PUTRAJAYA, 6 Jan | Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengadakan pertemuan dengan para pelabur dari China khusus bagi membincangkan peluang pelaburan dan pemasaran input-input pertanian bagi kedua-dua negara.
Perjumpaan berlangsung di Wisma Tani, Putrajaya dan dihadiri Pengerusi NAFAS Dato' Haji Phahrolrazi Mohd Zawawi, Pengurus Besar NAFAS, Haji Ahmad Shaari dan para pegawai kanan NAFAS.
Foto di atas : Bergambar ramai seusai pertemuan. |
Pertemuan delegasi China dan NAFAS berlangsung di Wisma Tani. |
Dato' Phahrolrazi ketika berucap menyatakan keperluan Malaysia untuk menggunakan teknologi baru di bidang pertanian.
Industri pertanian negara, ujar beliau memerlukan jentera baru bagi tanaman padi untuk mencapai hasil tanaman yang lebih tinggi dan cekap.
Rombongan pelabur China itu kemudian meneruskan lawatan kerja ke Kuching.
Dato' Phahrolrazi, Haji Ahmad Shaari dan para pegawai kanan NAFAS bertemu delegasi China di Putrajaya. |
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) Julai tahun lalu mengumumkan cadangan untuk mengadakan kerjasama dengan China bagi membawa masuk teknologi baharu dalam usaha meningkatkan hasil tanaman padi di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, penggunaan teknologi moden dalam sektor tanaman padi di China telah membolehkan negara itu menghasilkan padi sehingga 8 tan sehektar selain berupaya menyimpan bekalan beras mencukupi untuk kegunaan kira-kira 1.4 bilion rakyatnya.
Menurut Salahuddin, semasa lawatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ke China tahun lalu yang turut disertai beliau, rombongan mendapat maklumat menarik bagaimana China mengekalkan bekalan padi selama setahun dan mencukupi untuk 1.4 bilion rakyatnya.
Pengerusi NAFAS menyampaikan cenderahati kepada wakil delegasi China. |
Beliau berkata, teknologi moden tanaman padi di China merangkumi keseluruhan rantaian nilai dalam sektor itu termasuk melihat kepada penggunaan dron serta teknologi 'Kecerdasan Buatan'.
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menganjurkan program Prihatin Peladang Melaka yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan I pada 28 Ogos...
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengadakan perjumpaaan bersama Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Kota Damansara...
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee mengadakan lawatan kerja ke Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd (MNFSB) di Gurun, Kedah pada 22 Jun 2020. Malaysian NPK Fertilizer Sdn...
Read morePertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengumumkan pelantikan Dr. Anis Mahmud sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS yang baharu berkuatkuasa 15 Mei 2020. Pelantikan Dr. Anis yang juga Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian...
Read morePertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) buat julung kalinya menjalankan projek Tanaman Padi Bersepadu bersama Petronas di Kampung Namdam, Kubur Panjang, Kedah. Seramai 68 peserta terpilih untuk terlibat dalam mengusahakan 70 hektar sawah...
Read moreKOTA BHARU, 16 Feb | Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mazlan Aliman berkunjung ke pejabat Pengerusi KADA, Senator Datuk Husam Musa di ibu pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA),...
Read moreALOR SETAR, 13 Feb | Seusai menghadiri majlis penyerahan bantuan diesel jentera pengepam air untuk Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) seluruh Kedah dan Pulau Pinang di PPK PPK Aman C-III MADA...
Read moreALOR SETAR, 13 Feb | Program Bantuan Diesel jentera pengepam air bagi mengairi sawah padi di utara Semenanjung berlangsung di perkarangan premis Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Aman C-III MADA Tajar,...
Read moreAwal bulan ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub telah turun padang melawat kawasan IADA Rompin dan Sawah Endau, Johor. Beliau yang membuat lawatan tanpa para...
Read morePeruntukan sebanyak RM30,000 dari RM640,000 telah diperuntukkan kepada 150 penerima Jom Kembali ke Sekolah oleh NAFAS kepada pelajar asnaf di sekitar Dun Templer, pada tahun ini. NAFAS berusaha menjadikan pendidikan...
Read more