BANDAR JENGKA, 28 Dis | Program Jom Ke Sekolah bagi negeri Pahang diadakan di Bandar Pusat Jengka, 28 Disember lalu.
Pada majlis itu, sejumlah 200 penerima terdiri daripada anak-anak ahli Peladang daripada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Chenor, Seri Kerdau dan Maran menerima baucar bernilai RM150 bagi membeli barangan kelengkapan persekolahan.
Foto di atas : Sidang media selepas majlis perasmian berakhir. |
Puan Normah berucap merasmikan program. |
Ahli Jemaah Pengarah (AJP) NAFAS, Puan Normah binti Yusof berucap merasmikan majlis yang berlangsung di SK Desa Jaya, dekat sini.
Puan Normah membantu seorang pelajar mengacu baju sekolah di sebuah kedai pakaian di Bandar Jengka. |
Beliau turut menyampaikan baucar kepada 10 pelajar sambil diiringi tetamu jemputan.
Hadir sama Pegawai Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Daerah Pahang Tengah, Zahari Yahya; Guru Besar SK Desa Jaya, Bandar Jengka, Zuraidah Abu Bakar; dan AJP PPK Chenor merangkap Pengarah Program, Haji Abdullah Yaakob.
Puan Normah ketika berucap berkata, program Kembali Ke Sekolah yang diadakan kali ini membabitkan anak ahli Peladang dan bukan ahli Peladang.
Beliau berharap bantuan yang diberikan dapat meringankan beban ibu bapa dan memberi semangat kepada para pelajar dalam menghadapi musim baru persekolahan.
Ibu bapa pelajar mendaftar diri. |
Program Jom Kembali Ke Sekolah ini bertujuan membantu meringankan beban keluarga berpendapatan rendah di kalangan ahli Peladang dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak.
Penerima bantuan bagi program ini adalah di kalangan kumpulan B40 melibatkan lebih 3,000 keluarga.
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menganjurkan program Prihatin Peladang Melaka yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan I pada 28 Ogos...
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengadakan perjumpaaan bersama Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Kota Damansara...
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee mengadakan lawatan kerja ke Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd (MNFSB) di Gurun, Kedah pada 22 Jun 2020. Malaysian NPK Fertilizer Sdn...
Read morePertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengumumkan pelantikan Dr. Anis Mahmud sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS yang baharu berkuatkuasa 15 Mei 2020. Pelantikan Dr. Anis yang juga Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian...
Read morePertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) buat julung kalinya menjalankan projek Tanaman Padi Bersepadu bersama Petronas di Kampung Namdam, Kubur Panjang, Kedah. Seramai 68 peserta terpilih untuk terlibat dalam mengusahakan 70 hektar sawah...
Read moreKOTA BHARU, 16 Feb | Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mazlan Aliman berkunjung ke pejabat Pengerusi KADA, Senator Datuk Husam Musa di ibu pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA),...
Read moreALOR SETAR, 13 Feb | Seusai menghadiri majlis penyerahan bantuan diesel jentera pengepam air untuk Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) seluruh Kedah dan Pulau Pinang di PPK PPK Aman C-III MADA...
Read moreALOR SETAR, 13 Feb | Program Bantuan Diesel jentera pengepam air bagi mengairi sawah padi di utara Semenanjung berlangsung di perkarangan premis Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Aman C-III MADA Tajar,...
Read moreAwal bulan ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub telah turun padang melawat kawasan IADA Rompin dan Sawah Endau, Johor. Beliau yang membuat lawatan tanpa para...
Read morePeruntukan sebanyak RM30,000 dari RM640,000 telah diperuntukkan kepada 150 penerima Jom Kembali ke Sekolah oleh NAFAS kepada pelajar asnaf di sekitar Dun Templer, pada tahun ini. NAFAS berusaha menjadikan pendidikan...
Read more