Pengumuman dan hebahan terkini berkaitan informasi dan aktiviti NAFAS & syarikat subsidiari.
Untuk makluman kepada Jawatankuasa Kumpulan Peladang Nita dan Peladang Muda Peringkat Kebangsaan, Negeri serta Kawasan Logo boleh di Muat Turun dalam format PNG/JPG di Media > Muat Turun
BERMINAT UNTUK TERUS DIMASUKKAN DI DALAM SENARAI PEMBIDA???
Pihak NAFAS akan e-mail kepada anda pada bila-bila masa sahaja untuk pelawaan sebutharga sekiranya terdapat bukaan tender/sebutharga yang ...
Borang permohonan untuk penggunaan jenama PELADANG boleh dimuat turun di bahagian menu MEDIA>MUAT TURUN laman web NAFAS.
JOHOR BAHRU, 30 Nov | Perhimpunan Peladang Zon Selatan berlangsung di Plaza Angsana, Johor Bahru, 30 November lalu bersempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2019 (HPPNK2019).
Majlis dirasmikan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Turut hadir Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Datuk Mazlan Aliman, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Dato' Haji Phahrolrazi Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian, Dato' Salim Parlan, Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Dato' Zulkifly Mohamed Omar, Exco Pertanian Negeri Johor, Haji Tosrin Jarvanthi dan Ketua Pengarah LPP, Puan Azulita Salim.
SUNGAI BESAR, 20 Nov | Usaha Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) melaksanakan program khidmat sosial membabitkan para peladang yang kurang berkemampuan mendapat sokongan ahli-ahli peladang malah mereka mengharapkan usaha murni ini diteruskan pada masa akan datang.
Ketika ditemui seusai majlis Kasih Peladang Selangor di Dewan Terbuka Parit 1, Jalan Parit 1, dekat sini, para peladang asnaf melahirkan rasa gembira dan bersyukur dengan bantuan zakat yang diterima.
Program Kasih Peladang Selangor itu dirasmikan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) NAFAS, Senator Dr Yaakob Sapari.