logo-nafas

PELADANG DISARAN TIDAK BERGANTUNG PADA HASIL KOMODITI

waletbeluran07k
BELURAN, 17 Okt | Para peladang disaran tidak terlalu bergantung kepada hasil komoditi seperti kelapa sawit malah perlu mengusahakan bidang lain yang mampu mendatangkan hasil lumayan sekaligus mengubah taraf hidup mereka. Berucap pada majlis perasmian Karnival Sarang Burung Walet 2019 Daerah Beluran, 17 Oktober lalu, Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Beluran, Datuk James Ratib menyeru peladang khususnya di kawasan itu supaya menceburi bidang ternakan burung walet yang terbukti mampu memberikan pulangan yang baik.

Selanjutnya...

USAHA PERKASAKAN 7,400 UNIT PELADANG SELURUH NEGARA

PeladangJohor09kPONTIAN, 12 Okt | Pemerkasaan Unit Peladang perlu dilakukan bertujuan membuka ruang dan potensi projek-projek di peringkat akar umbi, kata Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mazlan Aliman. Sehubungan itu, jelas beliau, satu kertas kerja bagi memperkasakan 7,400 Unit Peladang sedang dirangka Bahagian Perancangan LPP dan bakal dibentangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengarah LPP dalam masa terdekat. "Tumpuan membantu peladang di akar umbi mesti digerakkan. Mereka ada tanah tapi ketiadaan modal. Mereka ada minat dan ingin terlibat dalam sektor pertanian. Justeru, bantuan dan bimbingan dalam bentuk modal, kepakaran dan latihan harus digembleng bersama (untuk mencapai hasrat ini)," ujar beliau. Mazlan berucap merasmikan program Mesra Peladang Johor di Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pontian Selatan, dekat sini, 12 Oktober lalu.

Selanjutnya...

TAMBAH BAJET SEKTOR PERTANIAN BUKTI KERAJAAN PRIHATIN NASIB PELADANG

PeladangJohor08k
PONTIAN, 12 Okt | Tindakan kerajaan menambah peruntukan lebih setengah billion ringgit kepada sektor pertanian dalam Bajet 2020 berbanding Bajet 2019 membuktikan komitmen tinggi kerajaan untuk membantu golongan peladang, kata Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Muhamad Said Jonit. Berucap menyampaikan kata-kata aluan pada majlis Mesra Peladang Johor di Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pontian Selatan, 12 Oktober lalu, Muhamad Said yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mahkota berkata, NAFAS sering memikirkan program terbaik untuk para peladang meningkat taraf hidup mereka.

Selanjutnya...

14-03-2023
LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS
LAWATAN MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN KE NAFAS

    14 MAC 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari...

Read more
26-01-2023
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH NAFAS
MAJLIS MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH NAFAS

 26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)

Read more
02-12-2022
DATO’ KSU MAFI MENYEMPURNAKAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NAFAS-49
DATO’ KSU MAFI MENYEMPURNAKAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN NAFAS-49

 30 NOVEMBER 2022 | HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 Tahun 2022 pada hari...

Read more
02-12-2022
SEKITAR BERLANGSUNGNYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) KALI KE 49 DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA
SEKITAR BERLANGSUNGNYA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERTUBUHAN PELADANG KEBANGSAAN (NAFAS) KALI KE 49 DI HOTEL THE EVERLY, PUTRAJAYA

  Tahniah & Syabas kepada semua Perwakilan Peladang daripada seluruh negara yang menjayakan mesyuarat agung kali ini

Read more
01-12-2022
URUSAN PERBANKAN DPK LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY
URUSAN PERBANKAN DPK LEBIH MUDAH DENGAN JOMPAY

Dana Peladang Kebangsaan (DPK) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana atas talian - JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan ahlinya.

Read more
13-08-2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022
LAWATAN PM DI MAHA 2022

  Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat pameran-pameran di Pavilion Negeri sempena MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS
MAHA FUN FISHING 2022 ANJURAN NAFAS

  MAHA Fun Fishing 2022 anjuran NAFAS berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi di Tasik MARDI, MAEPS. Tahniah kepada para pemenang anda memang hebat, macam-macam ikan ada!  

Read more
13-08-2022
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ
DEMO MASAKAN CHEF DANISH HARRAZ

  Semuanya SEDAP! Demo masakan kali ini Chef Danish Harraz cipta resipi kek menggunakan produk strawberi jenama Peladang khas untuk para pengunjung MAHA 2022.  

Read more
13-08-2022
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS
CHEF DANISH DI PAVILION NAFAS

  Dahsyat penangan Chef Danish Harraz sampai sesak Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS. Semua seronok sebab dapat rasa cheesecake strawberi dan brownies resipi istimewa menggunakan produk jenama Peladang.  

Read more
13-08-2022
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS
YB MENTERI PERTANIAN MELAWAT RUANG PAMERAN NAFAS DI LAMAN MEKANISASI, MAEPS

  Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee diiringi Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Haji Zamri Yaakob melawat ruang pameran NAFAS di Laman Mekanisasi, MAEPS.  

Read more
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)
Lot 1, Jalan Teknologi 3/5,
Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03 6144 1200   Fax : 03 6144 1399
Email : info[a]nafas.com.my
 
Pautan Laman

qr nafas static

Ikuti kami di :

fb icon s

twitter icon s ig icon s youtube icon s
 
Paparan terbaik menggunakan :
Mozilla Firefox 4.0++
Internet Explorer 8++
   Resolusi 1200 x 800
Statistik
Pelawat : click tracking
   
 

 

   
   

Hakcipta Terpelihara 2024 © Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)