logo-nafas

KADAR DIVIDEN SPKP, DANA PELADANG KEBANGSAAN 8 PERATUS BAGI TAHUN 2020

pengumuman dividen dpk 2020 02PUTRAJAYA, 10 September 2021 - Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, mengumumkan agihan kadar dividen Skim Pelaburan Khas Peladang (SPKP), Dana Peladang Kebangsaan (DPK) di bawah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bagi tahun kewangan berakhir 2020 adalah sebanyak lapan peratus (8%).

Dr Ronald berkata DPK mencatatkan keuntungan sebanyak RM9.05 juta dengan keseluruhan nilai agihan dividen adalah berjumlah RM7.6 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.

DPK mampu memberikan pulangan yang kompetitif dan melebihi kadar inflasi secara konsisten dengan purata dividen sebenar sebanyak 8.8% bagi lima (5) tahun secara berturut-turut semenjak tahun 2016 serta mencatatkan keuntungan konsisten setiap tahun berkenaan dengan margin untung bersih melebihi 80%.

MAFI mengucapkan tahniah kepada NAFAS atas prestasi cemerlang bagi tahun 2020 dapat memberikan kadar dividen yang kompetitif kepada para pelabur SPKP, DPK.

"Meskipun tahun 2020 merupakan tahun yang sukar berikutan ketidaktentuan pasaran akibat penularan pandemik COVID-19, NAFAS melalui DPK telah terus fokus kepada strategi pembiayaan dan kepelbagaian portfolio perbendaharaan bagi memberikan daya tahan dan pulangan yang memberangsangkan kepada ahli-ahlinya," kata Dr Ronald.

Tambah beliau, ahli-ahli pertubuhan peladang di seluruh negara digalakkan untuk melabur bersama SPKP, DPK bagi menikmati pelbagai manfaat tambahan dalam membantu meningkatkan sumber ekonomi warga tani sekaligus mengukuhkan sektor pertanian negara secara keseluruhannya.

Pada masa yang sama, pertubuhan peladang juga digalakkan untuk menambah jumlah pelaburan sedia ada yang dapat memberikan manfaat pulangan terbaik untuk seluruh ahlinya.


pengumuman dividen dpk 2020 03

Dr Ronald berkata demikian pada Majlis Pengumuman Agihan Dividen Skim Pelaburan Khas Peladang (SPKP), Dana Peladang Kebangsaan (DPK), NAFAS Tahun 2020 di Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Putrajaya, hari ini.

Turut hadir YB Datuk Seri Haji Ahmad Bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, YB Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, YBhg. Dato' Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha MAFI, YBrs. En Nik Mohd Shaharil Nik Hashim, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Lembaga Pertubuhan Peladang dan YBrs. Tuan Haji Abu Sujak bin Sahuji, Pengurus Besar NAFAS. Pengerusi-Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) juga menghadiri majlis ini secara maya.

Tujuan penubuhan DPK secara umumnya adalah bagi menyediakan perkhidmatan kewangan yang kompetitif serta menggembleng dana untuk diagihkan dalam bentuk pembiayaan dan pelaburan usahasama kepada ahli serta rangkaian Pertubuhan Peladang. Ia melibatkan NAFAS, 14 Pertubuhan Peladang Negeri, 279 Pertubuhan Peladang Kawasan dan hampir 1 juta ahli peladang berdaftar di seluruh negara.

DPK telah membiayai beberapa projek stesen minyak antaranya Petronas dan Petron selain turut membiayai projek-projek tanaman semula ladang sawit, tanaman fertigasi, pembelian jentera pertanian serta modal pusingan ternakan ayam. DPK sejak dilancarkan pada 17 Disember 2012 sehingga Jun 2021 telah menguruskan aset lebih RM210 juta.

NAFAS melalui DPK sentiasa berusaha mempertingkatkan prestasi untuk menjadi lebih kukuh dengan mempelbagaikan aktiviti pelaburan dengan alternatif pelaburan yang berisiko rendah dan sederhana rendah serta meneroka produk pembiayaan baharu. Manfaat dari perkara itu, para pelabur akan berpeluang untuk menikmati dividen yang lebih konsisten setiap tahun.

 

 

23-09-2021
LAWATAN KERJA PENGERUSI AHLI JEMAAH PENGARAH NAFAS KE MEDAN JUARA SDN. BHD.
LAWATAN KERJA PENGERUSI AHLI JEMAAH PENGARAH NAFAS KE MEDAN JUARA SDN. BHD.

Johor, 23 September 2021 - YH. Dato' Zamri bin Yaakob, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS mengadakan lawatan kerja ke Medan Juara Sdn. Bhd. Lawatan kerja ini bertujuan meninjau sendiri tapak dan tempat...

Read more
19-09-2021
PENGURUSAN TANAMAN PADI BERSEPADU NAFAS-PETRONAS TINGKATKAN HASIL PADI MUSIM 1/2021
PENGURUSAN TANAMAN PADI BERSEPADU NAFAS-PETRONAS TINGKATKAN HASIL PADI MUSIM 1/2021

Pendang, 19 September 2021 - Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Yang Berhormat Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh pada hari ini menyempurnakan Majlis Perasmian Musim Menuai Program Pengurusan Tanaman Padi...

Read more
10-09-2021
KADAR DIVIDEN SPKP, DANA PELADANG KEBANGSAAN 8 PERATUS BAGI TAHUN 2020
KADAR DIVIDEN SPKP, DANA PELADANG KEBANGSAAN 8 PERATUS BAGI TAHUN 2020

PUTRAJAYA, 10 September 2021 - Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, mengumumkan agihan kadar dividen Skim Pelaburan Khas Peladang (SPKP), Dana Peladang Kebangsaan (DPK) di bawah...

Read more
02-05-2021
MAJLIS SERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN KEPADA DYMM TUANKU SULTAN SELANGOR
MAJLIS SERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN KEPADA DYMM TUANKU SULTAN SELANGOR

2 Mei 2021 | Shah Alam - NAFAS menyempurnakan tanggungjawab zakat perniagaan bagi Negeri Selangor dengan penyerahan zakat sebanyak lebih RM 2.59 juta kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor.Simbolik penyerahan disampaikan...

Read more
26-04-2021
KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA JAWATANKUASA PENYELARAS PENGERUSI-PENGERUSI PPK MADA KE PEJABAT PENGURUS BESAR NAFAS
KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA JAWATANKUASA PENYELARAS PENGERUSI-PENGERUSI PPK MADA KE PEJABAT PENGURUS BESAR NAFAS

Isnin | 26 APRIL 2021 - Jawatankuasa Penyelaras Pengerusi-Pengerusi PPK MADA menyatakan sokongan terhadap usaha NAFAS dalam memastikan Industri Padi Beras Negara berkembang maju seiring dengan halatuju yang telah ditetapkan oleh...

Read more
30-03-2021
PROGRAM JOM KE SEKOLAH PPK BELURAN BERSAMA MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN
PROGRAM JOM KE SEKOLAH PPK BELURAN BERSAMA MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN

Selasa | 30 Mac 2021 - Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan telah menyampaikan sumbangan kelengkapan persekolahan dalam Program Jom Ke Sekolah di Beluran Sabah. Seramai 7,000...

Read more
18-03-2021
MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA NAFAS DAN ENSPIRE VENTURES SDN BHD
MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA NAFAS DAN ENSPIRE VENTURES SDN BHD

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara NAFAS dan Enspire Ventures Sdn Bhd telah berlansung di Dewan Utama NAFAS hari ini diwakili oleh Pengerusi Ahli jemaah Pengarah NAFAS Ybhg. Dr. Anis bin...

Read more
09-01-2021
PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH PARLIMEN JASIN
PROGRAM KEMBALI KE SEKOLAH PARLIMEN JASIN

9 Januari 2021 - Seramai 450 orang pelajar dari kawasan Parlimen Jasin telah menerima bantuan sumbangan kelengakapan persekolahan di dalam satu Program Kembali Ke Sekolah Parlimen Jasin yang disampaikan oleh YB...

Read more
08-01-2021
PENGGUNAAN TREKBPS MEMANFAATKAN AHLI PELADANG
PENGGUNAAN TREKBPS MEMANFAATKAN AHLI PELADANG

Penggunaan teknologi dalam pertanian dipelopori oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan seiring dengan perkembangan dunia saban tahun sekaligus membawa hasrat kerajaan untuk memacu industri pertanian ke arah teknologi berdaya tinggi. Dengan...

Read more
07-01-2021
AYAM SEJUK BEKU NAFAS FOOD PROCESSING & MARKETING SDN BHD KINI DI STESEN PETRONAS
AYAM SEJUK BEKU NAFAS FOOD PROCESSING & MARKETING SDN BHD KINI DI STESEN PETRONAS

7 JANUARI 2021 | PRIMA KAJANG, SELANGOR - Ayam sejuk beku keluaran NAFAS Food kini boleh didapati di stesen minyak Petronas yang terpilih menerusi program Segar@Mesra hasil kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam...

Read more
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 1, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 6144 1200   Fax : 03 6144 1399
Email : info[a]nafas.com.my
 
Pautan Laman

qr nafas static

Ikuti kami di :

fb icon s

twitter icon s ig icon s youtube icon s
 
Paparan terbaik menggunakan :
Mozilla Firefox 4.0++
Internet Explorer 8++
   Resolusi 1200 x 800
Statistik
Pelawat : click tracking
   
 

 

   
   

Hakcipta Terpelihara 2021 © Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)