logo-nafas

KASIH PELADANG JOHOR SANTUNI PELADANG ASNAF SENGGARANG

KasihSenggarang03 kBATU PAHAT, 19 Dis | Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menganjurkan Program Kasih Peladang Johor di premis Pertubuhan Peladang Kawasan Senggarang, dekat sini.

Perasmian program disempurnakan Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, YB Muhamad Said Jonit. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senggarang, YB Ir Khairuddin A. Rahim.

Program Kasih Peladang Johor kali ini melibatkan 100 orang penerima peladang asnaf dari Pertubuhan Peladang Kawasan Senggarang membabitkan sumbangan berjumlah RM 20,000.

Foto di atas : Bergambar ramai seusai program.

KasihSenggarang01 k
Antara tetamu dan peladang asnaf yang hadir.

Program yang sama diadakan di Parit Sulong dengan jumlah penerima seramai 80 orang.

Kasih Peladang Johor pertama kali diadakan di Pulai, Johor dan dirasmikan , Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 26 Mei lalu.

Penyampaian sumbangan pada program Kasih Peladang Johor ini adalah sebahagian daripada wakalah zakat perniagaan NAFAS di negeri Johor. NAFAS telah pun menyerahkan zakat perniagaan kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor pada 26 Mei 2019 berjumlah RM1,857,635.85.

Wakalah zakat adalah dasar pengembalian wang zakat oleh Majlis Agama Islam negeri-negeri kepada pengeluar zakat sebagai wakil untuk diagihkan semula kepada asnaf yang layak menerimanya.

Program Kasih Peladang anjuran NAFAS melibatkan 10 lokasi di seluruh negara yang memberi manfaat kepada kira-kira 5,000 orang penerima.

KasihSenggarang02 k

Muhammad Said dan Ir Khairuddin bergambar bersama kakitangan LPP dan NAFAS.

Penganjuran program ini membuktikan komitmen NAFAS dalam memastikan setiap keuntungan dari aktiviti perniagaannya dikongsi semula bagi manfaat ahli peladang serta golongan asnaf setempat.

Bantuan kewangan ini diharap dapat membantu ahli Peladang dari kalangan asnaf. Program ini juga diharap dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara Ahli-ahli Jemaah Pengarah NAFAS, pemimpin peladang di peringkat Kawasan, ahli Peladang dan masyarakat setempat.

 

18-02-2020
LPP, KADA DAN NAFAS SEDIA BANGUNKAN SEKTOR PERTANIAN KELANTAN
LPP, KADA DAN NAFAS SEDIA BANGUNKAN SEKTOR PERTANIAN KELANTAN

KOTA BHARU, 16 Feb | Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mazlan Aliman berkunjung ke pejabat Pengerusi KADA, Senator Datuk Husam Musa di ibu pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA),...

Read more
18-02-2020
PROJEK TANAMAN PADI WANGI 88 TINGKAT PENDAPATAN PESAWAH
PROJEK TANAMAN PADI WANGI 88 TINGKAT PENDAPATAN PESAWAH

ALOR SETAR, 13 Feb | Seusai menghadiri majlis penyerahan bantuan diesel jentera pengepam air untuk Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) seluruh Kedah dan Pulau Pinang di PPK PPK Aman C-III MADA...

Read more
18-02-2020
NAFAS SERAH BANTUAN DIESEL UNTUK PESAWAH MENGAIRI BENDANG
NAFAS SERAH BANTUAN DIESEL UNTUK PESAWAH MENGAIRI BENDANG

ALOR SETAR, 13 Feb | Program Bantuan Diesel jentera pengepam air bagi mengairi sawah padi di utara Semenanjung berlangsung di perkarangan premis Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Aman C-III MADA Tajar,...

Read more
11-02-2020
TANPA PEGAWAI, MENTERI SELAMI MASALAH PESAWAH
TANPA PEGAWAI, MENTERI SELAMI MASALAH PESAWAH

Awal bulan ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub telah turun padang melawat kawasan IADA Rompin dan Sawah Endau, Johor. Beliau yang membuat lawatan tanpa para...

Read more
05-02-2020
PERUNTUKAN RM640,000 SEMPENA JOM KEMBALI KE SEKOLAH
PERUNTUKAN RM640,000 SEMPENA JOM KEMBALI KE SEKOLAH

Peruntukan sebanyak RM30,000 dari RM640,000 telah diperuntukkan kepada 150 penerima Jom Kembali ke Sekolah oleh NAFAS kepada pelajar asnaf di sekitar Dun Templer, pada tahun ini. NAFAS berusaha menjadikan pendidikan...

Read more
04-02-2020
PELADANG DITIMPA MUSIBAH BANJIR TERIMA BANTUAN
PELADANG DITIMPA MUSIBAH BANJIR TERIMA BANTUAN

Majlis Penyampaian Bantuan Bencana Ahli Peladang Negeri Terengganu berlangsung di Peladang Setiu Agro Resort, Setiu, Terengganu, 31 Januari lalu. Bantuan disampaikan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub...

Read more
31-01-2020
WAWANCARA : PERANAN & CABARAN NAFAS
WAWANCARA : PERANAN & CABARAN NAFAS

NAFAS ingin memastikan petani mendapat pendapatan yang tinggi dan negara mempunyai makanan yang mencukupi. Selain berdepan dengan cabaran kekurangan peladang muda, NAFAS kini memberikan latihan teknologi pertanian moden untuk golongan peladang...

Read more
13-01-2020
NAFAS YAKIN KSU BARU MAMPU PACU KEMAJUAN SEKTOR PERTANIAN
NAFAS YAKIN KSU BARU MAMPU PACU KEMAJUAN SEKTOR PERTANIAN

KOTA DAMANSARA, 9 Jan | Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengucapkan tahniah di atas perlantikan Dato' Haji Zainal Azman Abu Seman sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani...

Read more
10-01-2020
ANUGERAH PERDANA YAYASAN PELAJARAN PELADANG IKTIRAF ANAK AHLI CEMERLANG
ANUGERAH PERDANA YAYASAN PELAJARAN PELADANG IKTIRAF ANAK AHLI CEMERLANG

KOTA DAMANSARA, 9 Jan | Anak-anak peladang yang cemerlang dalam pelajaran menerima pengiktirafan dalam Majlis Anugerah Perdana Yayasan Pelajaran 2019 anjuran Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), 9 Januari lalu. Anugerah disampaikan Ketua...

Read more
07-01-2020
FOKUS TINGKATKAN PENDAPATAN PESAWAH, NELAYAN
FOKUS TINGKATKAN PENDAPATAN PESAWAH, NELAYAN

PUTRAJAYA, 6 Jan | Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub dalam amanat tahun baharunya hari ini mahu warga kementerian memberi keutamaan terhadap inisiatif untuk meningkatkan pendapatan...

Read more
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 1, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 6144 1200   Fax : 03 6144 1399
Email : info[a]nafas.com.my
 
Pautan Laman

qr nafas static

Ikuti kami di :

fb icon s

twitter icon s ig icon s youtube icon s
 
Paparan terbaik menggunakan :
Mozilla Firefox 4.0++
Internet Explorer 8++
   Resolusi 1200 x 800
Statistik
Pelawat : click tracking
   
 

 

   
   

Hakcipta Terpelihara 2020 © Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)