logo-nafas

GOLONGAN PELADANG, PETANI, NELAYAN PERLU DIBELA

KasihSelayang05BATU CAVES, 10 Nov | Dalam usaha memacu pembangunan negara, kerajaan tidak seharusnya mengetepikan nasib golongan peladang, petani dan nelayan.

Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keseimbangan ekonomi negara tidak akan tercapai sekiranya pembangunan tidak mengambil kira kebajikan golongan tersebut.

"Saya beri jaminan bahawa fahaman saya tentang pembangunan bukan sahaja memacu pertumbuhan. Saya selalu ulang, sambil kita pacu pertumbuhan, kita perlu membangun dan jangan kita robohkan.

"Kita dapat bangunkan mercu tanda kebanggaan tapi kos meningkat kerana rasuah, maknanya kita membangun tapi nilai manusia kita robohkan.

"Justeru, membangun itu wajib, tapi jangan merobohkan sehingga nasib petani, nelayan dan peladang tak terbela. Pendapatan rakyat kaya lebih tinggi, pada masa yang sama pendapatan petani dan nelayan di takuk yang lama," katanya dalam program Jalinan Mesra Peladang 2019, di Dataran Ilmu Bandar Selayang, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MoA), Sim Tze Tzin; Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi; Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Abdul Hamid Bahari; Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen dan Adun Rawang, Chua Wei Kiat.

Justeru katanya, NAFAS dan Nekmat mempunyai peranan istimewa yang menjadi rantaian pengikat hubungan antara kerajaan dengan golongan pekebun dan pesawah yang secara umumnya terdiri dari golongan B40.

Tambah beliau, dengan itu pemimpin perlu lebih banyak turun mendengar dan mendalami masalah golongan tersebut oleh kerana jumlah petani, pekebun dan nelayan terlalu besar untuk dikesampingkan.

Ini kerana katanya, ia bagi memastikan apa yang dibincangkan di peringkat kerajaan selari dengan permasalahan dihadapi golongan itu.

Foto di atas : Anwar berucap merasmikan Jalinan Kasih Peladang 2019 di Dataran Ilmu, Bandar Baru Selayang.

KasihSelayang04
Anwar melebaskan burung merpati tanda simbolik kebebasan.

"Saya yakin dengan dasar dan sikap komited kementerian, kita boleh bawa perubahan yang dibantu rapat dengan peranan Nafas dan Nekmat.

"Mereka ini penting kerana mereka mewakili bukan pendirian menteri dan kerajaan sahaja, tapi mesti menjadi jurubicara kepada ahli-ahli berkepentingan seperti pekebun kecil, petani, nelayan dan mereka yang memerlukan.

"Kita (kerajaan) tak mungkin tahu semua. Dua bulan lalu saya pergi Kedah, melawat kawasan pekebun kecil getah. Saya balik dan laporkan suasana di sana. Lihatlah, masalah yang diutarakan di bawah itu tak sama dengan apa yang dibincangkan di Putrajaya," ujarnya.

Tambahnya juga, kerajaan sedang meneliti Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) agar dapat mengemukakan program yang boleh menyelesaikan sebahagian masalah golongan peladang, petani dan nelayan.

Jelasnya, kerajaan perlu berbincang soal kesenjangan antara mereka yang kaya dan miskin agar ia diperbetulkan di samping menegaskan bahawa dakwaan petani tidak menerima perubahan adalah tidak tepat.

"Kita dalam kerajaan harus berikan penyelesaian, jangan buat leteran. Orang letih dengar leteran. Kita kena kemukakan alternatif, kalau dah beri peluang dan ruang, tapi masih tak berhasil, barulah kita menegur dan kritik," ujarnya. - malaysiadateline.com

 

03-12-2019
NAFAS, PPN JOHOR METERAI MOU TERNAKAN AYAM
NAFAS, PPN JOHOR METERAI MOU TERNAKAN AYAM

JOHOR BAHRU, 1 Dis | Bagi melengkapkan 'rantaian nilai' sektor ternakan ayam milik pertubuhan peladang, memorandum persefahaman (MoU) antara Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) dimeterai...

Read more
03-12-2019
PERHIMPUNAN PELADANG ZON SELATAN BERLANGSUNG SEMPEN HPPNK 2019
PERHIMPUNAN PELADANG ZON SELATAN BERLANGSUNG SEMPEN HPPNK 2019

JOHOR BAHRU, 30 Nov | Perhimpunan Peladang Zon Selatan berlangsung di Plaza Angsana, Johor Bahru, 30 November lalu bersempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2019 (HPPNK2019). Majlis dirasmikan Menteri Pertanian...

Read more
27-11-2019
PELADANG ASNAF GEMBIRA TERIMA BANTUAN ZAKAT
PELADANG ASNAF GEMBIRA TERIMA BANTUAN ZAKAT

SUNGAI BESAR, 20 Nov | Usaha Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) melaksanakan program khidmat sosial membabitkan para peladang yang kurang berkemampuan mendapat sokongan ahli-ahli peladang malah mereka mengharapkan usaha murni ini...

Read more
27-11-2019
SEMINAR INOVASI PEMBANGUNAN USAHAWAN PUPUK MINAT DI BIDANG PERTANIAN
SEMINAR INOVASI PEMBANGUNAN USAHAWAN PUPUK MINAT DI BIDANG PERTANIAN

BAYAN LEPAS, 24 Nov | Seminar Inovasi Pembangunan Usahawan telah berlangsung di Lexis Suites, 24 Nov lalu. Program sehari itu dirasmikan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) NAFAS, Hisyamuddin Ghazali. Hadir sama Pegawai Pembangunan...

Read more
22-11-2019
TEKNOLOGI MODEN MAMPU TARIK ANAK MUDA SERTAI BIDANG PERTANIAN
TEKNOLOGI MODEN MAMPU TARIK ANAK MUDA SERTAI BIDANG PERTANIAN

SUNGAI BESAR, 20 Nov | Anak-anak muda perlu didorong menceburi bidang pertanian dan kaedah paling berkesan untuk menarik minat golongan muda menyertai bidang ini adalah penggunaan teknologi moden, kata Ahli...

Read more
22-11-2019
‘COCOPEAT’ PRODUK HILIRAN KELAPA PUNYAI PERMINTAAN TINGGI
‘COCOPEAT’ PRODUK HILIRAN KELAPA PUNYAI PERMINTAAN TINGGI

MARANG, 12 Nov | Bagi meninjau projek yang dilaksanakan ahli pertubuhan peladang, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mazlan Aliman melawat tapak projek penghasilan 'cocopeat' yang diusahakan Wan Hasbi Haliq...

Read more
19-11-2019
PERTANIAN BERI KESAN KEPADA KESTABILAN NEGARA
PERTANIAN BERI KESAN KEPADA KESTABILAN NEGARA

KUALA LUMPUR, 16 Nov | Bidang pertanian amat penting kerana ia memberi kesan kepada kestabilan sesebuah negara, kata Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Dato' Phahrolrazi Mohd Zawawi. Bercakap...

Read more
18-11-2019
PERTUBUHAN PELADANG BERPERANAN TINGKAT PENDAPATAN GOLONGAN B40
PERTUBUHAN PELADANG BERPERANAN TINGKAT PENDAPATAN GOLONGAN B40

KUALA LUMPUR, 16 Nov | Pertubuhan Peladang di setiap peringkat perlu memainkan peranan untuk meningkatkan pendapatan golongan peladang yang rata-ratanya tergolong dalam kelompok B40 (pendapatan isi rumah di bawah RM3860...

Read more
18-11-2019
PELBAGAIKAN USAHA PERTANIAN UNTUK TAMBAH PENDAPATAN
PELBAGAIKAN USAHA PERTANIAN UNTUK TAMBAH PENDAPATAN

PONTIAN, 14 Nov | Para peladang, penternak dan nelayan disaran mempelbagaikan usaha pertanian bertujuan meningkatkan sumber pendapatan dan tidak hanya bergantung penuh kepada sesuatu pekerjaan. Perkara ini dinyatakan Menteri Pertanian dan...

Read more
11-11-2019
GOLONGAN PELADANG, PETANI, NELAYAN PERLU DIBELA
GOLONGAN PELADANG, PETANI, NELAYAN PERLU DIBELA

BATU CAVES, 10 Nov | Dalam usaha memacu pembangunan negara, kerajaan tidak seharusnya mengetepikan nasib golongan peladang, petani dan nelayan. Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keseimbangan ekonomi...

Read more
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 1, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 6144 1200   Fax : 03 6144 1399
Email : info[a]nafas.com.my
 
Pautan Laman

qr nafas static

Ikuti kami di :

fb icon s

twitter icon s ig icon s youtube icon s
 
Paparan terbaik menggunakan :
Mozilla Firefox 4.0++
Internet Explorer 8++
   Resolusi 1200 x 800
Statistik
Pelawat : click tracking
   
 

 

   
   

Hakcipta Terpelihara 2019 © Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)