Pengumuman dan hebahan terkini berkaitan informasi dan aktiviti NAFAS & syarikat subsidiari.
Untuk makluman kepada Jawatankuasa Kumpulan Peladang Nita dan Peladang Muda Peringkat Kebangsaan, Negeri serta Kawasan Logo boleh di Muat Turun dalam format PNG/JPG di Media > Muat Turun
BERMINAT UNTUK TERUS DIMASUKKAN DI DALAM SENARAI PEMBIDA???
Pihak NAFAS akan e-mail kepada anda pada bila-bila masa sahaja untuk pelawaan sebutharga sekiranya terdapat bukaan tender/sebutharga yang ...
Borang permohonan untuk penggunaan jenama PELADANG boleh dimuat turun di bahagian menu MEDIA>MUAT TURUN laman web NAFAS.
BATU PAHAT, 19 Dis | Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menganjurkan Program Kasih Peladang Johor di premis Pertubuhan Peladang Kawasan Senggarang, dekat sini.
Perasmian program disempurnakan Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, YB Muhamad Said Jonit. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senggarang, YB Ir Khairuddin A. Rahim.
Program Kasih Peladang Johor kali ini melibatkan 100 orang penerima peladang asnaf dari Pertubuhan Peladang Kawasan Senggarang membabitkan sumbangan berjumlah RM 20,000.
KLUANG, 19 Dis | Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menggerakkan misi bantuan banjirnya ke Kluang, Johor bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
NAFAS menyampaikan bantuan berupa barangan keperluan harian di 28 PPS di daerah Kluang membabitkan 291 keluarga mangsa.
Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, YB Muhamad Said Jonit yang juga Adun Mahkota dengan dibantu Pegawai Pembangunan Peladang (PPP) Negeri Johor, Ramli Abd Hamid dan Md Fadlijh Malek bertugas mengendalikan pengagihan bantuan banjir itu dengan kerjasama para sukarelawan tempatan dan ketua-ketua kampung.