logo-nafas

PROGRAM JOM KEMBALI KE SEKOLAH JELAJAHI SERATA SEMENANJUNG

BTSMerbok01 kKOTA DAMANSARA, 27 Dis | Bagi memenuhi tanggung jawab sosial korporatnya, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) melaksanakan program Jom Ke Sekolah di lokasi terpilih seluruh Semenanjung bertujuan membantu anak-anak ahli Peladang daripada golongan B40 (pendapatan isi rumah di bawah RM3,650 sebulan) untuk membuat persiapan menghadapi musim baru persekolahan.

Program ini telah dilancarkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub di bandar Muar, 13 Disember lalu dan akan berakhir hujung bulan ini.

Program khidmat sosial anjuran NAFAS itu memberi manfaat kepada 3,200 keluarga ahli Peladang. Setiap penerima diberi baucar bernilai RM100 hingga RM200 bagi membeli barangan keperluan sekolah di pusat membeli belah dan kedai pakaian terpilih.

Di MERBOK, Kedah, program Jom Ke Sekolah berlangsung di premis Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Merbok, 24 Disember lalu.

Program dirasmikan Pengerusi Peladangnita Kebangsaan, Dato' Hajah Rokiah Haji Hashim.

Hadir sama Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Kedah, Dr Azizi Mohd Atar dan Pengurus Besar PPK Merbok, Encik Ismihan Mohamed.

Seramai 300 orang anak ahli Peladang dari PPK Merbok, PPK Kuala Muda, PPK Kuala Ketil dan PPK Sungai Petani menerima baucar bernilai RM100 bagi membeli keperluan persekolahan di gedung pakaian Hari-Hari.

Dato' Rokiah ketika berucap berterimakasih kepada NAFAS kerana menyalurkan peruntukan khidmat sosial kepada para Peladang di kawasan Merbok.

Beliau berharap program seumpama ini diteruskan pada masa-masa akan datang.

Foto di atas : Dato' Rokiah diiringi tetamu jemputan menyampaikan baucar kepada anak-anak Peladang.

BTSKluang02 k
Haji Muhamad Said bersama anak-anak yang selesai membeli belah di Kluang.

Di KLUANG, Johor, majlis perasmian program Jom Ke Sekolah berlangsung di Dewan PPK Kluang, 24 Disember lalu.

Perasmian program disempurnakan Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, YB Muhamad Said bin Jonit yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mahkota.

Hadir sama Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPK Kluang, Misbah Misran dan Timbalan Pengurus Besar PPK Kluang, Mohd Zakri Zulkefli.

Seramai 150 pelajar anak ahli Peladang menerima baucar bernilai RM150 untuk membeli barangan kelengkapan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari Taman Intan, Kluang.

Muhamad Said berharap sumbangan itu dapat memberi semangat dan keceriaan bagi pelajar memulakan sesi persekolahan awal bulan hadapan.

Program Kembali Ke Sekolah turut bertandang ke daerah SIK, Kedah, 25 Disember lalu.

BTSSik03 k

Ibrahim berucap pada majlis perasmian Jom Ke Sekolah di pekarangan Pejabat Penyelaras Parlimen Sik.

Majlis dirasmikan Penyelaras Parlimen Sik, Encik Azli Che Uda bertempat di perkarangan Pejabat Penyelaras Parlimen Sik.

Seramai 50 orang pelajar terdiri daripada anak-anak ahli Peladang kawasan menerima baucar bernilai RM100.

Mereka kemudian membeli barangan keperluan sekolah di kedai Gemilang Utara Trading di pekan Sik.

Sumbangan untuk anak-anak Peladang kumpulan B40 ini diharap dapat membantu ibu bapa membuat persediaan menghadapi musim persekolahan baru.

Hadir sama di majlis perasmian Pegawai Perhubungan Peladang (PPP) Kedah, Ibrahim Suppian, Timbalan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sik, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Dun) Belantik dan Pegawai Khas Exco Agama Negeri Kedah, Ustaz Firdaus Jaafar.

BTSPasirMas04 k

Hisyamuddin dan tetamu jemputan mengiringi Haji Bahari menyampaikan sumbangan persekolahan kepada pelajar di SK Dato' Abdul Hamid (1) Pasir Mas.

Di PASIR MAS, Kelantan, Program Jom Ke Sekolah berlangsung di SK Dato' Abdul Hamid (1), Pasir Mas, pada pagi 26 Disember.

Majlis penyampaian sumbangan telah disempurnakan Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Encik Mohd. Hisyamuddin bin Ghazali.

Hadir sama Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Mas, Haji Bahari bin Daud.

Seramai 300 orang penerima telah menerima baucar pembelian bernilai RM100 setiap seorang bagi pembelian barangan kelengkapan sebagi persediaan permulaan sesi persekolahan tahun 2020.

BTSMelaka05 k

 Abdul Kalam menyampaikan baucar kepada keluarga Peladang di sebuah pasaraya di Jasin, Melaka.

Di JASIN, Melaka pada hari yang sama, berlangsung program Jom Ke Sekolah di perkarangan Pasaraya Borong Sakan, bandar baru Jasin.

Perasmian program disempurnakan Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Encik Abdul Kalam bin Hassan.

Seramai 150 orang anak ahli Peladang menerima baucar pembelian bernilai RM200 bagi membeli barangan kelengkapan sekolah.

Di majlis yang sama, Abdul Kalam turut mewakili NAFAS menyampaikan agihan wakalah zakat berjumlah RM20,000 kepada wakil PPK Merlimau, PPK Jasin, PPK Melaka Tengah, PPK Alor Gajah dan PPK Masjid Tanah dengan jumlah keseluruhan RM100,000.

Hadir sama Adun Sungai Rambai, Datuk Hasan Abd Rahman, Adun Rim, Datuk Wira Haji Ghazale Muhamad dan Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Melaka, Encik Mohd Noor bin Jantan.

 

14-03-2023
LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS
LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS

    14 MAC 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari...

Read more
26-01-2023
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH NAFAS
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH NAFAS

 26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)

Read more
02-12-2022
DATO’ KSU MAFI MENYEMPURNAKAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NAFAS-49
DATO’ KSU MAFI MENYEMPURNAKAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NAFAS-49

 30 NOVEMBER 2022 | HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 Tahun 2022 pada hari...

Read more
02-12-2022
SEKITAR BERLANGSUNGNYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) KALI KE 49 DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA
SEKITAR BERLANGSUNGNYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) KALI KE 49 DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA

  Tahniah & Syabas kepada semua Perwakilan Peladang daripada seluruh negara yang menjayakan mesyuarat agung kali ini

Read more
01-12-2022
URUSAN PERBANKAN DPK LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY
URUSAN PERBANKAN DPK LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY

Dana Peladang Kebangsaan (DPK) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana atas talian - JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan ahlinya.

Read more
13-08-2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022

  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat pameran-pameran di Pavilion Negeri sempena MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS

  MAHA Fun Fishing 2022 anjuran NAFAS berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi di Tasik MARDI, MAEPS. Tahniah kepada para pemenang anda memang hebat, macam-macam ikan ada!  

Read more
13-08-2022
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ

  Semuanya SEDAP! Demo masakan kali ini Chef Danish Harraz cipta resipi kek menggunakan produk strawberi jenama Peladang khas untuk para pengunjung MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS

  Dahsyat penangan Chef Danish Harraz sampai sesak Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS. Semua seronok sebab dapat rasa cheesecake strawberi dan brownies resipi istimewa menggunakan produk jenama Peladang.  

Read more
13-08-2022
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS

  Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee diiringi Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Haji Zamri Yaakob melawat ruang pameran NAFAS di Laman Mekanisasi, MAEPS.  

Read more
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 1, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 6144 1200   Fax : 03 6144 1399
Email : info[a]nafas.com.my
 
Pautan Laman

qr nafas static

Ikuti kami di :

fb icon s

twitter icon s ig icon s youtube icon s
 
Paparan terbaik menggunakan :
Mozilla Firefox 4.0++
Internet Explorer 8++
   Resolusi 1200 x 800
Statistik
Pelawat : click tracking
   
 

 

   
   

Hakcipta Terpelihara 2024 © Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)