MUAR, 13 Dis | Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub melancarkan program 'Jom Ke Sekolah' di bandar Muar, Jumaat lalu.
Program khidmat sosial anjuran NAFAS itu memberi manfaat kepada 3,200 keluarga golongan B40 dan dilaksanakan di kawasan-kawasan terpilih seluruh Semenanjung.
Program pagi ini membabitkan 150 orang penerima di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Simpang Jeram. Setiap penerima memperolehi baucar bernilai RM200 bagi membeli barangan kelengkapan sekolah.
Program yang sama akan diadakan di negeri Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Perlis, Pahang dan Selangor khusus kepada ahli-ahli Peladang yang tergolong dalam kumpulan B40.
Foto di atas : Bergambar ramai seusai majlis perasmian program Jom Ke Sekolah di bandar Kulai. |
YB Menteri berucap merasmikan program. |
Datuk Seri Salahuddin dan isteri bergambar bersama anak-anak yang membuat persembahan. |
Datuk Seri Salahuddin ketika berucap berkata, pihaknya menyedari ada di kalangan ibu bapa yang merasa terbeban setiap kali musim persekolahan bakal bermula kerana perlu menyediakan kelengkapan untuk anak-anak ke sekolah.
YB Menteri dan Haji Ahmad Shaari bergambar bersama ibu bapa pelajar yang selesai membeli belah. |
Beliau turut menjelaskan usaha kerajaan untuk memulihkan ekonomi dan kini harga barangan komoditi seperti sawit sudah mula meningkat.
Kempen-kempen negatif tentang minyak sawit di negara-negara Barat, katanya memberi kesan kepada industri minyak sawit negara namun ianya dapat diatasi dengan tindakan kerajaan khususnya kementerian terbabit mengadakan kempen menjelaskan tentang kebaikan minyak sawit di luar negara.
Kerajaan juga, tambah beliau berusaha mengawal kenaikan harga barangan keperluan harian.
Kementerian Pertanian dengan kerjasama kementerian berkaitan, katanya sentiasa bekerjasama untuk mengawal harga barang terutama pada musim perayaan.
Datuk Seri Salahuddin membantu ibu bapa memlih pakaian pada program Jom Ke Sekolah di bandar Muar. |
Membantu seorang pelajar mengacu seluar sekolah. |
Datuk Seri Salahuddin juga memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus berusaha meringankan beban hidup rakyat.
Pada majlis itu, Datuk Seri Salahuddin turut membantu ibu bapa memilih pakaian sekolah anak-anak di kedai menjual barangan keperluan persekolahan yang dipilih sebagai lokasi program.
Menyantuni seorang pelajar istimewa di pasar @Mart Kempas. |
Pelbagai acara diadakan sempena majlis itu antaranya ceramah motivasi dan persembahan pentas oleh murid-murid sekolah.
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menganjurkan program Prihatin Peladang Melaka yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan I pada 28 Ogos...
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengadakan perjumpaaan bersama Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Kota Damansara...
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee mengadakan lawatan kerja ke Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd (MNFSB) di Gurun, Kedah pada 22 Jun 2020. Malaysian NPK Fertilizer Sdn...
Read morePertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengumumkan pelantikan Dr. Anis Mahmud sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS yang baharu berkuatkuasa 15 Mei 2020. Pelantikan Dr. Anis yang juga Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian...
Read morePertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) buat julung kalinya menjalankan projek Tanaman Padi Bersepadu bersama Petronas di Kampung Namdam, Kubur Panjang, Kedah. Seramai 68 peserta terpilih untuk terlibat dalam mengusahakan 70 hektar sawah...
Read moreKOTA BHARU, 16 Feb | Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mazlan Aliman berkunjung ke pejabat Pengerusi KADA, Senator Datuk Husam Musa di ibu pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA),...
Read moreALOR SETAR, 13 Feb | Seusai menghadiri majlis penyerahan bantuan diesel jentera pengepam air untuk Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) seluruh Kedah dan Pulau Pinang di PPK PPK Aman C-III MADA...
Read moreALOR SETAR, 13 Feb | Program Bantuan Diesel jentera pengepam air bagi mengairi sawah padi di utara Semenanjung berlangsung di perkarangan premis Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Aman C-III MADA Tajar,...
Read moreAwal bulan ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub telah turun padang melawat kawasan IADA Rompin dan Sawah Endau, Johor. Beliau yang membuat lawatan tanpa para...
Read morePeruntukan sebanyak RM30,000 dari RM640,000 telah diperuntukkan kepada 150 penerima Jom Kembali ke Sekolah oleh NAFAS kepada pelajar asnaf di sekitar Dun Templer, pada tahun ini. NAFAS berusaha menjadikan pendidikan...
Read more