SUNGAI BESAR, 20 Nov | Usaha Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) melaksanakan program khidmat sosial membabitkan para peladang yang kurang berkemampuan mendapat sokongan ahli-ahli peladang malah mereka mengharapkan usaha murni ini diteruskan pada masa akan datang.
Ketika ditemui seusai majlis Kasih Peladang Selangor di Dewan Terbuka Parit 1, Jalan Parit 1, dekat sini, para peladang asnaf melahirkan rasa gembira dan bersyukur dengan bantuan zakat yang diterima.
Program Kasih Peladang Selangor itu dirasmikan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) NAFAS, Senator Dr Yaakob Sapari.
Turut hadir Ahli Dewan Negeri Sabak, Ahmad Mustain Othman; AJP NAFAS, Dato' Ahmad Bhari Abd Rahman; Pengarah Pembangunan Peladang NAFAS, Haji Abu Sujak Sahuji; dan Pengerusi AJP Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Besar, Dato' Ramli Noraini.
Hadir sama Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Selangor, Muhammad Azzrinie Shafie dan Pegawai Peladang Daerah Lembaga Pertubuhan Peladang, Tasliahwisnah Md Talip.
Foto di atas : Dr Yaakob menyampaikan sumbangan Dana Tabung Pengajian Tinggi NAFAS kepada bapa pelajar cemerlang. |
Siti Ngaisah Abd Hamid |
Siti Ngaisah Abd Hamid, 78, melahirkan perasaan gembira dengan pemberian sumbangan zakat yang diterima daripada NAFAS.
Ibu kepada enam anak yang tinggal di Kampung Masjid Baroh, Tanjung Karang itu berharap usaha ini diteruskan pada masa akan datang.
Beliau yang mengusahakan tanaman sawit berkata, bantuan zakat yang diterima sedikit sebanyak dapat membantu pekebun kecil yang kurang berkemampuan.
Jailani Mat Piah |
Jailani Mat Piah, 63, dari Parit 1 Barat, Sungai Besar turut bersyukur menerima bantuan zakat.
Beliau yang bekerja mengambil upah mengusahakan kebun sawit mengakui uzur dan menghadapi masalah penglihatan.
Bapa kepada 5 anak dan sudah mempunyai 2 cucu itu mahu program ini diteruskan.
"Saya tiada pendapatan tetap. Pendapatan hanya sekitar RM500 sebulan. Bantuan seperti ini dapat ringankan sikit kesulitan hidup," katanya.
Haji Sapuan Abd Karim |
Mengakui tidak pernah menerima bantuan kewangan sebelum ini, pesawah yang tinggal di Parit 1, Kampung Sungai Haji Derani, Sungai Besar itu hanya berpendapatan kurang RM1000 sebulan.
Ahli PPK Sungai Besar itu tinggal bersama isteri, ibu mentua dan seorang anak.
"Dalam hati saya ini gembira dapat bantuan. Harap usaha ini diteruskan di masa akan datang. Bantuan sebegini sedikit sebanyak dapat ringankan kesulitan hidup," katanya.
Pada majlis itu, seramai 250 orang asnaf peladang dari lima (5) PPK menerima sumbangan wakalah zakat sebanyak RM200 seorang dengan nilai peruntukan RM50,000.
Mereka yang menerima sumbangan datang dari PPK Sungai Besar, PPK Tanjung Karang, PPK Kuala Selangor, PPK Pasir Panjang dan PPK Bernam Jaya.
Sumbangan zakat ini adalah sebahagian daripada wakalah zakat perniagaan NAFAS.
Wakalah zakat adalah pengembalian wang zakat oleh Majlis Agama Islam Negeri kepada pengeluar zakat untuk diagihkan semula kepada asnaf yang layak menerimanya.
NAFAS telah menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM2,118,237.00 kepada Lembaga Zakat Selangor.
Pada majlis yang sama, NAFAS turut menyampaikan sumbangan dari Dana Tabung Pengajian Tinggi NAFAS kepada anak-anak ahli peladang yang mendapat keputusan cemerlang Purata Nilai Gred (GPA) 3.5 dan ke atas bagi peringkat diploma dan ijazah dari Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang diiktiraf di Malaysia.
Sejumlah 12 pelajar telah menerima sumbangan RM1,000 setiap seorang daripada Dr Yaakob.
RANTAU PANJANG, 10 Dis | Prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur Semenanjung, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah melancarkan Skuad Bantuan Banjir 2019 bagi menyalurkan bantuan kepada...
Read moreKOTA DAMANSARA, 9 Dis | Dalam usaha meringankan beban mangsa banjir, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengambil inisiatif membentuk skuad bantuan banjir bagi menghulurkan bantuan di negeri-negeri yang terlibat. Pengerusi Ahli Jemaah...
Read moreJOHOR BAHRU, 1 Dis | Bagi melengkapkan 'rantaian nilai' sektor ternakan ayam milik pertubuhan peladang, memorandum persefahaman (MoU) antara Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) dimeterai...
Read moreJOHOR BAHRU, 30 Nov | Perhimpunan Peladang Zon Selatan berlangsung di Plaza Angsana, Johor Bahru, 30 November lalu bersempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2019 (HPPNK2019). Majlis dirasmikan Menteri Pertanian...
Read moreSUNGAI BESAR, 20 Nov | Usaha Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) melaksanakan program khidmat sosial membabitkan para peladang yang kurang berkemampuan mendapat sokongan ahli-ahli peladang malah mereka mengharapkan usaha murni ini...
Read moreBAYAN LEPAS, 24 Nov | Seminar Inovasi Pembangunan Usahawan telah berlangsung di Lexis Suites, 24 Nov lalu. Program sehari itu dirasmikan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) NAFAS, Hisyamuddin Ghazali. Hadir sama Pegawai Pembangunan...
Read moreSUNGAI BESAR, 20 Nov | Anak-anak muda perlu didorong menceburi bidang pertanian dan kaedah paling berkesan untuk menarik minat golongan muda menyertai bidang ini adalah penggunaan teknologi moden, kata Ahli...
Read moreMARANG, 12 Nov | Bagi meninjau projek yang dilaksanakan ahli pertubuhan peladang, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mazlan Aliman melawat tapak projek penghasilan 'cocopeat' yang diusahakan Wan Hasbi Haliq...
Read moreKUALA LUMPUR, 16 Nov | Bidang pertanian amat penting kerana ia memberi kesan kepada kestabilan sesebuah negara, kata Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Dato' Phahrolrazi Mohd Zawawi. Bercakap...
Read moreKUALA LUMPUR, 16 Nov | Pertubuhan Peladang di setiap peringkat perlu memainkan peranan untuk meningkatkan pendapatan golongan peladang yang rata-ratanya tergolong dalam kelompok B40 (pendapatan isi rumah di bawah RM3860...
Read more