Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) buat julung kalinya menjalankan projek Tanaman Padi Bersepadu bersama Petronas di Kampung Namdam, Kubur Panjang, Kedah.
Seramai 68 peserta terpilih untuk terlibat dalam mengusahakan 70 hektar sawah padi.
Kampung Namdam dipilih sebagai lokasi projek sulung Pengurusan Tanaman Padi Bersepadu (PTPB) yang bermula April ini bagi musim penanaman padi 01/2020 yang dijangka menuai hasil menjelang September.
Objektif PTPB dilaksanakan bagi peningkatan hasil tanaman padi per hektar sekaligus meningkatkan taraf pendapatan petani khususnya di kawasan yang berdepan dengan cabaran struktur tanah yang tidak stabil, pengairan yang tidak sempurna dan musim kemarau yang kerap melanda negara pada pada bulan November dan Disember sehingga menjejaskan hasil tanaman padi.
Penglibatan agensi seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Pertanian (DOA), MARDI, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) serta Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dilihat dapat merealisasikan matlamat pelaksanaan projek PTPB ini.
Projek PTPB juga merupakan sebahagian dari aktiviti dalam rantaian Industri Padi dan Beras NAFAS di bawah Kumpulan Perancangan Strategik NAFAS.
Adalah diharap dengan adanya PTPB ini, secara tidak langsung dapat menarik penglibatan peladang muda dalam pertanian moden.
Dalam satu perjumpaan & taklimat bersama peserta PTPB yang berlangsung pada 11 Mac 2020, Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kubur Panjang mengalu-alukan usahasama NAFAS dan Petronas dalam memodenkan sektor pertanian di Kubur Panjang.
Hadir sama Pengurus Besar NAFAS, Tuan Haji Ahmad bin Shaari, wakil Petronas, Encik Shaharudin bin Bakar, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Kedah, Dr. Mohamad Azizi bin Mohd Atar, Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan Kubur Panjang, Tuan Haji Baharom bin Bahkhori.
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menganjurkan program Prihatin Peladang Melaka yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan I pada 28 Ogos...
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengadakan perjumpaaan bersama Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Kota Damansara...
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee mengadakan lawatan kerja ke Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd (MNFSB) di Gurun, Kedah pada 22 Jun 2020. Malaysian NPK Fertilizer Sdn...
Read morePertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengumumkan pelantikan Dr. Anis Mahmud sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS yang baharu berkuatkuasa 15 Mei 2020. Pelantikan Dr. Anis yang juga Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian...
Read morePertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) buat julung kalinya menjalankan projek Tanaman Padi Bersepadu bersama Petronas di Kampung Namdam, Kubur Panjang, Kedah. Seramai 68 peserta terpilih untuk terlibat dalam mengusahakan 70 hektar sawah...
Read moreKOTA BHARU, 16 Feb | Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mazlan Aliman berkunjung ke pejabat Pengerusi KADA, Senator Datuk Husam Musa di ibu pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA),...
Read moreALOR SETAR, 13 Feb | Seusai menghadiri majlis penyerahan bantuan diesel jentera pengepam air untuk Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) seluruh Kedah dan Pulau Pinang di PPK PPK Aman C-III MADA...
Read moreALOR SETAR, 13 Feb | Program Bantuan Diesel jentera pengepam air bagi mengairi sawah padi di utara Semenanjung berlangsung di perkarangan premis Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Aman C-III MADA Tajar,...
Read moreAwal bulan ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub telah turun padang melawat kawasan IADA Rompin dan Sawah Endau, Johor. Beliau yang membuat lawatan tanpa para...
Read morePeruntukan sebanyak RM30,000 dari RM640,000 telah diperuntukkan kepada 150 penerima Jom Kembali ke Sekolah oleh NAFAS kepada pelajar asnaf di sekitar Dun Templer, pada tahun ini. NAFAS berusaha menjadikan pendidikan...
Read more