Konvensyen Padi Kebangsaan 2019 telah berlangsung di Tabung Haji Convention Centre, Alor Setar pada 10 September lalu. Konvensyen ini telah dirasmikan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan dihadiri 400 peserta. Ia diadakan sebagai platform para pengusaha rantaian nilai industri padi negara untuk berbincang tentang pengurusan berskala besar dan keupayaan teknologi ke arah perusahaan padi secara komersial. Konvensyen ini telah menarik kehadiran 260 peladang dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak juga lebih 100 pegawai agensi kerajaan yang terlibat dalam pengurusan padi antaranya MADA, KADA, IADA, Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS). Turut serta 40 wakil syarikat swasta dan pemain industri dalam rantaian padi dan beras seperti syarikat agrokimia, pengilang padi dan pembekal perkhidmatan.
Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menganjurkan Program Kasih Peladang Kedah di Dewan Masjid Sungai Baru Gunong, di sini pada 24 Ogos 2019 (Sabtu). Program disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Ir Amiruddin bin Hamzah, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia. Turut hadir, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Yang Berhormat Dato’ Phahrolrazi bin Mohd Zawawi, Ahli-ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Yang Berbahagia Dato’ Ahmad Bhari bin Abd Rahman, Yang Mulia Dato’ Tengku Aziz bin Tengku Jaafar dan Yang Berusaha Ishak bin Taib serta Pengurus Besar NAFAS, Tuan Haji Ahmad bin Shaari.
Program Reformasi Peladang Kluang yang telah dilaksanakan selama 2 hari bermula 21-22 Jun 2019 bukti kerajaan Pakatan Harapan serius dalam membawa agenda reformasi khususnya dalam sektor pertanian. Perkara ini disentuh sendiri oleh YB Tuan Haji Tosrin Javanthi, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar dalam ucapan beliau semasa merasmikan Program Reformasi Peladang Kluang di Persiaran Dato' Haji Ismail Hassan dihadapan 500 orang peladang yang hadir ke majlis tersebut.
14 MAC 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu lawatan kerja yang pertama ke ibu pejabat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) di Kota Damansara pada hari...
Read more26 JANUARI 2023 | IBU PEJABAT, NAFAS Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) terus komited dalam usaha meningkatkan integriti warga peladang agar bebas daripada gejala rasuah menerusi Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR)
Read more30 NOVEMBER 2022 | HOTEL EVERLY, PUTRAJAYA Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS ke-49 Tahun 2022 pada hari...
Read moreTahniah & Syabas kepada semua Perwakilan Peladang daripada seluruh negara yang menjayakan mesyuarat agung kali ini
Read moreDana Peladang Kebangsaan (DPK) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana atas talian - JomPAY sebagai sebahagian daripada usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh (touchpoints) untuk kemudahan ahlinya.
Read morePerdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meluangkan masa melawat pameran-pameran di Pavilion Negeri sempena MAHA 2022.
Read moreMAHA Fun Fishing 2022 anjuran NAFAS berlangsung dengan penuh meriah pagi tadi di Tasik MARDI, MAEPS. Tahniah kepada para pemenang anda memang hebat, macam-macam ikan ada!
Read moreSemuanya SEDAP! Demo masakan kali ini Chef Danish Harraz cipta resipi kek menggunakan produk strawberi jenama Peladang khas untuk para pengunjung MAHA 2022.
Read moreDahsyat penangan Chef Danish Harraz sampai sesak Pavilion NAFAS @ Hall A, MAEPS. Semua seronok sebab dapat rasa cheesecake strawberi dan brownies resipi istimewa menggunakan produk jenama Peladang.
Read moreMenteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee diiringi Pengerusi Jemaah Pengarah NAFAS, YH. Dato’ Haji Zamri Yaakob melawat ruang pameran NAFAS di Laman Mekanisasi, MAEPS.
Read more