Pengumuman dan hebahan terkini berkaitan informasi dan aktiviti NAFAS & syarikat subsidiari.
Untuk makluman kepada Jawatankuasa Kumpulan Peladang Nita dan Peladang Muda Peringkat Kebangsaan, Negeri serta Kawasan Logo boleh di Muat Turun dalam format PNG/JPG di Media > Muat Turun
BERMINAT UNTUK TERUS DIMASUKKAN DI DALAM SENARAI PEMBIDA???
Pihak NAFAS akan e-mail kepada anda pada bila-bila masa sahaja untuk pelawaan sebutharga sekiranya terdapat bukaan tender/sebutharga yang ...
Borang permohonan untuk penggunaan jenama PELADANG boleh dimuat turun di bahagian menu MEDIA>MUAT TURUN laman web NAFAS.
KOTA DAMANSARA, 19 Dis | Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) menggerakkan misi bantuan banjirnya ke negeri Johor dan Pahang bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Para sukarelawan banjir NAFAS bergerak menyampaikan bantuan berupa barangan keperluan harian di 28 PPS di daerah Kluang dan tiga PPS di daerah Kota Tinggi membabitkan 864 keluarga mangsa.
Ahli Jemaah Pengarah (AJP) NAFAS, YB Muhamad Said Jonit turut serta dalam proses pengagihan bantuan banjir itu dengan dibantu Pegawai Pembangunan Peladang (PPP) negeri.
KALABAKAN, 15 Dis | Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) berkunjung ke Negeri Di Bawah Bayu bagi Program Kasih Peladang Sabah.
Program berlangsung di premis Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kalabakan, Tawau dan dirasmikan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS Dato' Haji Phahrolrazi Mohd Zawawi.
Turut hadir pada majlis ini Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Sabah, Puan Anita Haji Misuari, Ahli-ahli Jemaah Pengarah NAFAS, En Wan Kharizal Wan Khazim dan YB Mohd Said Jonit, Pengerusi PPK Kalabakan, En Saharuddin Salleh dan Pengurus Besar PPK Kalabakan, En Mohd Rafi Mohd Arip.