Pengumuman dan hebahan terkini berkaitan informasi dan aktiviti NAFAS & syarikat subsidiari.
Untuk makluman kepada Jawatankuasa Kumpulan Peladang Nita dan Peladang Muda Peringkat Kebangsaan, Negeri serta Kawasan Logo boleh di Muat Turun dalam format PNG/JPG di Media > Muat Turun
BERMINAT UNTUK TERUS DIMASUKKAN DI DALAM SENARAI PEMBIDA???
Pihak NAFAS akan e-mail kepada anda pada bila-bila masa sahaja untuk pelawaan sebutharga sekiranya terdapat bukaan tender/sebutharga yang ...
Borang permohonan untuk penggunaan jenama PELADANG boleh dimuat turun di bahagian menu MEDIA>MUAT TURUN laman web NAFAS.
7 JANUARI 2021 | PRIMA KAJANG, SELANGOR - Ayam sejuk beku keluaran NAFAS Food kini boleh didapati di stesen minyak Petronas yang terpilih menerusi program Segar@Mesra hasil kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan bersama Petronas.
Produk ayam sejuk beku yang dibekalkan oleh Nafas Food Processing & Marketing Sdn. Bhd. menyediakan 5 jenis produk iaitu, Ayam Bulat, Ayam Potong, Peha Ayam Tanpa Tulang dan Filet Ayam. Produk lain seperti ikan turut disediakan oleh NEKMAT manakala sayuran dan buah-buahan segar oleh FAMA.
Program hasil idea dan inisiatif asal oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna adalah untuk memberi penekanan kepada memanfaatkan para petani, penternak dan nelayan tempatan.
3 JANUARI 2021 | MRSM Tumpat Kelantan - Seramai 450 orang pelajar di Kawasan Tumpat Kelantan telah menerima sumbangan bantuan back to school yang disampaikan oleh YB Dato’ Hj Che Abdullah bin Mat Nawi Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan di MRSM Tumpat Kelantan.
Sumbangan ini merupakan inisiatif NAFAS di dalam program CSR NAFAS sebagai satu usaha membantu meringankan beban persiapan kelengkapan ke sekolah kepada 3000 orang pelajar di seluruh negara yang terjejas akibat pandemik covid 19.