RANTAU PANJANG, 10 Dis | Prihatin dengan nasib yang menimpa mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur Semenanjung, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah melancarkan Skuad Bantuan Banjir 2019 bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa khususnya ahli-ahli Peladang.
Serentak dengan itu, Ahli Jemaah Pengarah (AJP) NAFAS, Mohd Hisyamudin Ghazali telah mengiringi Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mazlan Aliman untuk menyampaikan bantuan kepada ahli-ahli Peladang di Rantau Panjang, 10 Disember lalu.
Mangsa banjir yang dilawati tinggal di Kampung Bagus, dekat sini.
Turut hadir para pemimpin masyarakat setempat, AJP Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Rantau Panjang dan ahli-ahli Peladang.
Mangsa banjir menerima barangan makanan asas seperti beras, tepung, gula minuman coklat dan makanan tin.
Selain mengedarkan kit-kit bantuan di rumah-rumah mangsa banjir, NAFAS turut menghulurkan bantuan barangan makanan di pusat-pusat pemindahan banjir di negeri-negeri terjejas banjir.
Foto di atas : Datuk Mazlan menyampaikan stok barangan makanan kepada mangsa banjir di daerah Setiu sambil diiringi Hisyamuddin. |
Sempat menyaksikan sawah padi yang rosak ditenggelami banjir. |
Bermula jam 10 pagi, 11 Disember, rombongan Datuk Mazlan mengunjungi empat kampung yang dilanda banjir iaitu Kampung Balik Bukit, Kampung Buluh Hilir, Kampung Permaisuri dan Kampung Tasek.
Turut serta dalam lawatan ke Unit-unit Peladang itu ialah Timbalan Pengarah LPP Terengganu, Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri (PPN), Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Setiu dan beberapa AJP PPK.
Datuk Mazlan ketika berucap melahirkan simpati kepada mangsa banjir dan berharap bantuan yang disampaikan NAFAS dapat meringankan bebanan yang mereka tanggung khususnya pada musim tengkujuh.
Sebahagian besar penduduk di empat kampung berkenaan mengusahakan tanaman padi dan melahirkan kegusaran tanaman mereka rosak akibat banjir. Jabatan Pertanian dan agensi berkaitan sedang giat melakukan bancian dan taksiran kerosakan.
Mangsa banjir di Rantau Panjang menerima bantuan NAFAS yang disampaikan Datuk Mazlan Aliman. |
Skuad bantuan pertama telah berkunjung ke pusat-pusat pemindahan sementara di Terengganu dan Kelantan bagi mengagihkan bantuan yang diperlukan mengikut permintaan.
Sebuah Bilik Gerakan yang beroperasi di Ibu pejabat NAFAS juga dibuka bagi mengemaskini maklumat kawasan yang dilanda banjir serta jumlah mangsa bagi melicinkan pergerakan skuad bantuan banjir.
Bantuan dan khidmat sosial akan diteruskan ke negeri-negeri lain yang terlibat banjir antaranya Johor dan juga negeri-negeri di utara Semenanjung.
Sukarelawan NAFAS juga akan membantu kerja-kerja pembersihan pasca banjir khususnya di kawasan tempat tinggal, dewan dan premis-premis awam.
NAFAS juga bersiap siaga menggerakkan skuad bantuan bagi menghadapi kemungkinan gelombang kedua banjir dan banjir kilat berikutan peralihan Monsun Timur Laut.
Hadir sama pada majlis pelancaran Ahli-ahli Jemaah Pengarah NAFAS dan Pengurus Besar NAFAS, Haji Ahmad Shaari.
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menganjurkan program Prihatin Peladang Melaka yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan I pada 28 Ogos...
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengadakan perjumpaaan bersama Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Kota Damansara...
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee mengadakan lawatan kerja ke Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd (MNFSB) di Gurun, Kedah pada 22 Jun 2020. Malaysian NPK Fertilizer Sdn...
Read morePertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengumumkan pelantikan Dr. Anis Mahmud sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS yang baharu berkuatkuasa 15 Mei 2020. Pelantikan Dr. Anis yang juga Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian...
Read morePertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) buat julung kalinya menjalankan projek Tanaman Padi Bersepadu bersama Petronas di Kampung Namdam, Kubur Panjang, Kedah. Seramai 68 peserta terpilih untuk terlibat dalam mengusahakan 70 hektar sawah...
Read moreKOTA BHARU, 16 Feb | Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mazlan Aliman berkunjung ke pejabat Pengerusi KADA, Senator Datuk Husam Musa di ibu pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA),...
Read moreALOR SETAR, 13 Feb | Seusai menghadiri majlis penyerahan bantuan diesel jentera pengepam air untuk Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) seluruh Kedah dan Pulau Pinang di PPK PPK Aman C-III MADA...
Read moreALOR SETAR, 13 Feb | Program Bantuan Diesel jentera pengepam air bagi mengairi sawah padi di utara Semenanjung berlangsung di perkarangan premis Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Aman C-III MADA Tajar,...
Read moreAwal bulan ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub telah turun padang melawat kawasan IADA Rompin dan Sawah Endau, Johor. Beliau yang membuat lawatan tanpa para...
Read morePeruntukan sebanyak RM30,000 dari RM640,000 telah diperuntukkan kepada 150 penerima Jom Kembali ke Sekolah oleh NAFAS kepada pelajar asnaf di sekitar Dun Templer, pada tahun ini. NAFAS berusaha menjadikan pendidikan...
Read more