Pengumuman dan hebahan terkini berkaitan informasi dan aktiviti NAFAS & syarikat subsidiari.
Untuk makluman kepada Jawatankuasa Kumpulan Peladang Nita dan Peladang Muda Peringkat Kebangsaan, Negeri serta Kawasan Logo boleh di Muat Turun dalam format PNG/JPG di Media > Muat Turun
BERMINAT UNTUK TERUS DIMASUKKAN DI DALAM SENARAI PEMBIDA???
Pihak NAFAS akan e-mail kepada anda pada bila-bila masa sahaja untuk pelawaan sebutharga sekiranya terdapat bukaan tender/sebutharga yang ...
Borang permohonan untuk penggunaan jenama PELADANG boleh dimuat turun di bahagian menu MEDIA>MUAT TURUN laman web NAFAS.
KOTA DAMANSARA, 27 Dis | Bagi memenuhi tanggung jawab sosial korporatnya, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) melaksanakan program Jom Ke Sekolah di lokasi terpilih seluruh Semenanjung bertujuan membantu anak-anak ahli Peladang daripada golongan B40 (pendapatan isi rumah di bawah RM3,650 sebulan) untuk membuat persiapan menghadapi musim baru persekolahan.
Program ini telah dilancarkan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub di bandar Muar, 13 Disember lalu dan akan berakhir hujung bulan ini.
Program khidmat sosial anjuran NAFAS itu memberi manfaat kepada 3,200 keluarga ahli Peladang. Setiap penerima diberi baucar bernilai RM100 hingga RM200 bagi membeli barangan keperluan sekolah di pusat membeli belah dan kedai pakaian terpilih.
YAN, 23 Dis | Program Jom Ke Sekolah anjuran Petubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bagi negeri Kedah dimulakan di perkarangan Pusat Khidmat Dun Sungai Limau, dekat sini, 23 Disember lalu.
Sumbangan disampaikan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Dato' Phahrolrazi Mohd Zawawi. Hadir sama, Penyelaras Dun Sg Limau, Zahran bin Dato' Paduka Abdullah.
Selain sumbangan NAFAS kepada 50 pelajar melalui program Jom Kembali Ke Sekolah, di majlis yang sama Kerajaan Negeri Kedah juga menyampaikan bantuan persekolahan kepada 100 pelajar, bantuan melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kepada 53 bakal siswa dan khairat kematian kepada 50 waris.