logo-nafas

SUKARELAWAN NAFAS BANTU MANGSA BANJIR, PERUNTUKAN RM1 JUTA

BantuBanjir03kKOTA DAMANSARA, 9 Dis | Dalam usaha meringankan beban mangsa banjir, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengambil inisiatif membentuk skuad bantuan banjir bagi menghulurkan bantuan di negeri-negeri yang terlibat.

Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Dato' Haji Phahrolrazi Mohd Zawawi telah melancarkan Skuad Bantuan Banjir 2019 di pekarangan ibu pejabat NAFAS tengahari tadi.

Skuad Bantuan Banjir 2019 itu membabitkan 30 orang sukarelawan dari kalangan kakitangan NAFAS.

Sehubungan itu, sebuah bilik gerakan yang beroperasi di ibu pejabat NAFAS telah dibuka bagi mengemaskini maklumat kawasan-kawasan yang dilanda banjir serta jumlah mangsa terlibat bagi melicinkan pergerakan skuad bantuan banjir.

Foto di atas : Skuad bantuan pertama akan ke Terengganu dan Kelantan bagi membantu mangsa banjir.

BantuBanjir02k
Melepaskan konvoi Skuad Bantuan Banjir 2019 sambil diiringi Ahli-ahli Jemaah Pengarah dan Pengurus Besar NAFAS.

Skuad bantuan pertama akan bergerak ke pusat-pusat pemindahan di Pantai Timur – Terengganu dan Kelantan bagi mengagihkan bantuan-bantuan yang diperlukan mengikut permintaan.

Bantuan dan khidmat sosial akan diteruskan ke negeri-negeri lain yang terlibat banjir antaranya Johor dan juga ke negeri-negeri di utara Semenanjung.

Bercakap kepada pemberita, Dato' Phahrolrazi berkata, NAFAS telah memperuntukkan RM1 juta bagi membantu mangsa-mangsa banjir pada kali ini.

"Pada pagi ini kita lancar misi skuad bantuan banjir sebagai salah satu daripada tanggung jawab sosial kepada masyarakat... Kali ini banjir berlaku di Terengganu dan Kelantan, kita akan tumpu pada dua buah negeri ini," katanya.

Hadir sama pada majlis ringkas itu beberapa Ahli Jemaah Pengarah NAFAS dan Pengurus Besar NAFAS, Haji Ahmad Shaari.

BantuBanjir01k

Dato' Phahrolrazi berucap pada majlis ringkas pelancaran Skuad Bantuan Banjir 2019 di pekarangan ibu pejabat NAFAS.

Ketika berucap pada majlis itu, Dato' Phahrolrazi mengucapkan terima kasih kepada pihak urusetia dan kakitangan NAFAS yang menjadi sukarelawan bantuan banjir.

NAFAS tambah beliau, merasa bertanggung jawab untuk membantu mangsa-mangsa banjir sama ada dalam bentuk barangan keperluan mahu pun tenaga.

"Saya berharap bantuan ini dapat meringankan beban yang ditanggung mangsa banjir," katanya.

Sementara itu, sukarelawan NAFAS akan turut serta memberikan bantuan pasca banjir khususnya bagi membersihkan kawasan tempat kediaman dan premis-premis awam yang terlibat banjir.

NAFAS juga bersiap siaga menggerakkan skuad bantuan bagi menghadapi kemungkinan gelombang kedua banjir dan banjir kilat berikutan peralihan Monsun Timur Laut.

Program bantuan banjir seumpama ini bukan pertama kali dilaksanakan, malah NAFAS sentiasa prihatin terhadap ahli-ahli peladang dan juga masyarakat setempat yang dilanda musibah pada musim tengkujuh.

 

14-03-2023
LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS
LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS

    14 MAC 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari...

Read more
26-01-2023
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH NAFAS
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH NAFAS

 26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)

Read more
02-12-2022
DATO’ KSU MAFI MENYEMPURNAKAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NAFAS-49
DATO’ KSU MAFI MENYEMPURNAKAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NAFAS-49

 30 NOVEMBER 2022 | HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 Tahun 2022 pada hari...

Read more
02-12-2022
SEKITAR BERLANGSUNGNYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) KALI KE 49 DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA
SEKITAR BERLANGSUNGNYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) KALI KE 49 DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA

  Tahniah & Syabas kepada semua Perwakilan Peladang daripada seluruh negara yang menjayakan mesyuarat agung kali ini

Read more
01-12-2022
URUSAN PERBANKAN DPK LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY
URUSAN PERBANKAN DPK LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY

Dana Peladang Kebangsaan (DPK) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana atas talian - JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan ahlinya.

Read more
13-08-2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022

  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat pameran-pameran di Pavilion Negeri sempena MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS

  MAHA Fun Fishing 2022 anjuran NAFAS berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi di Tasik MARDI, MAEPS. Tahniah kepada para pemenang anda memang hebat, macam-macam ikan ada!  

Read more
13-08-2022
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ

  Semuanya SEDAP! Demo masakan kali ini Chef Danish Harraz cipta resipi kek menggunakan produk strawberi jenama Peladang khas untuk para pengunjung MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS

  Dahsyat penangan Chef Danish Harraz sampai sesak Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS. Semua seronok sebab dapat rasa cheesecake strawberi dan brownies resipi istimewa menggunakan produk jenama Peladang.  

Read more
13-08-2022
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS

  Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee diiringi Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Haji Zamri Yaakob melawat ruang pameran NAFAS di Laman Mekanisasi, MAEPS.  

Read more
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 1, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 6144 1200   Fax : 03 6144 1399
Email : info[a]nafas.com.my
 
Pautan Laman

qr nafas static

Ikuti kami di :

fb icon s

twitter icon s ig icon s youtube icon s
 
Paparan terbaik menggunakan :
Mozilla Firefox 4.0++
Internet Explorer 8++
   Resolusi 1200 x 800
Statistik
Pelawat : click tracking
   
 

 

   
   

Hakcipta Terpelihara 2024 © Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)