Pengumuman dan hebahan terkini berkaitan informasi dan aktiviti NAFAS & syarikat subsidiari.
Untuk makluman kepada Jawatankuasa Kumpulan Peladang Nita dan Peladang Muda Peringkat Kebangsaan, Negeri serta Kawasan Logo boleh di Muat Turun dalam format PNG/JPG di Media > Muat Turun
BERMINAT UNTUK TERUS DIMASUKKAN DI DALAM SENARAI PEMBIDA???
Pihak NAFAS akan e-mail kepada anda pada bila-bila masa sahaja untuk pelawaan sebutharga sekiranya terdapat bukaan tender/sebutharga yang ...
Borang permohonan untuk penggunaan jenama PELADANG boleh dimuat turun di bahagian menu MEDIA>MUAT TURUN laman web NAFAS.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengadakan perjumpaaan bersama Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) dan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Kota Damansara pada 23 Julai 2020.
Perjumpaan diadakan bersama 14 Pengerusi PPN dan sebelas AJP NAFAS yang buat julung kalinya diadakan bagi membincangkan mengenai halatuju dan perancangan Pertubuhan Peladang dan NAFAS untuk ke hadapan. Hadir sama dalam perjumpaan itu, Pengerusi AJP NAFAS, Dr. Anis Mahmud yang juga Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) MAFI.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee mengadakan lawatan kerja ke Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd (MNFSB) di Gurun, Kedah pada 22 Jun 2020.
Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd (MNFSB) merupakan syarikat usahasama Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Petronas Chemicals Fertilizer Kedah Sdn. Bhd. mula beroperasi pada tahun 2005.