logo-nafas

TEKNOLOGI MODEN MAMPU TARIK ANAK MUDA SERTAI BIDANG PERTANIAN

SgBesar01kSUNGAI BESAR, 20 Nov | Anak-anak muda perlu didorong menceburi bidang pertanian dan kaedah paling berkesan untuk menarik minat golongan muda menyertai bidang ini adalah penggunaan teknologi moden, kata Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Senator Dr Yaakob Sapari.

Berucap merasmikan program Kasih Peladang Selangor di Dewan Terbuka Parit 1, Jalan Parit 1, dekat sini, beliau berkata, penggunaan teknologi moden seperti dron dalam penanaman padi boleh memberi galakan kepada anak muda untuk "masuk ke sawah".

Menurut Dr Yaakob, ahli-ahli peladang kini ramai yang telah berusia lanjut dan tidak lagi bertenaga untuk mengusahakan sawah.

Di masa yang sama, tambah beliau kehadiran pekerja asing ke luar bandar bagi mengusahakan sawah mendatangkan kesan sosial kepada masyarakat setempat.

Sehubungan itu, beliau sekali lagi menyarankan agar anak-anak muda pulang ke kampung untuk mengusahakan tanah dengan menggunakan teknologi moden.

Turut hadir pada majlis itu Ahli Dewan Negeri Sabak, Ahmad Mustain Othman; AJP NAFAS, Dato' Ahmad Bhari Abd Rahman; Pengarah Pembangunan Peladang NAFAS, Haji Abu Sujak Sahuji; dan Pengerusi AJP Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Besar, Dato' Ramli Noraini.

Hadir sama Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Selangor, Muhammad Azzrinie Shafie dan Pegawai Peladang Daerah Lembaga Pertubuhan Peladang, Tasliahwisnah Md Talip.

Berucap lanjut, Dr Yaakob turut menyeru ahli pertubuhan peladang agar mengusahakan pelbagai jenis tanaman dan tidak hanya bergantung kepada hasil padi.


Foto di atas : Dr Yaakob dan tetamu utama pada majlis perasmian Kasih Peladang Selangor.

SgBesar03k
Sebahagian tetamu dan ahli peladang memenuhi Dewan Terbuka Parit

Penggiliran tanaman, ujarnya membawa banyak manfaat antaranya bagi mengawal penyakit dan haiwan perosak.

Beliau turut menyarankan agar teknik pertanian moden seperti sistem fertigasi diusahakan kerana ia terbukti berjaya.

Di samping itu, para peladang juga disaran mengusahakan tanaman sara diri bagi mengurangkan kos hidup.

Sementara itu ketika berucap di majlis yang sama, Datuk Haji Ramli Durani mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ahli-ahli peladang daripada lima PPK di bahagian barat laut Selangor ke majlis itu.

"Ini membuktikan komitmen ahli kepada pertubuhan peladang," katanya.

Datuk Ramli juga bersyukur kerana cetusan idea beliau agar sebahagian daripada zakat perniagaan NAFAS diagihkan kepada asnaf peladang telah terlaksana.

Sebahagian peladang, petani dan pesawah, ujarnya bukan hidup senang kerana hasil padi kini merosot akibat penyakit.

SgBesar05k

Ibu seorang pelajar cemerlang menerima sumbangan Dr Yaakob.

Pada majlis itu, seramai 250 orang asnaf peladang dari lima (5) PPK menerima sumbangan wakalah zakat sebanyak RM200 seorang dengan nilai peruntukan RM50,000.

Mereka yang menerima sumbangan datang dari PPK Sungai Besar, PPK Tanjung Karang, PPK Kuala Selangor, PPK Pasir Panjang dan PPK Bernam Jaya.

Sumbangan zakat ini adalah sebahagian daripada wakalah zakat perniagaan NAFAS.

Wakalah zakat adalah pengembalian wang zakat oleh Majlis Agama Islam Negeri kepada pengeluar zakat untuk diagihkan semula kepada asnaf yang layak menerimanya.

NAFAS telah menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM2,118,237.00 kepada Lembaga Zakat Selangor.

Pada majlis yang sama, NAFAS turut menyampaikan sumbangan dari Dana Tabung Pengajian Tinggi NAFAS kepada anak-anak ahli peladang yang mendapat keputusan cemerlang Purata Nilai Gred (GPA) 3.5 dan ke atas bagi peringkat diploma dan ijazah dari Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang diiktiraf di Malaysia.

Sejumlah 12 pelajar telah menerima sumbangan RM1,000 setiap seorang daripada Dr Yaakob.

 

14-03-2023
LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS
LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS

    14 MAC 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari...

Read more
26-01-2023
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH NAFAS
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH NAFAS

 26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)

Read more
02-12-2022
DATO’ KSU MAFI MENYEMPURNAKAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NAFAS-49
DATO’ KSU MAFI MENYEMPURNAKAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NAFAS-49

 30 NOVEMBER 2022 | HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 Tahun 2022 pada hari...

Read more
02-12-2022
SEKITAR BERLANGSUNGNYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) KALI KE 49 DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA
SEKITAR BERLANGSUNGNYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) KALI KE 49 DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA

  Tahniah & Syabas kepada semua Perwakilan Peladang daripada seluruh negara yang menjayakan mesyuarat agung kali ini

Read more
01-12-2022
URUSAN PERBANKAN DPK LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY
URUSAN PERBANKAN DPK LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY

Dana Peladang Kebangsaan (DPK) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana atas talian - JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan ahlinya.

Read more
13-08-2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022

  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat pameran-pameran di Pavilion Negeri sempena MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS

  MAHA Fun Fishing 2022 anjuran NAFAS berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi di Tasik MARDI, MAEPS. Tahniah kepada para pemenang anda memang hebat, macam-macam ikan ada!  

Read more
13-08-2022
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ

  Semuanya SEDAP! Demo masakan kali ini Chef Danish Harraz cipta resipi kek menggunakan produk strawberi jenama Peladang khas untuk para pengunjung MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS

  Dahsyat penangan Chef Danish Harraz sampai sesak Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS. Semua seronok sebab dapat rasa cheesecake strawberi dan brownies resipi istimewa menggunakan produk jenama Peladang.  

Read more
13-08-2022
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS

  Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee diiringi Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Haji Zamri Yaakob melawat ruang pameran NAFAS di Laman Mekanisasi, MAEPS.  

Read more
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 1, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 6144 1200   Fax : 03 6144 1399
Email : info[a]nafas.com.my
 
Pautan Laman

qr nafas static

Ikuti kami di :

fb icon s

twitter icon s ig icon s youtube icon s
 
Paparan terbaik menggunakan :
Mozilla Firefox 4.0++
Internet Explorer 8++
   Resolusi 1200 x 800
Statistik
Pelawat : click tracking
   
 

 

   
   

Hakcipta Terpelihara 2024 © Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)