logo-nafas

PROGRAM JOM KE SEKOLAH BANTU RINGAN BEBAN KELUARGA AHLI PELADANG

bts04 kYAN, 23 Dis | Program Jom Ke Sekolah anjuran Petubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bagi negeri Kedah dimulakan di perkarangan Pusat Khidmat Dun Sungai Limau, dekat sini, 23 Disember lalu.

Sumbangan disampaikan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Dato' Phahrolrazi Mohd Zawawi. Hadir sama, Penyelaras Dun Sg Limau, Zahran bin Dato' Paduka Abdullah.

Selain sumbangan NAFAS kepada 50 pelajar melalui program Jom Kembali Ke Sekolah, di majlis yang sama Kerajaan Negeri Kedah juga menyampaikan bantuan persekolahan kepada 100 pelajar, bantuan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kepada 53 bakal siswa dan khairat kematian kepada 50 waris.

Foto di atas : Seorang pelajar menerima sumbangan daripada Dato' Phahrolrazi di SMK Convent, Alor Setar.

bts01 k
Dato' Phahrolrazi berucap merasmikan program Jom Ke Sekolah di Pusat Khidmat Dun Sungai Limau.

bts02 k
Menyampaikan sumbangan kepada seorang pelajar sambil diiringi Zahran.

Dato' Phahrolrazi ketika berucap berkata, pelbagai bentuk bantuan disediakan kerajaan untuk rakyat khususnya golongan peladang seperti baja subsidi, racun dan input-input pertanian.

Kerajaan, ujarnya menyediakan peruntukan yang besar untuk kebajikan rakyat antaranya subsidi baja yang bernilai lebih RM800 juta setahun.
Menyentuh tentang persiapan persekolahan, beliau mengakui ibu bapa memperuntukkan belanja yang besar bagi memenuhi keperluan pendidikan anak-anak setiap kali musim persekolahan bermula.
Persiapan persekolahan, katanya menyebabkan ada di kalangan ibu bapa yang mengurangkan bajet makanan.

Menyedari tentang perkara ini, Kementerian Pelajaran jelas beliau bakal melaksanakan skim sarapan percuma bagi para pelajar.

Usaha kerajaan ini, katanya bertujuan meringankan bebanan ibu bapa khususnya yang berpendapatan rendah.

Pada sebelah petangnya program Jom Ke Sekolah bagi kawasan Dun Alor Mengkudu berlangsung di Dewan Elit, SMK Convent, Alor Setar.

Pada majlis itu Dato' Ir Phahrolrazi menyampaikan baucar pembelian peralatan sekolah kepada sepuluh pelajar.

Sejumlah 200 orang pelajar daripada enam sekolah menengah dan rendah di kawasan Dun Alor Mengkudu menerima baucar pembelian barangan persekolahan bernilai RM100.

bts06 k

Ibu bapa pelajar mendaftar diri di kaunter pada program Jom Ke Sekolah di SMK Convent, Alor Setar.

bts03 k
Ibu bapa memilih peralatan sekolah pada program di Sungai Limau.

Mereka kemudiannya menunaikan baucar dengan membeli barangan keperluan sekolah di Gedung Pakaian Hari-Hari Alor Setar.

Hadir sama pada majlis itu Pengetua SMK Convent, Hajah Zainab Yaman dan Pegawai Pembangunan Peladang (PPP) Negeri Kedah, Encik Ibrahim Suppian.

Ketika berucap, Dato' Phahrolrazi mengucapkan terima kasih kepada Pengetua dan pihak sekolah di atas kesudian menjadi tuan rumah pada majlis itu.

"Bantuan kerajaan hari ini adalah bagi meringankan beban kewangan ibu bapa apabila berdepan sesi persekolahan baru tahun 2020.

"Pengorbanan ibu bapa ini terlalu besar, anak-anak perlu rajin belajar untuk ilmu dan teknologi baru yang perlu dikuasai," ujar beliau.

bts05 k

Dato' Phahrolrazi berucap merasmikan program di SMK Convent, Alor Setar.

Ketika mengulas program-program NAFAS di beberapa buah sekolah di sekitar Alor Setar beliau berkata, SMK Simpang Kuala telah diberikan peruntukan untuk melaksanakan program E-tuisyen.

Projek bernilai lebih RM100,000 itu bagi menyediakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)/ E-Tuisyen kepada anak-anak Peladang yang turut memberi kemudahan kepada sekolah-sekolah sekitar.

"Di Sekolah Menengah Tajar pula, kita sudah mula buat program pembelajaran penanaman padi dengan cara moden. Projek My Green Team ini akan memberi peluang kepada pelajar dari kelab pertanian sekolah dengan aktiviti penanaman padi di sawah padi milik sekolah tersebut," katanya.

Sejumlah 17 program Kembali Ke Sekolah di negeri Kedah diadakan bermula dari 23 Disember hingga 28 Disember ini.

Program khidmat sosial anjuran NAFAS ini dilancarkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub di bandar Muar, 13 Disember lalu.

Program ini memberi manfaat kepada 3,200 keluarga golongan B40 dan dilaksanakan di kawasan-kawasan terpilih seluruh Semenanjung.

Setiap penerima daripada kalangan anak ahli-ahli Peladang memperolehi baucar bernilai RM100 & RM200 bagi membeli barangan kelengkapan sekolah.

 

14-03-2023
LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS
LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS

    14 MAC 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari...

Read more
26-01-2023
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH NAFAS
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH NAFAS

 26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)

Read more
02-12-2022
DATO’ KSU MAFI MENYEMPURNAKAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NAFAS-49
DATO’ KSU MAFI MENYEMPURNAKAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NAFAS-49

 30 NOVEMBER 2022 | HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 Tahun 2022 pada hari...

Read more
02-12-2022
SEKITAR BERLANGSUNGNYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) KALI KE 49 DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA
SEKITAR BERLANGSUNGNYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) KALI KE 49 DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA

  Tahniah & Syabas kepada semua Perwakilan Peladang daripada seluruh negara yang menjayakan mesyuarat agung kali ini

Read more
01-12-2022
URUSAN PERBANKAN DPK LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY
URUSAN PERBANKAN DPK LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY

Dana Peladang Kebangsaan (DPK) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana atas talian - JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan ahlinya.

Read more
13-08-2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022

  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat pameran-pameran di Pavilion Negeri sempena MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS

  MAHA Fun Fishing 2022 anjuran NAFAS berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi di Tasik MARDI, MAEPS. Tahniah kepada para pemenang anda memang hebat, macam-macam ikan ada!  

Read more
13-08-2022
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ

  Semuanya SEDAP! Demo masakan kali ini Chef Danish Harraz cipta resipi kek menggunakan produk strawberi jenama Peladang khas untuk para pengunjung MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS

  Dahsyat penangan Chef Danish Harraz sampai sesak Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS. Semua seronok sebab dapat rasa cheesecake strawberi dan brownies resipi istimewa menggunakan produk jenama Peladang.  

Read more
13-08-2022
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS

  Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee diiringi Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Haji Zamri Yaakob melawat ruang pameran NAFAS di Laman Mekanisasi, MAEPS.  

Read more
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 1, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 6144 1200   Fax : 03 6144 1399
Email : info[a]nafas.com.my
 
Pautan Laman

qr nafas static

Ikuti kami di :

fb icon s

twitter icon s ig icon s youtube icon s
 
Paparan terbaik menggunakan :
Mozilla Firefox 4.0++
Internet Explorer 8++
   Resolusi 1200 x 800
Statistik
Pelawat : click tracking
   
 

 

   
   

Hakcipta Terpelihara 2024 © Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)