BATU CAVES, 10 Nov | Kerajaan berusaha melaksanakan perubahan dan anjakan paradigma untuk memastikan negara mempunyai bekalan makanan yang cukup tanpa bergantung kepada import sekaligus dapat meningkatkan pendapatan para petani, kata Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi.
"Jika sebuah negara itu mempunyai bekalan makanan yang cukup, pendapatan rakyat juga meningkat," ujar beliau.
Berucap pada majlis perasmian Jalinan Mesra Peladang 2019 di Dataran Ilmu, Bandar Baru Selayang, dekat sini, 10 November lalu, Phahrolrazi berkata, negara yang mempunyai bekalan makanan yang cukup akan menjadi negara berdaulat dan mampu menghadapi segala cabaran dan 'gelombang dunia luar'.
Foto di atas : Dato’ Phahrol dengan disaksikan Dato’ Seri Anwar menyerahkan sumbangan zakat kepada wakil peladang asnaf Selangor. |
Sebahagian Asnaf Peladang mendaftar diri sebelum majlis bermula. |
Majlis Perasmian Jalinan Mesra Peladang 2019 disempurnakan Ahli Parlimen Port Dickson, Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Hadir sama Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen Selayang, William Leong, Ahli-ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Dato' Ahmad Bhari Abd Rahman, Hisyamuddin Ghazali, Normah Yusof dan Senator Dr Yaakob Sapari serta Pengurus Besar NAFAS, Haji Ahmad Shaari.
Dato' Phahrolrazi turut melahirkan rasa gembira dengan sambutan yang diberikan para peladang dan masyarakat setempat terhadap program Jalinan Mesra Peladang yang dilaksanakan NAFAS itu.
Beliau turut menyentuh tentang sumbangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika dilantik sebagai Menteri Pertanian pada dekat 1980-an.
"Sebab itu Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetahui tentang peladang dan mengetahui tentang NAFAS dan pertubuhan-pertubuhan peladang yang lain," katanya.
Program Jalinan Mesra Peladang 2019 berlangsung selama dua hari bermula 9 November dengan pameran dan jualan produk makanan jenama Peladang, jualan murah ayam Peladang, jualan input pertanian, benih tanaman dan jualan produk Qfish.
Sejumlah 50 gerai usahawan tempatan turut serta.
Anwar sambal diiringi Sim, Phahrol dan Haji Ahmad Shaari menyampaikan sumbangan kepada anak peladang cemerlang. |
Phahrol dengan disaksikan Anwar turut menyerahkan sumbangan zakat NAFAS kepada wakil 450 asnaf peladang dari sembilan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di Selangor iaitu PPK Gombak/Petaling, Hulu Selangor, Hulu Langat, Dengkil, Beranang, Klang, Kuala Langat, Batu Laut dan Sepang.
Turut disampaikan sumbangan pendidikan kepada 18 mahasiswa dari kalangan anak-anak ahli peladang yang mendapat keputusan cemerlang, 3.50 CGPA dan ke atas bagi peringkat diploma dan ijazah di IPTA dan IPTS.
Penyerahan zakat ini adalah sebahagian daripada wakalah zakat perniagaan NAFAS kepada asnaf Peladang di negeri Selangor. Setiap seorang menerima wang tunai RM200 dengan nilai peruntukan RM90,000.
Anak-anak peladang yang menerima sumbangan pendidikan pula memperolehi RM1,000 setiap seorang.
Penyampaian sumbangan zakat ini membuktikan komitmen NAFAS dalam memastikan setiap keuntungan dari aktiviti perniagaan NAFAS dikongsi bersama ahli Peladang serta ahli keluarga mereka.
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menganjurkan program Prihatin Peladang Melaka yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan I pada 28 Ogos...
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengadakan perjumpaaan bersama Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Kota Damansara...
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee mengadakan lawatan kerja ke Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd (MNFSB) di Gurun, Kedah pada 22 Jun 2020. Malaysian NPK Fertilizer Sdn...
Read morePertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengumumkan pelantikan Dr. Anis Mahmud sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS yang baharu berkuatkuasa 15 Mei 2020. Pelantikan Dr. Anis yang juga Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian...
Read morePertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) buat julung kalinya menjalankan projek Tanaman Padi Bersepadu bersama Petronas di Kampung Namdam, Kubur Panjang, Kedah. Seramai 68 peserta terpilih untuk terlibat dalam mengusahakan 70 hektar sawah...
Read moreKOTA BHARU, 16 Feb | Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mazlan Aliman berkunjung ke pejabat Pengerusi KADA, Senator Datuk Husam Musa di ibu pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA),...
Read moreALOR SETAR, 13 Feb | Seusai menghadiri majlis penyerahan bantuan diesel jentera pengepam air untuk Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) seluruh Kedah dan Pulau Pinang di PPK PPK Aman C-III MADA...
Read moreALOR SETAR, 13 Feb | Program Bantuan Diesel jentera pengepam air bagi mengairi sawah padi di utara Semenanjung berlangsung di perkarangan premis Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Aman C-III MADA Tajar,...
Read moreAwal bulan ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub telah turun padang melawat kawasan IADA Rompin dan Sawah Endau, Johor. Beliau yang membuat lawatan tanpa para...
Read morePeruntukan sebanyak RM30,000 dari RM640,000 telah diperuntukkan kepada 150 penerima Jom Kembali ke Sekolah oleh NAFAS kepada pelajar asnaf di sekitar Dun Templer, pada tahun ini. NAFAS berusaha menjadikan pendidikan...
Read more