KUALA LUMPUR, 16 Nov | Pertubuhan Peladang di setiap peringkat perlu memainkan peranan untuk meningkatkan pendapatan golongan peladang yang rata-ratanya tergolong dalam kelompok B40 (pendapatan isi rumah di bawah RM3860 sebulan).
Kelompok peladang B40 ini perlu dibantu dengan cara memperbaiki kaedah pertanian yang diusahakan supaya mereka dapat manfaat langsung daripada Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang dilancarkan kerajaan.
Bercakap kepada TV1 dalam program Selamat Pagi Malaysia di Wisma Berita RTM, Angkasapuri, dekat sini, Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, halangan besar yang dihadapi para peladang adalah pemasaran.
"(Sehubungan itu) NAFAS akan bantu dari segi pemasaran untuk memasarkan produk-produk yang dihasilkan peladang. Kalau peladang keluarkan hasil tapi tidak ada jaminan pemasaran, kita tak dapat lakukan perubahan," katanya pada rancangan bual bicara yang disiarkan secara langsung itu.
Teknologi baru dalam bidang pertanian, ujar beliau perlu diperkenalkan kepada para peladang bagi meningkatkan hasil sekaligus pendapatan mereka.
Bagi melakukan perubahan, tambah beliau, NAFAS akan membangunkan model pertanian untuk dicontohi peladang dalam pelbagai bidang antaranya 'estet padi' dalam industri padi.
Langkah ini, katanya penting sebagai salah satu usaha meningkatkan pendapatan peladang sekaligus memperbaiki taraf hidup mereka.
Menyentuh tentang penggunaan teknologi di bidang pertanian, Phahrolrazi berkata usahasama akan dilakukan dengan pelbagai agensi termasuk mendapatkan kepakaran luar negara yang akhirnya membabitkan proses 'pemindahan teknologi'.
"Melalui NAFAS Jentera, jentera-jentera (pertanian) akan disewakan kepada peladang dan ini juga akan membuka peluang kepada usahawan-uasahawan baru dalam bidang pertanian," ujarnya.
Mengulas tentang saiz tanah yang kecil dimiliki kebanyakan peladang, Phahrolrazi berkata, kerajaan perlu memainkan peranan untuk menyatukan tanah-tanah milik peadang kepada skala yang lebih besar untuk diusahakan secara ekonomik.
"Peranan ini boleh dimainkan oleh NAFAS kerana ia adalah agensi yang boleh menjalankan perniagaan," jelasnya.
Foto di atas : Dato' Phahrolrazi diwawancara dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia TV1.
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menganjurkan program Prihatin Peladang Melaka yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan I pada 28 Ogos...
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengadakan perjumpaaan bersama Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Kota Damansara...
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee mengadakan lawatan kerja ke Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd (MNFSB) di Gurun, Kedah pada 22 Jun 2020. Malaysian NPK Fertilizer Sdn...
Read morePertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengumumkan pelantikan Dr. Anis Mahmud sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS yang baharu berkuatkuasa 15 Mei 2020. Pelantikan Dr. Anis yang juga Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian...
Read morePertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) buat julung kalinya menjalankan projek Tanaman Padi Bersepadu bersama Petronas di Kampung Namdam, Kubur Panjang, Kedah. Seramai 68 peserta terpilih untuk terlibat dalam mengusahakan 70 hektar sawah...
Read moreKOTA BHARU, 16 Feb | Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mazlan Aliman berkunjung ke pejabat Pengerusi KADA, Senator Datuk Husam Musa di ibu pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA),...
Read moreALOR SETAR, 13 Feb | Seusai menghadiri majlis penyerahan bantuan diesel jentera pengepam air untuk Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) seluruh Kedah dan Pulau Pinang di PPK PPK Aman C-III MADA...
Read moreALOR SETAR, 13 Feb | Program Bantuan Diesel jentera pengepam air bagi mengairi sawah padi di utara Semenanjung berlangsung di perkarangan premis Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Aman C-III MADA Tajar,...
Read moreAwal bulan ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub telah turun padang melawat kawasan IADA Rompin dan Sawah Endau, Johor. Beliau yang membuat lawatan tanpa para...
Read morePeruntukan sebanyak RM30,000 dari RM640,000 telah diperuntukkan kepada 150 penerima Jom Kembali ke Sekolah oleh NAFAS kepada pelajar asnaf di sekitar Dun Templer, pada tahun ini. NAFAS berusaha menjadikan pendidikan...
Read more