logo-nafas

PERHIMPUNAN PELADANG ZON SELATAN BERLANGSUNG SEMPEN HPPNK 2019

HimpunLadang04JOHOR BAHRU, 30 Nov | Perhimpunan Peladang Zon Selatan berlangsung di Plaza Angsana, Johor Bahru, 30 November lalu bersempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2019 (HPPNK2019).

Majlis dirasmikan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Datuk Mazlan Aliman, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Dato' Haji Phahrolrazi Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian, Dato' Salim Parlan, Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Dato' Zulkifly Mohamed Omar, Exco Pertanian Negeri Johor, Haji Tosrin Jarvanthi dan Ketua Pengarah LPP, Puan Azulita Salim.

Foto di atas : Datuk Seri Salahuddin berucap merasmikan Perhimpunan Peladang Zon Selatan.

HimpunLadang03
Menyampaikan sumbangan TBPP kepada wakil-wakil pesawah.

Ketika berucap, Salahuddin mengucapkan tahniah dan syabas di atas penganjuran program itu dan berjanji akan melakukan yang terbaik untuk memperjuangkan nasib peladang, penternak dan nelayan di seluruh negara.

Menurut beliau, dengan bantuan para pegawai kerajaan daripada pelbagai agensi, beliau akan terus berusaha perkasakan sosioekonomi para petani dan meningkatkan pendapatan mereka.

Setiap hak dan peruntukan bagi para petani, ujarnya akan ditunaikan dan pertubuhan peladang dapat dimajukan.

Menerusi lawatan beliau ke seluruh negara, Salahuddin mengakui wujud pertubuhan peladang yang berjaya manakala ada di antaranya bergelut menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Menyentuh isu keluasan tanah yang dimiliki para petani, beliau berkata beberapa projek perintis akan dilaksanakan di Kedah, Perak dan Johor bagi membolehkan tanah-tanah milik petani yang bersaiz kecil diusahakan secara berkelompok melalui koperasi.

Melalui kaedah ini, katanya pendapatan para petani boleh ditingkatkan dan sebahagian mereka boleh bekerja dengan koperasi.

Mereka bukan sahaja dapat keuntungan drp aktiviti perniagaan malah boleh bekerja dengan koperasi.

Dalam ucapannya juga, Salahuddin menyentuh peranan yang perlu dimainkan oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) yang menjadi payung kepada hampir sejuta ahli peladang.

Beliau juga telah menulis surat kepada Perdana Menteri untuk mengkategorikan NAFAS sebagai badan awam.

HimpunLadang02

 Salahuddin beramah mesra dengan ahli-ahli peladang yang hadir.


Pembaharuan yang dilakukan oleh NAFAS, katanya diharap dapat memperkukuhkan kedudukannya sehingga ia boleh bersaing di pasaran terbuka.

Berucap pada majlis yang sama, Dato' Mazlan berkata, perhimpunan pada petang itu membabitkan 700 ahli jemaah pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dari negeri Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

LPP ujar beliau kini dalam usaha memperkasakan unit-unit peladang di seluruh negara dengan memberikan bantuan modal dan kepakaran.

Mazlan berharap AJP PPK yang hadir bukan sahaja mendapat input daripada amanat disampaikan menteri, malah dapat mendekatkan hubungan sesama mereka.

Beliau juga mahu kombinasi AJP yang dipilih dengan AJP lantikan menteri dapat bekerjasama untuk memajukan peladang.

Mazlan turut melahirkan perasaan gembira kerana kempen pendaftaran ahli peladang secara atas talian (online) mendapat sambutan dan yakin sasaran untuk mencapai 1 juta ahli peladang dapat dicapai.

Pihaknya akan terus berusaha menarik minat semua segmen masyarakat bagi memajukan sektor pertanian.


HimpunLadang01

 Agropelancongan Cuti-Cuti Peladang 2020 dilancarkan Salahuddin sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.


Pada majlis itu, Datuk Seri Salahuddin melancarkan Agropelancongan Cuti-Cuti Peladang 2020 bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Beliau turut menyampaikan sumbangan Tabung Bencana Pengeluaran Padi (TBPP). Sejumlah RM12.38 juta diperuntukkan kepada 7,400 penanam padi yang terjejas akibat banjir di negara ini.

Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) menerima peruntukan bantuan khas terbesar iaitu masing-masing RM5.21 juta dan RM3.36 juta.

Ia diikuti oleh Pulau Pinang (RM2.19 juta), Kedah (RM1.23 juta), Kelantan (RM289,334), Perlis (RM188,873) dan Terengganu (RM92,235).

Turut menerima dana berkenaan adalah Sabah (RM77,793) dan Pahang (RM22,627).

Di majlis itu juga Datuk Seri Salahuddin turut menympaikan hadiah kepada pengunjung bertuah ke 300,000, Kathy Tan Ah Tee dari Pulai, Johor.

HPPNK2019 menyasarkan 500,000 pengunjung pada program yang berlangsung selama empat hari berakhir 1 Disember lalu.

 

02-05-2021
MAJLIS SERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN KEPADA DYMM TUANKU SULTAN SELANGOR
MAJLIS SERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN KEPADA DYMM TUANKU SULTAN SELANGOR

2 Mei 2021 | Shah Alam - NAFAS menyempurnakan tanggungjawab zakat perniagaan bagi Negeri Selangor dengan penyerahan zakat sebanyak lebih RM 2.59 juta kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor.Simbolik penyerahan disampaikan...

Read more
26-04-2021
KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA JAWATANKUASA PENYELARAS PENGERUSI-PENGERUSI PPK MADA KE PEJABAT PENGURUS BESAR NAFAS
KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA JAWATANKUASA PENYELARAS PENGERUSI-PENGERUSI PPK MADA KE PEJABAT PENGURUS BESAR NAFAS

Isnin | 26 APRIL 2021 - Jawatankuasa Penyelaras Pengerusi-Pengerusi PPK MADA menyatakan sokongan terhadap usaha NAFAS dalam memastikan Industri Padi Beras Negara berkembang maju seiring dengan halatuju yang telah ditetapkan oleh...

Read more
30-03-2021
PROGRAM JOM KE SEKOLAH PPK BELURAN BERSAMA MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN
PROGRAM JOM KE SEKOLAH PPK BELURAN BERSAMA MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN

Selasa | 30 Mac 2021 - Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan telah menyampaikan sumbangan kelengkapan persekolahan dalam Program Jom Ke Sekolah di Beluran Sabah. Seramai 7,000...

Read more
18-03-2021
MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA NAFAS DAN ENSPIRE VENTURES SDN BHD
MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA NAFAS DAN ENSPIRE VENTURES SDN BHD

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara NAFAS dan Enspire Ventures Sdn Bhd telah berlansung di Dewan Utama NAFAS hari ini diwakili oleh Pengerusi Ahli jemaah Pengarah NAFAS Ybhg. Dr. Anis bin...

Read more
09-01-2021
PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH PARLIMEN JASIN
PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH PARLIMEN JASIN

9 Januari 2021 - Seramai 450 orang pelajar dari kawasan Parlimen Jasin telah menerima bantuan sumbangan kelengakapan persekolahan di dalam satu Program Kembali Ke Sekolah Parlimen Jasin yang disampaikan oleh YB...

Read more
08-01-2021
PENGGUNAAN TREKBPS MEMANFAATKAN AHLI PELADANG
PENGGUNAAN TREKBPS MEMANFAATKAN AHLI PELADANG

Penggunaan teknologi dalam pertanian dipelopori oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan seiring dengan perkembangan dunia saban tahun sekaligus membawa hasrat kerajaan untuk memacu industri pertanian ke arah teknologi berdaya tinggi. Dengan...

Read more
07-01-2021
AYAM SEJUK BEKU NAFAS FOOD PROCESSING & MARKETING SDN BHD KINI DI STESEN PETRONAS
AYAM SEJUK BEKU NAFAS FOOD PROCESSING & MARKETING SDN BHD KINI DI STESEN PETRONAS

7 JANUARI 2021 | PRIMA KAJANG, SELANGOR - Ayam sejuk beku keluaran NAFAS Food kini boleh didapati di stesen minyak Petronas yang terpilih menerusi program Segar@Mesra hasil kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam...

Read more
03-01-2021
MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN BACK TO SCHOOL KAWASAN TUMPAT
MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN BACK TO SCHOOL KAWASAN TUMPAT

3 JANUARI 2021 | MRSM Tumpat Kelantan - Seramai 450 orang pelajar di Kawasan Tumpat Kelantan telah menerima sumbangan bantuan back to school yang disampaikan oleh YB Dato’ Hj Che...

Read more
27-12-2020
NAFAS MENGANJURKAN PROGRAM SANTAI PELADANG DAN ZIARAH PELADANG DI TUMPAT, KELANTAN
NAFAS MENGANJURKAN PROGRAM SANTAI PELADANG DAN ZIARAH PELADANG DI TUMPAT, KELANTAN

27 Disember 2020 - Program disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Che Abdullah Mat Nawi, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II (MAFI) ini merupakan langkah proaktif yang diambil bagi mendekati golongan...

Read more
22-12-2020
MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN NAFAS BERSAMA T.Y.T NEGERI MELAKA
MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN NAFAS BERSAMA T.Y.T NEGERI MELAKA

NAFAS telah menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM682,295.89 kepada T.Y.T Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam. Penyerahan telah disampaikan oleh Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Dato’ Haji...

Read more
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 1, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 6144 1200   Fax : 03 6144 1399
Email : info[a]nafas.com.my
 
Pautan Laman

qr nafas static

Ikuti kami di :

fb icon s

twitter icon s ig icon s youtube icon s
 
Paparan terbaik menggunakan :
Mozilla Firefox 4.0++
Internet Explorer 8++
   Resolusi 1200 x 800
Statistik
Pelawat : click tracking
   
 

 

   
   

Hakcipta Terpelihara 2021 © Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)