalamannya ketika dibangku sekolah di daerah ini, beliau menasihati para pelajar supaya menghormati guru-guru yang sanggup berkorban masa dan tenaga bagi memastikan kejayaan anak bangsa.

PONTIAN, 1 Nov | Program Sajian Pelajar yang dilaksanakan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di daerah ini menyediakan sarapan kepada 781 orang pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sejumlah enam buah sekolah menengah terpilih menerima bantuan bernilai RM27,000 itu.

Sekolah-sekolah terbabit adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Mohd Yunos Sulaiman dengan 236 pelajar, SMK Pekan Nenas (148 pelajar), SMK Tan Sri Othman Mohd Sa’at (127 pelajar), SMK Telok Kerang (92 pelajar), SMK Sri Kukup (155 pelajar) dan Kolej Vokasional Tanjung Piai (23 pelajar).

Bantuan disampaikan Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS,  Dato’ Phahrolrazi Mohd Zawawi pada majlis Hi-Tea dan Penyampaian Biasiswa Peladang dan Sajian Pelajar bertempat di Dewan Bunga Raya, Hotel Pontian, dekat sini, 1 November lalu.

Hadir sama pada majlis itu AJP NAFAS,  Ishak Taib,  Wan Kharizal Wan Khazim, Senator Dr Yaakob Sapari dan Muhamad Said Jonit.

Turut hadir Pengurus Besar NAFAS, Haji Ahmad Shaari, Pegawai Pendidikan Daerah Pontian, Haji Shaharudin Basri Ibrahim, pengetua-pengetua sekolah, guru, ibu bapa dan para pelajar cemerlang.

Pada majlis itu juga seramai sembilan pelajar universiti yang mendapat pencapaian Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) antara 3.51 hingga 4.0 menerima sumbangan RM1000 setiap seorang.

Antara pelajar cemerlang yang menerima sumbangan ialah Noor Maslinda Md Anwar, pelajar Diploma Pengurusan Sumber Manusia di Kolej Polytech MARA Batu Pahat dan Aqilah Ahmad, pelajar Diploma Sains Matematik di Universiti Teknologi MARA yang masing-masing memperolehi CGPA 4.0.

Satu-satunya pelajar lelaki yang turut menerima sumbangan ialah Muhammad Hariz Ab Hazis, pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Ibrahim Sultan dengan meraih CGPA 3.96.

Dr Yaakob Sapari yang berucap pada majlis tersebut melahirkan perasaan bangga kerana dapat sama hadir meraikan anak-anak peladang yang cemerlang dalam pelajaran.

Sambil menceritakan pengalamannya ketika dibangku sekolah di daerah ini, beliau menasihati para pelajar supaya menghormati guru-guru yang sanggup berkorban masa dan tenaga bagi memastikan kejayaan anak bangsa. 

14-03-2023
LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS
LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS

    14 MAC 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari...

Read more
26-01-2023
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH NAFAS
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH NAFAS

 26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)

Read more
02-12-2022
DATO’ KSU MAFI MENYEMPURNAKAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NAFAS-49
DATO’ KSU MAFI MENYEMPURNAKAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NAFAS-49

 30 NOVEMBER 2022 | HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 Tahun 2022 pada hari...

Read more
02-12-2022
SEKITAR BERLANGSUNGNYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) KALI KE 49 DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA
SEKITAR BERLANGSUNGNYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) KALI KE 49 DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA

  Tahniah & Syabas kepada semua Perwakilan Peladang daripada seluruh negara yang menjayakan mesyuarat agung kali ini

Read more
01-12-2022
URUSAN PERBANKAN DPK LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY
URUSAN PERBANKAN DPK LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY

Dana Peladang Kebangsaan (DPK) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana atas talian - JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan ahlinya.

Read more
13-08-2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022

  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat pameran-pameran di Pavilion Negeri sempena MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS

  MAHA Fun Fishing 2022 anjuran NAFAS berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi di Tasik MARDI, MAEPS. Tahniah kepada para pemenang anda memang hebat, macam-macam ikan ada!  

Read more
13-08-2022
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ

  Semuanya SEDAP! Demo masakan kali ini Chef Danish Harraz cipta resipi kek menggunakan produk strawberi jenama Peladang khas untuk para pengunjung MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS

  Dahsyat penangan Chef Danish Harraz sampai sesak Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS. Semua seronok sebab dapat rasa cheesecake strawberi dan brownies resipi istimewa menggunakan produk jenama Peladang.  

Read more
13-08-2022
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS

  Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee diiringi Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Haji Zamri Yaakob melawat ruang pameran NAFAS di Laman Mekanisasi, MAEPS.  

Read more
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 1, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 6144 1200   Fax : 03 6144 1399
Email : info[a]nafas.com.my
 
Pautan Laman

qr nafas static

Ikuti kami di :

fb icon s

twitter icon s ig icon s youtube icon s
 
Paparan terbaik menggunakan :
Mozilla Firefox 4.0++
Internet Explorer 8++
   Resolusi 1200 x 800
Statistik
Pelawat : click tracking
   
 

 

   
   

Hakcipta Terpelihara 2024 © Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)