logo-nafas

MISI BANTUAN BANJIR NAFAS BERGERAK KE EMPAT NEGERI

MisiBantu01 kKOTA DAMANSARA, 19 Dis | Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menggerakkan misi bantuan banjirnya ke negeri Johor dan Pahang bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Para sukarelawan banjir NAFAS bergerak menyampaikan bantuan berupa barangan keperluan harian di 28 PPS di daerah Kluang dan tiga PPS di daerah Kota Tinggi membabitkan 864 keluarga mangsa.
Ahli Jemaah Pengarah (AJP) NAFAS, YB Muhamad Said Jonit turut serta dalam proses pengagihan bantuan banjir itu dengan dibantu Pegawai Pembangunan Peladang (PPP) negeri.

Di Pahang, misi bantuan banjir NAFAS menyampaikan bantuan di daerah terjejas banjir. Sehingga laporan ini ditulis 261 keluarga ditempatkan di lapan PPS di daerah Rompin. AJP NAFAS, Puan Normah Yusof dijadual turut serta menyampaikan sumbangan.

Foto di atas : Hisyamuddin menyampaikan bantuan kepada seorang mangsa banjir di PPS SK Sri Rantau Panjang 2.

MisiBantu02 k
Mangsa banjir di PPS SK Sri Rantau Panjang 2.


Di RANTAU PANJANG, Kelantan, program agihan bantuan banjir NAFAS kepada 230 ahli Peladang Dun Gual Periok berlangsung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), SK Sri Rantau Panjang 2, 17 Disember lalu.

Penyampaian sumbangan disempurnakan AJP NAFAS, Encik Mohd Hisyamuddin Ghazali.

Hadir sama Penyelaras Dun Gual Periok, Encik Ridzuan Mohamad, dan AJP Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Rantau Panjang, Encik Mahmod Sabri.

Ketika berucap, Hisyamuddin berkata, NAFAS memperuntukkan RM1 juta untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara terutama kepada ahli Peladang.

Pihaknya juga bersiap sedia untuk menghadapi gelombang kedua banjir yang dijangka melanda dalam beberapa hari lagi.

Menyentuh tentang taraf hidup peladang, beliau berkata tiga PPK di dalam Kawasan Parlimen Rantau Panjang iaitu PPK Chetok, PPK Kangkong dan PPK Rantau Panjang perlu membangunkan ekonomi ahli-ahlinya kerana berada di pinggir sempadan Thailand.

Kerajaan Malaysia, katanya telah meluluskan projek Tebatan Banjir Sg Golok Fasa 1 sehingga Sg Lanchang.

Hisyamuddin berharap projek Tebatan Banjir itu dipanjangkan hingga ke Jedok, Jeli supaya pekan Rantau Panjang bebas banjir seperti pekan Golok, Thailand.

BantuBanjir05 k

Sukarelawan NAFAS menyediakan kit bantuan banjir di gudang NAFAS di Kota Damansara.

Pada 9 Disember lalu, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Dato' Haji Phahrolrazi bin Mohd Zawawi melancarkan Skuad Bantuan Banjir 2019 melibatkan 30 sukarelawan kakitangan NAFAS.

Skuad bantuan pertama telah berkunjung ke pusat-pusat pemindahan sementara di Terengganu dan Kelantan bagi mengagihkan bantuan yang diperlukan mengikut permintaan.

Sebuah Bilik Gerakan yang beroperasi di Ibu pejabat NAFAS juga dibuka bagi mengemaskini maklumat kawasan yang dilanda banjir serta jumlah mangsa bagi melicinkan pergerakan skuad bantuan banjir.

Bantuan dan khidmat sosial akan diteruskan ke negeri-negeri lain yang terlibat banjir antaranya Johor dan juga negeri-negeri di utara Semenanjung.

BantuBanjir04 k

Sukarelawan NAFAS memunggah barangan bantuan ke atas lori untuk dibawa ke PPS.

Sukarelawan NAFAS juga akan membantu kerja-kerja pembersihan pasca banjir khususnya di kawasan tempat tinggal, dewan dan premis-premis awam.

NAFAS juga bersiap siaga menggerakkan skuad bantuan bagi menghadapi kemungkinan gelombang kedua banjir dan banjir kilat berikutan peralihan Monsun Timur Laut.

 

24-07-2020
MENTERI MAFI ADAKAN PERJUMPAAN DENGAN PENGERUSI PPN DAN AJP NAFAS
MENTERI MAFI ADAKAN PERJUMPAAN DENGAN PENGERUSI PPN DAN AJP NAFAS

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengadakan perjumpaaan bersama Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Kota Damansara...

Read more
25-06-2020
DATUK SERI DR. RONALD KIANDEE LAWAT KILANG MNFSB, GURUN
 DATUK SERI DR. RONALD KIANDEE LAWAT KILANG MNFSB, GURUN

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee mengadakan lawatan kerja ke Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd (MNFSB) di Gurun, Kedah pada 22 Jun 2020. Malaysian NPK Fertilizer Sdn...

Read more
01-06-2020
DR. ANIS - TKSU MOA DILANTIK TERAJUI NAFAS
DR. ANIS - TKSU MOA DILANTIK TERAJUI NAFAS

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengumumkan pelantikan Dr. Anis Mahmud sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS yang baharu berkuatkuasa 15 Mei 2020. Pelantikan Dr. Anis yang juga Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian...

Read more
16-03-2020
NAFAS & PETRONAS TURUN KE BENDANG
NAFAS & PETRONAS TURUN KE BENDANG

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) buat julung kalinya menjalankan projek Tanaman Padi Bersepadu bersama Petronas di Kampung Namdam, Kubur Panjang, Kedah. Seramai 68 peserta terpilih untuk terlibat dalam mengusahakan 70 hektar sawah...

Read more
18-02-2020
LPP, KADA DAN NAFAS SEDIA BANGUNKAN SEKTOR PERTANIAN KELANTAN
LPP, KADA DAN NAFAS SEDIA BANGUNKAN SEKTOR PERTANIAN KELANTAN

KOTA BHARU, 16 Feb | Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mazlan Aliman berkunjung ke pejabat Pengerusi KADA, Senator Datuk Husam Musa di ibu pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA),...

Read more
18-02-2020
PROJEK TANAMAN PADI WANGI 88 TINGKAT PENDAPATAN PESAWAH
PROJEK TANAMAN PADI WANGI 88 TINGKAT PENDAPATAN PESAWAH

ALOR SETAR, 13 Feb | Seusai menghadiri majlis penyerahan bantuan diesel jentera pengepam air untuk Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) seluruh Kedah dan Pulau Pinang di PPK PPK Aman C-III MADA...

Read more
18-02-2020
NAFAS SERAH BANTUAN DIESEL UNTUK PESAWAH MENGAIRI BENDANG
NAFAS SERAH BANTUAN DIESEL UNTUK PESAWAH MENGAIRI BENDANG

ALOR SETAR, 13 Feb | Program Bantuan Diesel jentera pengepam air bagi mengairi sawah padi di utara Semenanjung berlangsung di perkarangan premis Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Aman C-III MADA Tajar,...

Read more
11-02-2020
TANPA PEGAWAI, MENTERI SELAMI MASALAH PESAWAH
TANPA PEGAWAI, MENTERI SELAMI MASALAH PESAWAH

Awal bulan ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub telah turun padang melawat kawasan IADA Rompin dan Sawah Endau, Johor. Beliau yang membuat lawatan tanpa para...

Read more
05-02-2020
PERUNTUKAN RM640,000 SEMPENA JOM KEMBALI KE SEKOLAH
PERUNTUKAN RM640,000 SEMPENA JOM KEMBALI KE SEKOLAH

Peruntukan sebanyak RM30,000 dari RM640,000 telah diperuntukkan kepada 150 penerima Jom Kembali ke Sekolah oleh NAFAS kepada pelajar asnaf di sekitar Dun Templer, pada tahun ini. NAFAS berusaha menjadikan pendidikan...

Read more
04-02-2020
PELADANG DITIMPA MUSIBAH BANJIR TERIMA BANTUAN
PELADANG DITIMPA MUSIBAH BANJIR TERIMA BANTUAN

Majlis Penyampaian Bantuan Bencana Ahli Peladang Negeri Terengganu berlangsung di Peladang Setiu Agro Resort, Setiu, Terengganu, 31 Januari lalu. Bantuan disampaikan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub...

Read more
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 1, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 6144 1200   Fax : 03 6144 1399
Email : info[a]nafas.com.my
 
Pautan Laman

qr nafas static

Ikuti kami di :

fb icon s

twitter icon s ig icon s youtube icon s
 
Paparan terbaik menggunakan :
Mozilla Firefox 4.0++
Internet Explorer 8++
   Resolusi 1200 x 800
Statistik
Pelawat : click tracking
   
 

 

   
   

Hakcipta Terpelihara 2020 © Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)