logo-nafas

PELADANG DITIMPA MUSIBAH BANJIR TERIMA BANTUAN

SetiuResort01 kMajlis Penyampaian Bantuan Bencana Ahli Peladang Negeri Terengganu berlangsung di Peladang Setiu Agro Resort, Setiu, Terengganu, 31 Januari lalu.

Bantuan disampaikan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub kepada 29 pesawah daripada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Terengganu dan 18 pesawah daripada PPK Setiu.

Bantuan bernilai RM92,200 itu adalah dari Tabung Bantuan Bencana Agromakanan MoA.

Foto di atas : Salahuddin menyampaikan bantuan bencana kepada wakil PPK Setiu sambil diiringi para tetamu utama.

SetiuResort02 k
Para peladang dari seluruh Terengganu memenuhi dewan Peladang Setiu Agro Resort.

Banjir yang melanda Terengganu akhir tahun lalu mengakibatkan tanaman padi 29 pesawah di Kuala Terengganu musnah dengan anggaran nilai kerosakan berjumlah RM41,000.

Di Setiu, kerosakan tanaman padi yang ditanggung 18 pesawah dianggarkan berjumlah RM51,000.

Salahuddin turut menyampaikan kit bantuan banjir sumbangan NAFAS kepada wakil 11 PPK negeri Terengganu. Seramai 23 ahli peladang yang terjejas banjir pada akhir tahun lalu menerima bantuan.

Mereka yang terlibat ialah ahli PPK Setiu, Kerandang, Pelagat, Manir/Belara, Gerai, Maras/Batu Rakit, Kuala Berang, Kemaman, Dungun, Bukit Diman dan Marang.

Hadir sama pada majlis itu Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mazlan Aliman, Ketua Pengarah LPP, Puan Azulita Salim, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah (AJP) NAFAS, Dato' Haji Pahrolrazi Mohd Zawawi dan Ahli Parlimen Setiu, YB Tuan Shaharizukirnain Abd Kadir.

Turut hadir Ahli-ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Datuk Ahmad Bhari Abd Rahman, Senator Dr Yaakob Sapari, Encik Md Said Jonit, Encik Wan Kharizal Wan Khazim, Encik Ishak Taib, Puan Normah Yusof dan Encik Hisyamuddin Mohd Ghazali.

SetiuResort03 k

Seorang mangsa banjir menerima kit bantuan banjir yang disampaikan Salahuddin.

Salahuddin dalam ucapannya menyentuh tentang usaha kementerian untuk meningkatkan taraf hidup nelayan pantai di negara ini.

Menurut beliau, hasil daripada Operasi Naga yang dilaksanakan dengan kerjasama empat kementerian, ratusan kapal-kapal nelayan asing yang beroperasi secara haram telah ditahan dan sebahagiannya ditenggelamkan sebagai tukun.

Tindakan bersepadu ini, tegas beliau telah memberi kesan kepada nelayan pantai apabila hasil laut semakin meningkat.

Kementerian juga, tambah beliau telah mewujudkan 132 pasar nelayan dan mensasar mewujudkan 200 pasar nelayan di seluruh negara pada tahun ini.

Ikan-ikan yang ditangkap nelayan, ujarnya dijual sendiri oleh isteri dan anak-anak mereka di pasar nelayan.

Salahuddin turut menjelaskan rancangan kementerian untuk memastikan setiap jeti nelayan mempunyai pasar nelayan bagi meningkatkan pendapatan nelayan pantai disamping orang ramai dapat membeli hasil laut dengan harga berpatutan.

SetiuResort04 k

YB Menteri mengambil kesempatan beramah mesra dengan para peladang seusai majlis.

Pada majlis yang sama, beliau turut mengumumkan skim pinjaman mikrokredit Agrobank yang memberi kemudahan pinjaman serendah RM1000 hingga RM300,000 kepada golongan sasaran B40 yang melaksanakan projek pertanian, penternakan dan pengeluaran makanan.

Dengan geran RM100 juta oleh Petronas, beliau yakin skim pinjaman ini mampu memberi manfaat kepada anak muda dan golongan wanita.

Dato' Mazlan ketika berucap mengucapkan terima kasih kepada NAFAS dan Agrobank kerana sering memberikan sumbangan bagi program tanggung jawab sosial (CSR).

Beliau juga berharap agar para pemimpin peladang di semua peringkat dapat mengenepikan perbezaan politik bagi memberi fokus kepada usaha menaik taraf sosioekonomi masyarakat peladang.

 

02-09-2020
NAFAS SUMBANG RM100,000 KEPADA ASNAF DI MELAKA
NAFAS SUMBANG RM100,000 KEPADA ASNAF DI MELAKA

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menganjurkan program Prihatin Peladang Melaka yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan I pada 28 Ogos...

Read more
24-07-2020
MENTERI MAFI ADAKAN PERJUMPAAN DENGAN PENGERUSI PPN DAN AJP NAFAS
MENTERI MAFI ADAKAN PERJUMPAAN DENGAN PENGERUSI PPN DAN AJP NAFAS

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengadakan perjumpaaan bersama Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Kota Damansara...

Read more
25-06-2020
DATUK SERI DR. RONALD KIANDEE LAWAT KILANG MNFSB, GURUN
 DATUK SERI DR. RONALD KIANDEE LAWAT KILANG MNFSB, GURUN

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee mengadakan lawatan kerja ke Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd (MNFSB) di Gurun, Kedah pada 22 Jun 2020. Malaysian NPK Fertilizer Sdn...

Read more
01-06-2020
DR. ANIS - TKSU MOA DILANTIK TERAJUI NAFAS
DR. ANIS - TKSU MOA DILANTIK TERAJUI NAFAS

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengumumkan pelantikan Dr. Anis Mahmud sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS yang baharu berkuatkuasa 15 Mei 2020. Pelantikan Dr. Anis yang juga Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian...

Read more
16-03-2020
NAFAS & PETRONAS TURUN KE BENDANG
NAFAS & PETRONAS TURUN KE BENDANG

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) buat julung kalinya menjalankan projek Tanaman Padi Bersepadu bersama Petronas di Kampung Namdam, Kubur Panjang, Kedah. Seramai 68 peserta terpilih untuk terlibat dalam mengusahakan 70 hektar sawah...

Read more
18-02-2020
LPP, KADA DAN NAFAS SEDIA BANGUNKAN SEKTOR PERTANIAN KELANTAN
LPP, KADA DAN NAFAS SEDIA BANGUNKAN SEKTOR PERTANIAN KELANTAN

KOTA BHARU, 16 Feb | Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mazlan Aliman berkunjung ke pejabat Pengerusi KADA, Senator Datuk Husam Musa di ibu pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA),...

Read more
18-02-2020
PROJEK TANAMAN PADI WANGI 88 TINGKAT PENDAPATAN PESAWAH
PROJEK TANAMAN PADI WANGI 88 TINGKAT PENDAPATAN PESAWAH

ALOR SETAR, 13 Feb | Seusai menghadiri majlis penyerahan bantuan diesel jentera pengepam air untuk Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) seluruh Kedah dan Pulau Pinang di PPK PPK Aman C-III MADA...

Read more
18-02-2020
NAFAS SERAH BANTUAN DIESEL UNTUK PESAWAH MENGAIRI BENDANG
NAFAS SERAH BANTUAN DIESEL UNTUK PESAWAH MENGAIRI BENDANG

ALOR SETAR, 13 Feb | Program Bantuan Diesel jentera pengepam air bagi mengairi sawah padi di utara Semenanjung berlangsung di perkarangan premis Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Aman C-III MADA Tajar,...

Read more
11-02-2020
TANPA PEGAWAI, MENTERI SELAMI MASALAH PESAWAH
TANPA PEGAWAI, MENTERI SELAMI MASALAH PESAWAH

Awal bulan ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub telah turun padang melawat kawasan IADA Rompin dan Sawah Endau, Johor. Beliau yang membuat lawatan tanpa para...

Read more
05-02-2020
PERUNTUKAN RM640,000 SEMPENA JOM KEMBALI KE SEKOLAH
PERUNTUKAN RM640,000 SEMPENA JOM KEMBALI KE SEKOLAH

Peruntukan sebanyak RM30,000 dari RM640,000 telah diperuntukkan kepada 150 penerima Jom Kembali ke Sekolah oleh NAFAS kepada pelajar asnaf di sekitar Dun Templer, pada tahun ini. NAFAS berusaha menjadikan pendidikan...

Read more
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 1, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 6144 1200   Fax : 03 6144 1399
Email : info[a]nafas.com.my
 
Pautan Laman

qr nafas static

Ikuti kami di :

fb icon s

twitter icon s ig icon s youtube icon s
 
Paparan terbaik menggunakan :
Mozilla Firefox 4.0++
Internet Explorer 8++
   Resolusi 1200 x 800
Statistik
Pelawat : click tracking
   
 

 

   
   

Hakcipta Terpelihara 2020 © Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)