logo-nafas

NAFAS FOKUS PROJEK MENGUNTUNGKAN AHLI

KasihJeli01kJELI, 4 Nov | Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) memberikan fokus kepada projek yang membawa keuntungan terhadap ahli-ahlinya di peringkat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di seluruh Malaysia.

Ahli Jemaah Pengarah Nafas, Datuk Abdul Aziz Derashid berkata, sebelum ini Nafas lebih tertumpu kepada industri konservatif seperti mewujudkan kilang padi tetapi untuk tahun ke hadapan, pihaknya melihat skop yang lebih besar untuk dimanfaatkan secara bersama.

Menurutnya, salah satu bentuk projek yang dilihat berpotensi dikembangkan di seluruh Malaysia adalah mengusahakan sarang burung walit dan pertanian jangka pendek termasuk mengkomersialkan produk keluaran ahli sendiri.

"Sekarang ini di seluruh Malaysia termasuk Kelantan, saya melihat ahli boleh terlibat dalam pertanian jangka pendek seperti penanaman lada, jagung dan tembikai untuk mendapat keuntungan jangka masa singkat.

"Contohnya di Kelantan, terdapat banyak tanah terbiar boleh dimanfaatkan untuk penanaman yang boleh dituai dengan cepat. Nafas juga sentiasa membantu peladang ke arah itu," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Terdahulu, beliau yang juga Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Negeri Kelantan merasmikan program Kasih Peladang Kelantan di PPK Lembah Pergau Kuala Balah.

Foto di atas : Abdul Aziz menyampaikan sumbangan zakat kepada seorang asnaf peladang.

KasihJeli02k
Sebahagian asnaf peladang yang hadir di program Kasih Peladang Kelantan.

Pada program tersebut, seramai 250 penerima asnaf peladang dari PPK Lembah Pergau, Stong dan Jeli menerima zakat berjumlah RM200 setiap seorang dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM50,000.

Hadir sama, Ahli Jemaah Pengarah Nafas, Ishak Taib; Pengarah Pembangunan Peladang Nafas, Abu Sujak Sahuji dan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPK Stong, Abdul Rashid Muhamad.

Dalam pada itu, Abdul Aziz juga berharap kerajaan negeri dan kerajaan Pusat meneruskan kecaknaan terhadap semua ahli PPK di seluruh negara yang berjumlah lebih 900,000 orang.

"Nafas juga akan berusaha meremajakan sektor pertanian di Malaysia kerana kerja di ladang hari ini lebih dikuasai golongan berusia. Nafas akan cuba untuk menarik minat golongan belia untuk menyertai pertanian.

"Sebenarnya pertanian ini memberikan pendapatan yang lebih tinggi berbanding memilih merantau bekerja di luar negeri dengan gaji hanya sekitar RM2,000 ke bawah," katanya.

KasihJeli03k

Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPK Stong, Abdul Rashid Muhamad memberikan ucapan aluan.

Sementara itu, seorang penerima, Mariam Yaakob, 68, yang merupakan ibu tunggal bersyukur dengan pemberian zakat Nafas kerana dapat membantu menampung perbelanjaan keluarganya.

"Saya usahakan getah lebih 20 tahun lalu. Terima kasih Nafas beri rezeki untuk kami. Duit ini boleh bantu saya membeli barang dapur untuk persediaan musim banjir," katanya.

Seorang lagi penerima, Rospi Dollah, 47, yang lebih 10 tahun mengusahakan tanaman jagung di Kampung Bendang, Kampung Lamai menyifatkan pemberian zakat itu sebagai kecaknaan Nafas terhadap peladang di Jeli.

"Alhamdulillah sebelum ini dapat sebanyak RM100 tapi hari ini sudah bertambah kepada RM200 seorang," katanya. - Sinar Harian

13-01-2020
NAFAS YAKIN KSU BARU MAMPU PACU KEMAJUAN SEKTOR PERTANIAN
NAFAS YAKIN KSU BARU MAMPU PACU KEMAJUAN SEKTOR PERTANIAN

KOTA DAMANSARA, 9 Jan | Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengucapkan tahniah di atas perlantikan Dato' Haji Zainal Azman Abu Seman sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani...

Read more
10-01-2020
ANUGERAH PERDANA YAYASAN PELAJARAN PELADANG IKTIRAF ANAK AHLI CEMERLANG
ANUGERAH PERDANA YAYASAN PELAJARAN PELADANG IKTIRAF ANAK AHLI CEMERLANG

KOTA DAMANSARA, 9 Jan | Anak-anak peladang yang cemerlang dalam pelajaran menerima pengiktirafan dalam Majlis Anugerah Perdana Yayasan Pelajaran 2019 anjuran Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), 9 Januari lalu. Anugerah disampaikan Ketua...

Read more
07-01-2020
FOKUS TINGKATKAN PENDAPATAN PESAWAH, NELAYAN
FOKUS TINGKATKAN PENDAPATAN PESAWAH, NELAYAN

PUTRAJAYA, 6 Jan | Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub dalam amanat tahun baharunya hari ini mahu warga kementerian memberi keutamaan terhadap inisiatif untuk meningkatkan pendapatan...

Read more
07-01-2020
NAFAS BERTEMU PELABUR CHINA BINCANG TEKNOLOGI BARU TANAMAN PADI
NAFAS BERTEMU PELABUR CHINA BINCANG TEKNOLOGI BARU TANAMAN PADI

PUTRAJAYA, 6 Jan | Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengadakan pertemuan dengan para pelabur dari China khusus bagi membincangkan peluang pelaburan dan pemasaran input-input pertanian bagi kedua-dua negara. Perjumpaan berlangsung di Wisma...

Read more
02-01-2020
PROGRAM JOM KE SEKOLAH SIMPANG RENGGAM TUTUP PROGRAM CSR NAFAS 2019
PROGRAM JOM KE SEKOLAH SIMPANG RENGGAM TUTUP PROGRAM CSR NAFAS 2019

SIMPANG RENGGAM, 29 Dis | Program Jom Ke Sekolah di bandar Simpang Renggam menjadi penutup kepada siri program Jom Ke Sekolah anjuran NAFAS pada tahun ini. Program yang berlangsung di Pasaraya...

Read more
02-01-2020
AHLI PELADANG HARGAI BANTUAN NAFAS
AHLI PELADANG HARGAI BANTUAN NAFAS

BANDAR JENGKA, 28 Dis | Ahli Peladang dan ibu bapa yang menerima bantuan program Kembali Ke Sekolah berterima kasih dengan keprihatinan NAFAS dan berharap program serupa dapat diteruskan di masa-masa...

Read more
02-01-2020
200 PELAJAR TERIMA BANTUAN KEMBALI KE SEKOLAH DI BANDAR JENGKA
200 PELAJAR TERIMA BANTUAN KEMBALI KE SEKOLAH DI BANDAR JENGKA

BANDAR JENGKA, 28 Dis | Program Jom Ke Sekolah bagi negeri Pahang diadakan di Bandar Pusat Jengka, 28 Disember lalu. Pada majlis itu, sejumlah 200 penerima terdiri daripada anak-anak ahli Peladang...

Read more
27-12-2019
PROGRAM JOM KEMBALI KE SEKOLAH JELAJAHI SERATA SEMENANJUNG
PROGRAM JOM KEMBALI KE SEKOLAH JELAJAHI SERATA SEMENANJUNG

KOTA DAMANSARA, 27 Dis | Bagi memenuhi tanggung jawab sosial korporatnya, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) melaksanakan program Jom Ke Sekolah di lokasi terpilih seluruh Semenanjung bertujuan membantu anak-anak ahli Peladang...

Read more
26-12-2019
PROGRAM JOM KE SEKOLAH BANTU RINGAN BEBAN KELUARGA AHLI PELADANG
PROGRAM JOM KE SEKOLAH BANTU RINGAN BEBAN KELUARGA AHLI PELADANG

YAN, 23 Dis | Program Jom Ke Sekolah anjuran Petubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bagi negeri Kedah dimulakan di perkarangan Pusat Khidmat Dun Sungai Limau, dekat sini, 23 Disember lalu. Sumbangan disampaikan...

Read more
20-12-2019
KASIH PELADANG JOHOR SANTUNI PELADANG ASNAF SENGGARANG
KASIH PELADANG JOHOR SANTUNI PELADANG ASNAF SENGGARANG

BATU PAHAT, 19 Dis | Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menganjurkan Program Kasih Peladang Johor di premis Pertubuhan Peladang Kawasan Senggarang, dekat sini. Perasmian program disempurnakan Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, YB Muhamad...

Read more
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 1, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 6144 1200   Fax : 03 6144 1399
Email : info[a]nafas.com.my
 
Pautan Laman

qr nafas static

Ikuti kami di :

fb icon s

twitter icon s ig icon s youtube icon s
 
Paparan terbaik menggunakan :
Mozilla Firefox 4.0++
Internet Explorer 8++
   Resolusi 1200 x 800
Statistik
Pelawat : click tracking
   
 

 

   
   

Hakcipta Terpelihara 2020 © Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)